CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: garyura

[Tempatan] Pengajaran MH370: Nasihat Riduan Tee

[Copy link]
Post time 24-3-2014 10:34 PM | Show all posts
Di bawah adalah artikel original beliau...


Pengajaran MH 370


(Sinar Harian 24 Mac 2014)

Perjalanan menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal MAS akan melakukan perkara yang sama. Rupanya tidak, anak kapal tidak diingatkan untuk membesarkan Allah. Di manakah jati diri kita?

Apakah selama ini MAS tidak mengajar atau melatih anak-anak kapalnya (Islam) apabila menyampaikan maklumat, paling kurang menyebut Bismillah,  dan Alhamdulillah? Kenapa semua ini tidak dijadikan prosedur dan panduan?

Malu sangatkah menyebut kebesaran Allah di hadapan menumpang? Kenapa tidak belajar dari pengajaran MH370? Tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat MAS. Segala-gala akan diperiksa. Luar dan dalam ‘dirabanya’. Paling ‘sakit hati’ barang yang dibawa kena scan dua kali. Sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat. Keselamatan lebih penting dari segalanya. Kenapa sebelum ini, keselamatan kita begitu longgar? Kenapa bertindak ‘action oriented’? Apapun hati merasa lega, setelah berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan Allah, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah Allah pun langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH 370. Meskipun begitu, saya boleh rumuskan insiden ini merupakan konspirasi terancang pihak Barat dan Yahudi yang mahu memusnahkan Islam dan negara berideologi komunis yang tidak sehaluan dan memberi ancaman mereka.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian daripada insiden ini adalah,

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan hari ini. Tidak mengapa, saya rela menanggal dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanahair tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Setakat ini keselamatan negara kita begitu longgar. Tidak mustahil negara lain tahu kekuatan pertahanan dan keselamatan kita. Apatah lagi, insiden ini telah ‘menelanjangkan’ rahsia keselamatan dan pertahanan yang kita ada.

Kedua, semua anak-anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala ‘keseronokan’ dalam kapal yang dianggap sebagai kerjaya ‘glamour’.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Maka tidak perlulah kita jamu peminum arak dengan arak. Alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati Allah (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, Salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat paramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika paramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam.

Amat menjengkelkan lagi apabila pakaian paramugari yang singkat dan jarang. Lebih kelakar pakaian paramugari penerbangan tambang murah, yang hanya diselaputi kebaya putih yang begitu jarang sehingga nampak yang tersurat dan tersirat. Peliknya semua penerbangan ini, bos-bos yang menjaganya adalah orang Melayu (Islam).

Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa untuk mencari keredhaan Allah selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti, baru nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk sungguh rasanya.


PSST: Rasa sejuk dan lapang hati tatkala mendengar nasihat Saudara Ridhuan Tee, seolah-olah apa yang tersirat dihati ini telah disuratkan oleh beliau. Moga Allah memberi beliau kelapangan di dunia dan akhirat..Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 posted on 24-3-2014 06:17 PM
ambil nasihat dia..betul ape yg dia ckp...
jgnlah sbb dia ridhuan tee ( ade sangkut paut dgn politi ...

tidakkah Cendol mudah rosak basi berbanding Nasi Lemak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 10:41 PM | Show all posts
This Joker reflects the mentality of his flock. Truly shocking.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 10:46 PM | Show all posts
Cuma agak terkilan dalam artikel ini tiada kata hikmat "ultra kiasu".

Seharusnya beliau mengaitkan sedikit perangai cina ultra kiasu yang tak habis-habis meroyan

menuduh kerajaan Malaysia lembab bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa yg di cakap tu..kita xde jati diri..asyik nak ikut org jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2014 10:57 PM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 24-3-2014 10:34 PM
Di bawah adalah artikel original beliau...

tq bg full article
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2014 11:08 PM | Show all posts
aku tak setuju ramai forumer yg hentam dia ni...memang di satu sudut ada pandangan dia bias ada kepentingan politik...tp kalau bab2 mcm ni aku setuju...bala Allah kalau nak kena bukannya pilih2 yg jahat atau baik...tapi semua kena...contohnya mcm tsunami 2005 dulu....kalo korg tak faham jugak bab2 bala Allah ni, rajin2 la belajar kat kuliah2 masjid....aku harap jangan sebab politik kita abaikan nasihat dia...kalau nak harap semua org perfect baru boleh bagi dakwah/nasihat, gerenti takkan ada dakwah/nasihat sbb semua org tak perfect...aku selalu ingat pesan tok guru aku....ikut tunjuk ajar (yang baik) guru bukannya ikut sifat (buruk) guru tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2014 11:11 PM | Show all posts
asamfish posted on 24-3-2014 08:43 PM
kebaratan?
what did he mean kebaratan?
tak tutup orat semua

tanda2 kecil kiamat memang org2 Islam akan berperang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2014 11:13 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 24-3-2014 10:52 PM
Betul apa yg di cakap tu..kita xde jati diri..asyik nak ikut org jer...

sebab pembesar2 kita pun dok agung2kan budaya luar....takde jati diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2014 11:15 PM | Show all posts
asamfish posted on 24-3-2014 08:39 PM
cendol? berkhasiat? seriously?
hmmmmm

cendol dari segi saintifik kaya dengan vitamin b kompleks, vitamin c dan zat besi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 11:16 PM | Show all posts
Proof that Prayers to bring back MH370 pax & crew safely were futile. Still believe in GOD? Good for survivors though in aiding closure.

As for me, confused, always.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 11:35 PM | Show all posts
ada betulnya apa yg dia ckp ni.. yg baik kita amik, yg x brp logik tu xyah la amik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 11:45 PM | Show all posts
org bagi nasihat pun sentap?
mu kambing ke orang?

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul apa dia ckp tpi emirates pun sama jer. Dah mmg ketentuan nasib jd kt flight tu. I think ppl just need to keep their precious words at this moment. Tak sesuailah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 12:16 AM | Show all posts
always bila naik brunei airline tunggu masa nak doa...rasa tenang je pas take off.
aku tak berapa ingat rasanya masa naik qatar and emirates pun ada baca doa.
at least yakin diri di lindungi NYA
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 12:47 AM | Show all posts
cendol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 01:10 AM | Show all posts
Betul apa yg Dr. Riduan ckp....yg elok kita ikut....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 01:41 AM | Show all posts
asamfish posted on 24-3-2014 08:44 PM
adakah die juga mengatakan diri die kurang islamic sbb tu bala menimpa die (kes adik ipar jatuh cond ...

kes adik ipar die yg jatuh condo tu ada die rungkaikan dlm majalah al-islam
kes domestic keganasan rumahtangga, seorang perempuan yg menghadapi masalah depress & pressure


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 01:42 AM | Show all posts
batmana posted on 24-3-2014 11:45 PM
org bagi nasihat pun sentap?
mu kambing ke orang?

aku pun nak gelak jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 03:32 AM | Show all posts
cendol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.344429 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list