CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8665|Reply: 2

Lautan Hindi

[Copy link]
Post time 26-3-2014 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.




Data

  • Luas Kawasan
  • Luas: 68,556 juta km2
  • Lautan: termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.
  • Panjang Pantai: 66,526 km
  • Titik ketinggian:
  • Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
  • Titik tertinggi: permukaan laut 0 m
  • Pelabuhan: Calcutta (India), Chennai (Madras; India), Colombo (Sri Lanka), Durban (Afrika Selatan), Jakarta (Indonesia), Karachi (Pakistan), Fremantle (Australia), Mumbai (Mumbai; India), Teluk Richards (Afrika Selatan)


Rujukan

  • Braun, D., The Indian Ocean (1983)
  • Chandra, S., ed., The Indian Ocean (1987);
  • Chaudhuri, K. N., Trade and Civilization in the Indian Ocean (1985);
  • Cousteau, Jacques-Yves, and Diole, Philippe, Life and Death in a Coral Sea (1971);
  • Cubitt, Gerald, Islands of the Indian Ocean (1975);
  • Das Gupta, A., and Pearson, M.N., India and the Indian Ocean (1987);
  • Dowdy, W. L., and Trood, R., eds., The Indian Ocean (1985);
  • Kerr, A., ed., Resources and Development in the Indian Ocean Region (1981);
  • Nairn, A. E., and Stehli, F. G., eds., The Ocean Basins and Margins, Vol. 6: The Indian Ocean (1982);
  • Ostheimer, John M., ed., The Politics of the Western Indian Ocean Islands (1975);
  • Toussaint, Auguste, The History of the Indian Ocean, trans. by June Guicharnaud (1966).


Masyarakat Maritim di Portugal



Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah mempunyai pelabuhan.



Masyarakat Maritim di Portugal

  • Portugal merupakan negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu, Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
  • Sepanyol belum bersatu.
  • Negara kota Itali saling bersaing menguasai perdagangan di Laut Mediterranean.
  • Perancis dan England terlibat dalam Perang 100 Tahun.
  • Belanda menghadapi masalah dalaman.




Henry The Navigator

Peranan & Sumbangan Putera Henry “Henry The Navigator”

1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres. Selain itu, Putera Henry turut menjemput ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar untuk mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan Kristian di Afrika] bagi mendapatkan bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.

Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar Portugal berjaya menjelajah ke selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460 tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;

i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.




Kejayaan Portugal dalam bidang maritim
Peranan Putera Henry dan kegigihan pelayar Portugal telah membolehkan mereka mencapai kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara kejayaan mereka ialah;

1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke Timur melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso d’Albuquerque sebagai wizurai di Goa, India. Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan perdagangan Portugal.

2.  Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai perdagangan di Lautan Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.

3. Tahun 1503: berjaya menguasai Cochin dan perairan Malabar.
Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja.  Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara Portugal dan Arab.

4.  Meluaskan penjelajahan ke Afrika.
Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan Hindi dan membina pangkalan perdagangan di Kenya.

5. Tahun 1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.
Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal  berjaya menawan Melaka.

6.  Berjaya membina pangkalan perdagangan di Kepulauan Rempah
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membina pengkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.

7. Melantik Casa de India [House of India]
Casa de India berperanan menguruskan perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai 30% ke atas keuntungan aktiviti perdagangan lain.

8. Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barang dagangan.
Dalam masa 30 tahun, berjaya menguasai pasaran rempah ratus daripada pedagang Venice.

9. Tahun 1550: pedagang Portugal mula memasuki Jepun.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, Nagasaki menjadi pusat perdagangan dan pintu keluar utama bagi perdagangan Jepun.

10. Tahun 1517: meluaskan perdagangan di China
Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal juga berjaya menerokai perdagangan hamba di China. Hamba2 China  dibawa ke Eropah dan dijual kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.

Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan pedagang Portugal membuktikan mereka memang sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu. Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti perdagangan.

Last edited by pestol on 26-3-2014 03:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2014 03:03 PM | Show all posts


MAN OF STEEL
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:28 PM | Show all posts
pelabuhan jakarta tu dikira area lautan hindi ke?sbb jakarta tu mengadap laut jawa kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048934 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list