View: 3811|Reply: 6
|
Middleton tak abai tanggungjawab
[Copy link]
|
|
WALAUPUN sibuk, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William, Kate Middleton tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada Putera George Alexander Louis.
Setiausaha peribadi William memberitahu, Middleton sanggup membawa George menaiki penerbangan selama 27 jam semata-mata tidak mahu berpisah dengan puteranya ketika dia sedang menyempurnakan urusan diraja bersama William.
“Kadang-kadang mereka membawa George selama tiga hingga empat minggu berulang-alik dari Australia dan New Zealand.
“Jika Middleton bekerja pada waktu petang, masa terluangnya akan digunakan untuk melayani George,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
PASANGAN diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton, dalam rangka lawatan ke New Zealand telah membuat penampilan kedua puteranya, Putera George secara terbuka selepas kali pertamanya pewaris takhta kerajaan monarki England itu dilahirkan.
Keluarga diraja ini mendapat perhatian ramai sebaik sahaja mendarat di New Zealand. Seperti kebiasaannya, Kate yang terkenal dengan gaya penuh elegan itu menyarungkan kot labuh oleh pereka kegemaran Puteri Diana, Catherine Walker.
Topi rona sedondon yang dilengkapi sepasang kerongsang platinum daun fern, simbol negara New Zealand, melengkapkan lagi penampilannya sebagai Duchess of Cambridge di negara itu.
Turut disertai keluarga diraja yang lain, lawatan itu menggunakan penerbangan Australia, Qantas yang membuat perhentian di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney dan akhir sekali Wellington.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya kate.. untung la george! |
|
|
|
|
|
|
|
kate |
|
|
|
|
|
|
|
Standardlah tu, alahai ingat brita apalah...
Tp knpa t.t xmerge je dgn thread william kate yg sedia ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye kenapa x teruskan kat thread Kate atau George? |
|
|
|
|
|
|
|
george yg bambam...
sebijik rupa ayah dia masa baby... |
|
|
|
|
|
|
| |
|