JIKA pasangan kekasih lain sukakan temu janji di restoran mewah dan eksklusif, namun lain ceritanya dengan pasangan selebriti Hollywood, Amanda Seyfield dan Justin Long.
Mereka lebih memilih temu janji yang santai sambil menikmati milkshake yang enak di Pittsburgh’s Milk Shake Factory.
Seyfield sempat bergambar di hadapan premis milkshake tersebut dan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya.
Ternyata dia seorang peminat manisan apabila sempat membeli pelbagai jenis coklat semasa menjalani penggambaran filem baharunya, Fathers and Daughters.