CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 7

Kisah Histeria & Depresi (M12)

[Copy link]
Post time 18-3-2014 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Saya Haji Masrepin dari Toa Payoh. Saya mempunyai pengalaman dan juga mungkin ini boleh jadi satu pelajaran buat semua. Pernah tak terdengar penyakit histeria kerana depresi? Seorang hamba Allah yang saya bantu (anak saudara jiran menetap di Johor) keadaannya. Sebelum terjadi penyakit ini, dia sihat, tetapi tiba2 doktor mengesahkan beliau ada penyakit depresi dan akhirnya menjadi histeria (hampir hilang akal). Hamba Allah ini dahulunya memang seorang yang periang, penyayang dan sopan santun, mempunyai keluarga yang amat bahagia. Menurut makciknya, mereka sering bergurau anak-beranak dan sentiasa disayangi orang. Tetapi suatu hari beliau menjadi garang semacam, pada mulanya marah sikit2, lama-kelamaan jadi seorang egois, nak menang saja.

Kalau dulu bila anak2 salah, suami salah dia akan tegur baik2 tetapi kali ini, dia pukul, herdik anak2 dan selalu bergaduh suami-isteri. Bila datang nenek saudaranya, dia pun jadi tak tentu arah, bila ditegur dengan nenek saudaranya, orang tua itu diherdik dan dibantai, terkejut dibuatnya. Bila diminta tolong kaum keluarga lain untuk menasihati dan tegur, malah jadi heboh satu keluarga, bergaduh sana-sini akhirnya si wanita ni, menjadi dendam, berbulan2 menyimpan dendam terhadap orang2 yang menegurnya, lalu dia menjadi depresi. Bila orang menegur atau melarangnya dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya dia lakukan, akhirnya dia teriak sekuat hati, lari ke dalam bilik air dan seakan ingin bunuh diri. Saya terperanjat bila saya sendiri nak tolong, dia menjadi depresi dan terpekik2 dan matanya terbeliak dan pusing2 matanya. Dia tergolek2, ingin cuba membunuh diri dan hilang keimanan serta pedoman.

Bila dah reda, dia ke doktor. Doktor mengesahkan dia mempunyai penyakit depresi. Selang beberapa hari saya cuba berikan air yang telah dibacakan ayat2 suci dan juga menyuruh suaminya sembahyang. Akhirnya kami dapati ada beberapa orang sakit hati dengan kebahagiaan rumahtangga mereka, yang terkena teruk si isteri itu, diberinya macam2 benda menganggu rumahtangga sehingga ia goyah dan didapati ada beberapa kakak cantik dan juga polong dalam rumahnya. Itulah punca2 hasutan untuk memecah-belah keluarga. Akhirnya, beberapa hari didapati orang2 yang menganiayai mereka mendapat balasan, sakit dan koma.

Bila ditanya khabar dari jiran saya, katanya anak saudaranya ini masih dalam terepi depresi, jadi harus diberi sokongan dan dukungan sepenuh dari ahli keluarga, terutama jangan menceritakan hal2 yang lalu yang telah berlaku pada mereka kerana ia akan menimbulkan dan mengembalikan depresi. Bagi saya walau benda2 itu dah dihapus tetapi mungkin juga pesakit depresi dan histeria ini akan kembali penyakitnya jika menyentuh isu2 dahulu dan perlu banyak masa untuk reda. Hanya perlu sokongan dan dukungan keluarga. Itulah KC, orang jahat yang iri hati sanggup buat hal sebegini supaya orang jadi depresi dan histeria lalu cuba membunuh diri atas dasar hal2 yang remeh-temeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 06:05 PM | Show all posts
Aku pun ada depressi, aku sumbat telinga aku dengan kain masa tidur malam, dah kurang depressi aku, rupanya jin tu serap neurotransmitter aku sampai aku jadi depress, bila tutup telinga tekanan udara untuk menyerap neurotransmitter tu kurang, jadi kadar kehilangan neurotransmitter dapat dikurangkan. aku dapat tahu ni sebab muka aku jadi berminyak pada waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 07:16 AM | Show all posts
Emoloser posted on 2-4-2014 06:05 PM
Aku pun ada depressi, aku sumbat telinga aku dengan kain masa tidur malam, dah kurang depressi aku,  ...

betul ke ni?
mcm symptom2 aku jek.. depresi, muka berminyak.. oho.. nak sumbat telinga jugak la waktu malam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:43 AM | Show all posts
bagus kisah ni TT..
org yg dengki tu cne plak kisah nya?
mksudnya punca yg mmg mereka x senang dgn sifat mangsa ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baca pun bisa depresi sih..teda paham lor
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kalau depress seseorg tu akan murung.. Tak suka bergaul.. Bercakap.. Memencilkan diri.. Kadang2 saja baran tu naik.. Tapi tak smpai tahap hilang kawalan diri.
Baca post ni, rasanya beliau ada masalah bipolar disorder atau manic-depression.. Kena makan ubat jenis SSRI ni.. Ubat jenis MAOI dah tak bagus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2014 01:55 PM | Show all posts
manganini posted on 3-4-2014 07:16 AM
betul ke ni?
mcm symptom2 aku jek.. depresi, muka berminyak.. oho.. nak sumbat telinga jugak la w ...

eloknya pakai ear phone bulat yang ada getah hujungnya, itu lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 01:56 PM | Show all posts
najib888 posted on 3-4-2014 11:36 PM
Selalunya kalau depress seseorg tu akan murung.. Tak suka bergaul.. Bercakap.. Memencilkan diri.. Ka ...

Dengar kabar SSRI ada banyak side effect
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.094265 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list