CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2109|Reply: 3

DUN Terengganu tolak usul laksana hudud.

[Copy link]
Post time 15-4-2014 10:03 PM | Show all posts |Read mode



KUALA TERENGGANU:Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.

Kandungan usul beliau seperti di bawah.

Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.

Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.

Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 11:04 PM | Show all posts
kalau lulus pun ultra vires la....kena pinda akta jurisdiksi mahkamah syariah dulu...baru boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 05:34 AM | Show all posts
DAP, PKR ‘haram jadah’ kecam hudud PAS, kata Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam pendirian DAP dan PKR yang enggan menyokong PAS dalam membawa usul pendirian hudud ke Parlimen.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata hampir 95% rakyat Kelantan adalah beragama Islam dan DAP tidak pernah sama sekali wujud di Kelantan.
"Amat biadap DAP dan PKR yang mengecam serta berusaha menghalang PAS daripada membawa usul persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Hudud yang dicadang kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja. Haram jadah mereka yang masuk campur dan halang pegangan akidah serta syariat umat Islam di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


http://www.themalaysianinsider.com/


bende ..katak ni ...haram jadah kan kat terengganu ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Usul tersebut ditolak kerana ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen pada sidang akan datang menurut kata Yang dipertua Dun, Mohd Zubir Embong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067307 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list