View: 29394|Reply: 369
|
[Jenayah]
Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa
[Copy link]
|
|
Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa
Bernama | Kemas kini: Mac 27, 2014
![](http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
KULIM: Bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.
Katanya Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Beliau berkata dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.
"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.
"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.
Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.
Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 27, 2014 09:42 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kassim-ahmad-ditahan-atas-dakwaan-menghina-islam-dan-melanggar-fatwa-32617?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
dia dah ulang-ulang bertahun-tahun dah benda ni, la ni baharu nak tangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
Tok moh diraja bila lak nak kena tangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tak setuju dengan brand islam depa bawak, terus menghina islam.
Bodoh betul la. ![](static/image/smiley/default/2.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Madey petik jari lepaih le org tua ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
luvly_eone posted on 27-3-2014 10:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
Tok moh diraja bila lak nak kena tangkap?
Fihak JAIP masih tercari cari di bawah Enakmen haper depa nak charge BOMOH VIP.
Takut ada 'IMMUNITY' dari fihak fihak tertentu. (tangan ghaib)
So, kena fikir n fikir n fikir n fikir mcm kes Kassim Ahmad. (berpuluh tahun)
|
|
|
|
|
|
|
|
pah ni PAS nak ckp ape pulak...ari tu kemain menyalak ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 27-3-2014 11:13 AM
pah ni PAS nak ckp ape pulak...ari tu kemain menyalak
Buat keje smpi habis dulu... Setakat drama tangkap ni... Standard drama swasta melayu je....
Kita nak tgk tindakan susulan dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
penganjur tak kena sekali ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Awat kompeni yg asik bace 30 juzuk kt air kosong tuh...x kene ape2 pon...
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih...
tak de sapa yg bertulur ke nak balas hujah kasim ahmad ni?
sket2 tangkap... |
|
|
|
|
|
|
|
Islam tidak membenerkan perbezaan pendapat nampaknya. Kalau tak mampu nak berhujah, tangkap! ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 27-3-2014 11:43 AM ![](static/image/common/back.gif)
Islam tidak membenerkan perbezaan pendapat nampaknya. Kalau tak mampu nak berhujah, tangkap!
bukan ke berbeza pendapat tu rahmat dari allah swt?![](static/image/smiley/default/sad.gif)
ustaz kat TV cakap lagu tu
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 27-3-2014 11:50 AM ![](static/image/common/back.gif)
bukan ke berbeza pendapat tu rahmat dari allah swt?
ustaz kat TV cakap lagu tu
Ostad juga cakap "Islam itu indah!" prrrrrrrrrrrrrrpfffffftght![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 27-3-2014 11:42 AM ![](static/image/common/back.gif)
gigih...
tak de sapa yg bertulur ke nak balas hujah kasim ahmad ni?
sket2 tangkap...
Ntah nyer.....kalau tak mampu berhujah pon cakap "Nanti kat Padang Masyar menjawab lah si Kassim tu", cukup lah.....![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Islam versi tipikal melayu sunni sahaja yang benar, yg lain semua sesat. |
|
|
|
|
|
|
|
Di mana suara-suara pendukung freedom of speech? ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|