CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7370|Reply: 49

[Tempatan] biawak ganas

[Copy link]
Post time 13-4-2014 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas diserang biawak air
MOHD AZLIM ZAINURY
13 April 2014


MARANG - Seorang suri rumah, Kalsom Mohamad, 60-an, melalui detik cemasdan nyaris cedera selepasdiserang seekor biawak air atau nama saintifiknya Vavanus salvator sepanjang 2.5 meter ketika berada di depan rumahnya di Rambai Jantan di sini.



Pengerusi JKKK Bukit Jejulung, Razak Mamat, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit juga merupakan kakak iparnya sedang bersiar-siar di kawasan rumah.

Menurutnya, keadaan bertukar cemas apabila Kalsom menyedari terdapat seekor biawak merenung tajam ke arahnya sebelum bertindak melarikan diri masuk ke dalam rumah kerana takut haiwan itu menyerang.

“Ketakutannya itu menjadi nyata apabila biawak seberat hampir 70 kilogram itu mula menyerang dan mengejarnya sehingga ke dalam rumah dengan mulut terbuka luas namun tidak sempat menggigitnya,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, Kalsom bersama suaminya Awang Mamat, 60-an serta seorang anak mereka yang berusia 30-an berada di dalam rumah berkenaan.

Razak yang lebih dikenali penduduk sebagai Pak Jak berkata, suami Kalsom juga merupakan abangnya, terus menghubunginya untuk meminta bantuan sebelum dua penduduk diminta ke rumah berkenaan untuk membantu keluarga mangsa.

Menurutnya, dua lelaki terbabit mengambil masa setengah jam untuk menangkap biawak  itu sebelum berjaya mengikatnya dan kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Marang.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Marang, Md Shubir Md Isa mengesahkan menerima panggilan sebelum lima anggota diketuai ketua operasinya, Mohd Azizuddin Ayub bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap haiwan itu.

“JPAM Daerah Marang terima panggilan kira-kira jam 4.30 petang  daripada ahli keluarga mangsa sebelum lima anggota terbabit bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/warga-emas-diserang-biawak-air-1.269897



Last edited by HUHA on 13-4-2014 03:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Biawak kat tasik USM pun gini jugak... tapi mujur tak serang org lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:16 PM | Show all posts
Laju auntie ni lari. Selalunya biawak ni boleh tahan laju. And boleh panjat dinding lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:17 PM | Show all posts
tingat cite omputih dlu pasal komodo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:21 PM | Show all posts
biawak is everywhere, biawak tk pe..jangan ular...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua2 ckp...kalo biawak, ular terserempak nga pempuan ngandung...

Menatang tu tak akan bergerak..mereka akan tenung perut pempuan yg pregnant tersebut...entah apa yg berkisar di pikiran mereka...
wallahualam. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2014 03:38 PM | Show all posts
jengkoil posted on 13-4-2014 03:29 PM
Org tua2 ckp...kalo biawak, ular terserempak nga pempuan ngandung...

Menatang tu tak akan bergera ...

Takut nanti perempuan tu akan terkenan kepada biawak atau ular bila bersalin nanti...

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:40 PM | Show all posts
midori_katana posted on 13-4-2014 03:13 PM
Biawak kat tasik USM pun gini jugak... tapi mujur tak serang org lagi...

tu biawak gatal. tunggu orang jogging baru nak nampak muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 05:51 PM | Show all posts
di kampung aku budak2 muda bunuh guna cangkul dan sikul
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 05:54 PM | Show all posts
pelahap biawak boleh buat melahap sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana posted on 13-4-2014 03:13 PM
Biawak kat tasik USM pun gini jugak... tapi mujur tak serang org lagi...

Ikan talapia pun banyak, sayang x boleh mancing
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:16 PM | Show all posts
Dapat dek anney ditangkapnya buat masak kari
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah aku dulu pernah kena gigit biawak spesis mcm ni.. kena 5-7 jahitan kat jari.. nasib baik x putus jari..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa posted on 13-4-2014 06:16 PM
Dapat dek anney ditangkapnya buat masak kari

Kat indon belah2 jawa timur tu.. siap buat keropok kulit biawak...prffttt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:53 PM | Show all posts
biawak jns ni sepatutnya suka curi telo ayam
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 06:56 PM | Show all posts
buat sup sedap nee...atau masak kicap....hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 06:58 PM | Show all posts
time ni le nk prektis ala2 korokodail hunter tangkap buaya!walaupun cuma bewak aja!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 07:02 PM | Show all posts
eeekkk.... geli bewok... nenganu darul bewok!!! ~
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo...70kg
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pergi pulau komodo kat indon lg scary biawak2 ni. Agresif dah kuat lari sebabnya biawak2 ni susah nak dpt makanan so dorang memang agresif. Br 15 minit jalan dah x nak proceed sebab dorang ni suka menyamar. Alih2 ko jalan sebelah kaki ko je sebab kulit sama dgn warna daun2. Pompan2 yg nak dtg sana memang x boleh masuk. Ko duduk je lah kat jeti kecik tu sebab biawak komodo ni boleh bau darah sampai berapa km entah lupa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.721601 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list