CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 8-5-2014 11:01 AM | Show all posts
TT... tak sambung lg ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 08:45 PM | Show all posts
Bila nak sambung lagi?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tak update TT....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 07:30 AM | Show all posts
TT...Ooooohhh TT... Mana awak ni... Tak sihat ke... Kenapa takde entry lg... Sambunglah cepat... Tak sabar nak tau kisah diorang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:19 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 5-5-2014 07:42 AM
life iscomplicated...

sikit sikit je
tapi citer kaka selalunya tak de complicated sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:23 PM | Show all posts
juliet80 posted on 6-5-2014 11:26 AM
ntah knp suka pulak si Qayyum tu....

nak speku nanti Azale kena fitnah dgn Qayyum dan Muaz ceraik ...

idea yg bagus
dah stereotaip kalau pasangan kawin paksa pol in luv

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2014 04:26 PM | Show all posts
Bab 11

Muaz membuka pintu pagar dan mula melangkah masuk ke halaman rumah Zahira bila nama nya di laung berkali kali.

“ MUAZ! MUAZ! “

Muaz berpaling dengan wajah berkerut bila lelaki itu mendekatinya. Siapa pula ni?

“Hi, aku Adam kawan Azalea. Ingat tak?” Adam yang berseluar trek dan T shirt logo Hot FM mengangkat tangan. Dengan nafas yang masih semput dia menepuk bahu Muaz.

“ Ya, kita jumpa masa kenduri dulu. Kau tinggal di area ni ke?” Bibirnya mengukir senyum kurang gula. Tentunya Adam akan sampaikan pada Azalea yang dia jumpa aku di sini. Panjang pula cerita nanti. But wait a minute, Azalea doesn’t really care.

“ A’ah, kat depan tu. Aku selalu jogging di sini petang petang. Got to keep fit.” Jari telunjuknya di hala ke rumah teres beberapa ela dari situ. Muaz sekadar mengangguk.

“Kau buat apa di sini? Visiting friends?”

“ Er… Ini rumah aku tapi kawan aku duduk. Aku just nak check a few things.”

“ Kawan kau dah lama tak tinggal sini kan? Sejak aku pindah sini, tak pernah nampak pun sesiapa kat rumah ni. Sebelum aku dapat rumah sekarang aku pernah tanya kat real estate agent sama ada tuan rumah nak sewakan…”

“ No, its not for rent.  Excuse me, ada kerja sikit kat dalam.“ Banyak bunyi pula Adam ni. Buang masa aku! Muaz mengutuk dalam hati. Dia membuka pintu gril dan pintu utama. Adam masih lagi tercegat dengan muka mengharap. Ingat aku nak jemput masuk? Minta maaf lah, aku ada urusan penting. Dia melambai pada Adam dan menutup pintu.

Nafasnya tersekat bila ternampak surat yang sudah di buka atas meja kopi. It was not here before! Nama Faten Zahira bt Fadzil tertera atas sampul surat berlogo L'Occitane. Hatinya bersorak,  takkan surat boleh berjalan masuk dari peti surat dan terbuka dengan sendiri. Tiada syak lagi, Zahira pasti balik ke rumah. Bodoh punya Dev, buat kerja sambil lewa! Sambil melaung nama Zahira, Muaz berlari ke atas dan memeriksa setiap ruang dari bilik tidur ke bilik air namun perasaan teruja tadi bertukar hampa. Seluruh rumah kosong dan sunyi. Selain dari surat tadi, tiada apa apa yang terusik sejak kali terakhir dia berada di sana. Muaz mengeluh panjang. Back to square one.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:30 PM | Show all posts
Akhirnya dia turun ke bawah dan membuka pintu bilik stor di bawah tangga.  Harap harap terjumpa sesuatu yang boleh menjelaskan kehilangan Zahira. Dia bersin bila habuk menggeletik hidung. Beberapa pasang kasut wanita teratur di lantai. Ada kotak kotak yang diisi pakaian lama, beg tangan yang tidak di pakai lagi.

Kotak yang lebih besar di seret keluar dan di buka, ada beberapa album gambar dan buku. Muaz mengambil sebuah album dan mengorak senyum melihat gambar di dalamnya. Rindunya terubat juga bila menatap gambar gambar Zahira. Dari zaman sekolah lagi Zahira cantik dan popular. Banyak gambarnya bersama kawan kawan, mengambil bahagian dalam konsert, berkhemah, bersukan. Tangan Muaz berhenti menyelak lembar album. Aikkk… Macam pernah  lihat gadis bersama Zahira ni. Muaz memincing mata. Mungkinkah itu … Azalea alias Lea alias Yah? Walaupun agak selenga, gadis sunti itu memang mirip  Azalea. Setelah di tilik beberapa gambar lagi dia menemui kepastian. Tidak silap lagi, Azalea dan Zahira kawan rapat waktu sekolah! Hatinya berlagu riang. Tentu Azalea tahu di mana Zahira. Kalau dia dah lost contact pun, mesti mereka ada common friends yang tahu di mana Zahira. Dunia ini kecil sebenarnya. Yessss! My search is almost over! Beberapa keping gambar di selit dalam poket jeans.

Muaz menyimpan semula album ke dalam kotak dan menyusun kembali isi bilik stor. Dia menepuk habuk yang jatuh ke baju sambil terbatuk kecil. Lampu di padam dan surat untuk Zahira di masukkan ke dalam kocek seluar. Dia mengunci pintu rumah dengan hati yang berbunga. Malam ini aku nak berbual panjang dengan Cik Yah. Aku sanggup bagi apa saja, janji dapat jumpa Zahira.

Telefon bimbitnya mula berdering sebaik dia menghidupkan enjin kereta. Nama sahabat karibnya Zain terpampang di skrin Iphone 5s.

“ Bro, where are you?”

“ Kat Bandar Utama. Kenapa?”

“ Kau dah lupa ke? There’s a soiree at my house. Lots of hot chicks, original ada , made in Siam pun ada. Get your fat ass over here, man”

Kuwang hajo punya Zain anak Pak Mydeen! Umur dah tiga puluh lebih, anak dah dua tapi tak puas lagi berparty. Isterinya pun dua kali lima, jodoh yang sekufu dari segi bersosial. Dulu Muaz tak pernah lepaskan peluang berjimba dengan kawan kawan sampai ke subuh tapi kali ini dia ingin segera berjumpa Azalea.

“ Aku nak balik lah. Something important came up”

“ Come on, bro. Takkan takut bini kot? Tak sangka cepat sangat kau join PERTABIN.”

“ Apa benda tu?”

“ Persatuan Takut Bini. Society for husbands with no balls. Don’t tell me you are one of them. Malu aku mengaku kawan” Zain ketawa terbahak bahak.

Jam menunjukkan pukul 8.15 malam. Perutnya sudah berkeriuk minta di isi. Sekurangnya di rumah Zain tentu ada makanan.  “ Okay lah, I’ll drop by for a while”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2014 04:33 PM | Show all posts
Bab 12

Wajah anak gadisnya nampak kusut tapi Datin Azwa hanya menunggu Azalea membuka mulut. Dari tadi Azalea menggodek soto ayam dalam mangkuk tapi cuma sesuap dua makanan kegemarannya masuk ke mulut. Jelas ada sesuatu yang tak menyenangkan telah berlaku. Harap harap tiada masaalah besar antara Lea dan Muaz.

“ Tak makan pun soto tu. Selalunya tambah dua tiga kali kalau Ipah buat soto. Kali ni tak sedap kah? Atau Lea dah berubah selera sejak kawin?” usik Datuk Razali.

“ Soto ni sedap.” Azalea menyuap pegedil ke mulut. Otaknya masih ligat berfikir.

“ Lea sihat?  Datang seorang diri ni, Mak risau lah.” Datin Azwa bersuara akhirnya.

“ Lea dah sihat, jangan risau. Lusa Lea dah nak mula kerja. Tak sabar rasanya, boring duduk rumah”

“ Datin Kinah dah balik dari Perth?”

Azalea menggeleng ” Belum lagi. Semalam dia Skype. Comel sangat si Elsa tu. Mama tengah seronok bermanja dengan cucu dia.” Papa pun tengah seronok bermanja dengan bini muda, dia menyambung dalam senyap.

“ Muaz tinggal seorang di rumah lah? Kenapa tak ajak dia datang sekali?” Soal Datuk Razali.

“ Dia pergi rumah kawan. Er….Lea ada benda nak cakap ni. Pening kepala Lea di buatnya. Masala… masala.” Azalea  meletak sudu dan garfu lalu menggaru kepala.  Sekembali dari One Utama, dia menemani Tok Ibu makan dan sebaik Tok Ibu tidur, dia terus mencari teksi. Hot gossip macam ini perlu di luahkan pada orang yang boleh di percayai. Tapi apa akibatnya nanti? Sama sama kita tunggu dan lihat.

“ Apa dia? Lea bergaduh dengan Muaz? Tok Ibu sakit? ”

Azalea menggeleng. Setakat bergaduh dengan Muaz itu perkara rutin macam gosok gigi. Kalau Tok Ibu sakit aku bawa pergi hospital, itu bukan masaalah besar.

“ Bukan, ini lagi kritikal Mak. Tadi masa Lea pergi One Utama, Lea terserempak dengan kawan lama Lea, Faten. Mak ingat lagi kan? Yang jadi artis itu”

“ Ha.. Ingat lagi. Lama tak nampak dia kat TV. Apa khabar dia sekarang? Dia dah kawin ke belum?” Datin Azwa masih ingat rakan karib Azalea waktu sekolah dulu. Kerap juga Faten bertandang ke rumah dan setiap kali dia datang si Hazif mesti menempel macam gam gajah. Kalau Faten masih solo, boleh aku merisik untuk anak bujang aku.

“ Mak, Abah… dia dah kahwin dengan Papa! Bini No 2!” Azalea berbisik walaupun tiada orang lain di ruang makan.

“ Astaghfirullahalazim!”
“ Nonsense!”
Datin Azwa dan Datuk Razali bersuara serentak. Azalea memandang kedua nya silih berganti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:36 PM | Show all posts
“Betul ke? Lea nampak mereka berdua ?” Datin Azwa mengurut dada. Kasihan Datin Sakinah kalau berita yang Lea sampaikan itu sahih.  Tak sangka Datuk Ahmad Zaki yang pendiam dan tegas itu boleh pasang cawangan. Tapi apa nak hairan kalau duit bertimbun, orang bisu pun ada yang nak.

“ Lea berbual dengan Faten, dia mengaku yang dia isteri kedua lelaki yang di panggil Mr Z. Lepas itu, masa nak balik, Lea nampak dia naik kereta Jaguar Papa. Driver Papa , Rashid yang bawa kereta. Memang sah lah, dia kawin  dengan Papa”

Datin Azwa menelan airliur. Pandai betul besan aku simpan rahsia. Tak pernah dengar pun desas desus tentang cawangan kedua Datuk Ahmad Zaki. Dia menjeling tajam pada suaminya yang tenang mengunyah. Entah entah dia pun bersubahat.

“ Abang, betul ke?”

“ Merepeklah. Bila masa Zaki kawin lagi satu? He is not that kind of man. Bukan calang calang  perempuan cuba try goda dia. Tapi dia tak layan. Zaki loves his wife and family. Selain dari family, dia cuma cintakan duit dan perniagaan dia.”

“ Alaa… Abang. Faten tu kan cantik, muda, sexy. Mana tahu kut Zaki tergoda? People can change.” Datin Azwa mendengus. Kucing mana nak tolak ikan.

“ Primadona terkenal macam Erda, Fisha, Myra semua itu pernah menggedik nak berkenalan dengan Zaki. Dia buat tak reti, inikan pula si Faten  artis gred B. Entah siapa jerung yang Faten tangkap.” cemuh Datuk Razali.

“ Tak baik Abah cakap camtu. Faten anak yatim, mungkin dia nak tempat berlindung. Lagipun dia kata dia tinggal di Jakarta dan tak kacau pun isteri tua  Mr Z. Sebab itu tak ada siapa yang tahu rahsia Papa”

“ Abah tak percaya. Abah dah kenal Papa kamu sejak kecil. Kalau dia kawin di Timbuktu pun, mesti Papa tahu. Ini mesti ada salah faham. Cuba Lea tanya Faten, siapa nama sebenar suami dia. Mr Z boleh jadi Zainal, Zakaria, Zulkifli. Jangan bersangka buruk dan tuduh orang tak tentu pasal.” Nasihat Datuk Razali.

“ Habis tu, kenapa dia pakai kereta Papa dan driver ?” Azalea tak puas hati.

“ Boleh jadi Papa kau bagi pinjam kereta kat orang lain kot. Dia kan ada banyak kereta. Dah, Abah nak habiskan kerja sikit kat atas.” Datuk Razali meneguk air kosong dan bangun dari meja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:40 PM | Show all posts
“ Abah mesti masuk team Papa, kawan baik dia. Apa Lea patut buat? Tak sangka Papa perangai macam tu. Lea kesian kat Mama. Kalau Papa balik rumah, Lea rasa tak lalu nak tengok muka dia. Dasar jantan miang keladi!” bentak Azalea

“ Selagi tak confirm 100%, baik Lea toksah buka mulut. Nanti tak pasal pasal keluarga mereka berperang. Lea tetap kena hormat Datuk Zaki sebagai bapa mertua. Bila Datuk balik dari Jakarta?”

Azalea menjungkit bahu. Aku bukan secretary atau PA Papa. “ Nggak pasti, buk”

Datin Azwa senyum segaris. “ Kalau dah habis makan, Mak suruh Ipah kemas meja. Lea nak balik pukul berapa? Mak hantar pulang”

“ Mak ni macam halau Lea jer. Lea nak tidur sini lah malam ni. Dah lama tak guling guling atas katil sendiri”

“ E..eh.. kamu dah jadi isteri orang. Apa kata Muaz kalau Lea tak pulang? Lea datang sini pun dah minta izin ke?”

Azalea menjulingkan mata dan muncungkan bibir sekaligus.” I don’t think he will notice. Anyway, dia dah bagi “ blanket approval” untuk Lea keluar ke mana saja. Tak payah susah susah nak minta izin”

Perbualan mereka di hentikan oleh deringan lagu “ Diamonds” dari telefon bimbit. Azalea tergesa gesa menyelongkar beg. Tertera nombor telefon rumah mentua nya. Dadanya mula di hinggap rasa bimbang kalau sesuatu terjadi pada Tok Ibu .

“ Kak Lea, ini Miskiah” Miskiah bertutur perlahan, hampir berbisik.

“ Ya Miskiah, ada apa?”

“Kak Lea di mana? Bila nak balik rumah?” Tone suaranya agak tertekan.

“ Kat rumah Mak akak . Kejap lagi nak balik. Kenapa?”

“Tuan Muaz mabuk. Dia bising membebel entah apa bila balik rumah tadi. Tok Ibu terjaga dari tidur sebab ketakutan. Sekarang Tok Ibu tak nak tidur, dia nak kakak.”

Astaghfirullah! Kasihan Tok Ibu. Apa aku nak buat ni? Cuak, weiii! Apalah nasib aku dapat suami pemabuk, bapa mertua miang keladi.

“ Kak Lea, balik lah cepat.” Rayu Miskiah lagi.

“ Ya.. ya , kakak balik sekarang” Telefon di kembalikan dalam beg dan Lea menarik beg troli berisi persalinan pakaian untuk pejabat.

“ Mak, Lea balik dulu. Ada hal kat rumah. Mana kunci kereta Lea?”

“ Biar Mak hantar, Lea tak boleh drive lagi.” Datin Azwa mengelap tangan dengan tuala kertas dan segera mengambil kunci kereta. Muka Azalea macam cicak tertelan kapur, tentu ada masaalah. Ya Allah, lindungi lah anak aku, permudahkanlah segala urusannya, berilah dia kebahagiaan. Sejak dari hari pernikahan Azalea, Datin Azwa tidak pernah berhenti mendoakan puterinya.

.................................................................................................... Last edited by sang_arjuna on 11-5-2014 04:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2014 04:51 PM | Show all posts
Azalea menolak pintu bilik yang tidak berkunci dan melepaskan nafas lega bila terpandang tubuh Muaz dalam keadaan terlangkup atas katil. Lampu bilik di malapkan. Pheww! Selamat aku! Beg troli berisi pakaian di seret ke walk in closet.

“ Where were you?” sergah Muaz

“ Oi CIK MAMAT KASIM SELAMAT!” Begnya terlepas dan terjatuh atas kaki. Azalea mengaduh kesakitan lalu terduduk di lantai. Jari kakinya di picit. Dia ni memang nak bunuh aku.

Lampu bilik di nyalakan. Muaz mendekati isterinya yang sedang menyeringai kesakitan “ Kenapa dengan awak ni? Apa yang bising tadi?”

“ Beg terjatuh.…. Kena kaki” Azalea menjarakkan diri. Nafas Muaz yang berbau arak meloyakan tekak.

Muaz menarik pintu gelangsar dan kembali beberapa saat kemudian dengan gelas berisi ketulan ais. Tuala kecil di ambil dari almari dan dia membalut ketulan ais lalu di letak atas kaki Azalea.

“ Takpe…. Tak pe… saya boleh buat sendiri.”

“ Sakit kah?” Muaz duduk bersila di depan Azalea yang rasa janggal. Apahal baik sangat ni? Kenapa dia beria ia tolong aku? Ini mesti sebab pengaruh alcohol. This is so not like him.

“ Tak, sikit saja. Awak pergilah tidur. Saya nak letak pakaian dalam closet.” Denyutan di kakinya sudah berkurangan. Azalea bangun untuk meneruskan kerja tapi di halang. Kedua belah tangannya di pegang dan tubuh Azalea terjatuh di riba Muaz. Dengan gelabah Azalea mengalihkan duduk ke lantai. Nafasnya mula melaju. Janganlah Muaz buat apa apa yang tak di ingini.

“ Pergi mana tadi? Kenapa balik lambat sangat? “

“ Balik rumah Mak ambil baju sebab stok baju dah habis. Sorry lah tak bagi tahu tapi selalunya kau tak kisah pun kalau aku keluar.”

“ Kau jangan nak lasak sangat. Nanti apa apa jadi, aku juga yang kena. Now be a good girl and get to bed.” Muaz melepaskan tangan Azalea dan mula mengusap pipinya. Rambutnya di elus lembut. Tubuh Azalea terus keras kejung. Bulu roma nya menegak. Amma … Appa…. tolooonnnggg ….orang mabuuukkk!

“ Okay boss. I pegi bilik air dulu.” Kena guna psikologi, jangan berkasar dengan orang yang tak berapa waras. Dia tak ingin memanjangkan perbualan yang menyeramkan ini, lagipun dia memang mengantuk. Nasib baik Tok Ibu sudah tidur, puas juga dia menenangkan orang tua itu. Takutnya bukan main,  Tok Ibu mengigau tentera Jepun datang menyerang. Aduhaiii….

Muas jalan melelong ke katil. Dengan berhati hati Azalea mengambil pakaian tidur dan masuk ke bilik air.  Sakit di kaki sudah hilang tapi kena jaga jaga, takut terjatuh dalam bilik air. Selesai membersihkan diri, dia kembali ke bilik tidur. Syukur, Muaz sudah kembali terbongkang di tengah katil, siap dengan sound effect lagi. Kruuuhhh….. kruhhhhhh. Phewww! Selamat aku!

Seluar jeans dan kemeja T Hackett warna biru  yang bersepah di lantai di letak dalam bakul untuk pakaian kotor. Beberapa keping gambar tercicir keluar dari poket jeans.

Azalea memfokuskan mata dalam cahaya malap. Another misteri nusantara! Apahal gambar lama aku dengan Kak Faten boleh ada dengan Muaz? Gambar sepuluh tahun lalu yang di ambil masa perkhemahan Pandu Puteri di Janda Baik di letak atas meja sisi dengan jari yang menggeletar. Apakah Muaz sudah tahu tentang hubungan Kak Faten dengan Papa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaeklah TT... Sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:39 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 11-5-2014 04:23 PM
idea yg bagus
dah stereotaip kalau pasangan kawin paksa pol in luv




so confirm la ni ekk  
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:49 AM | Show all posts
TT... jgn lupa sambung lagi ya... Tak sabar nak tgk kehebatan Che Yah ni... @ thumps up for this novel...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:57 AM | Show all posts
ada sambungan            
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 09:02 AM | Show all posts
rumah sana.... rumah sini....
ada rahsia besar bakal terungkai ni... huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:07 AM | Show all posts
merahsilver2U posted on 12-5-2014 09:02 AM
rumah sana.... rumah sini....
ada rahsia besar bakal terungkai ni... huhuhu....


bak kata org tua2...

biar banyak rumah, jgn banyak serumah...





Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:11 AM | Show all posts
UsuFie posted on 12-5-2014 11:07 AM
bak kata org tua2...

biar banyak rumah, jgn banyak serumah...

Banyak rumah pun, tengoklah 'rumah' yg macam mana....




P/s: Baru baca pasal poligami kat bod CI
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 11:14 AM | Show all posts
Hai TT... Bila nak sambung ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067765 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list