CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11143|Reply: 8

[Jenayah] Awas ibu bapa, majoriti mangsa rogol bawah umur di'grooming' dalam medsos terlebih dahulu

[Copy link]
Post time 11-4-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 11-4-2024 09:58 AM

KUALA LUMPUR: Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas dan polis percaya kebanyakannya bermula daripada pengantunan (grooming) melalui media sosial, termasuk aplikasi sembang seperti WhatsApp.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, rata-rata mangsa memberitahu polis, mereka mengenali pelaku melalui laman sosial.

“Sebahagian besar gadis bawah umur yang menjadi mangsa rogol ini memberitahu pegawai penyiasat mereka mengenali individu yang merogol mereka melalui laman sembang dan media sosial terlebih dahulu sebelum berjumpa.

“Ini menunjukkan gadis ini melalui fasa ‘grooming’ terlebih dahulu dengan hantaran mesej bermula ‘hai’ dan kata-kata pujian lain, kemudian penghantaran gambar bogel oleh gadis berkenaan dan ke fasa berjumpa yang membawa kepada kejadian rogol atau rogol berkumpulan,” katanya kepada Bernama.

Statistik polis merekodkan 1,299 kes rogol bawah umur dilaporkan pada 2021, meningkat kepada 1,388 kes pada 2022 dan 1,590 kes tahun lalu.

Jenayah rogol berkumpulan melibatkan mangsa bawah umur turut menunjukkan trend sama dengan 61 kes dilaporkan pada 2021, meningkat kepada 103 kes pada 2022 dan 104 kes tahun lalu.

Siti Kamsiah berkata, selain dijadikan platform pengantunan, media sosial turut digunakan pedofilia untuk menyebarkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada individu lain yang berkongsi kecenderungan dengannya.

“Mereka berkongsi (sesama sendiri) bagaimana mereka memperdaya kanak-kanak tersebut dan keseronokan mereka apabila berjaya mengeksploitasi kanak-kanak berkenaan.”

Bagi menangani isu pengantunan ini, katanya, peranan ibu bapa amat dituntut.

Terapkan adab dalam anak-anak agar menjaga batas ketika bersosial di alam maya. Ingatkan mereka tidak sewenang-wenangnya berkongsi perkara atau perlakuan melampaui batas adat, budaya dan larangan agama.”

Ibu bapa juga, menurutnya, perlu sentiasa memeriksa dan memantau aktiviti anak, terutama dalam penggunaan peranti serta alat telekomunikasi.

“Paling penting, ibu bapa perlu tanam nilai dan sahsiah tinggi, terutama perasaan malu untuk melakukan sesuatu bercanggah dari sudut moral dan agama, iaitu perbuatan yang boleh memalukan dan memudaratkan diri.”

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap kawalan kendiri anak untuk melindungi diri daripada menjadi sasaran pedofilia yang memanfaatkan kecanggihan teknologi komunikasi.

“Mereka (kanak-kanak) perlu faham apa yang menjadi ancaman kepada diri dan bagaimana mempertahan dan melindungi diri.”


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 09:18 AM | Show all posts
Wanita 20-an dan 30-an tidak terkecuali jadi mangsa rogol..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 05:29 PM | Show all posts
Yang sebenarnya harus digeruni ialah grooming. Media sosial itu alat.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi phone tapi tak pantau.. gitu la!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 10:57 AM | Show all posts
how much can parents monitor??? aku berfikir jugak....ngan both parents need to work to ensure dapat hidup selesa ngan harga barangan yg mencanak2 tak ingat...RM50 dah mcm duit RM10 je....tak banyak yg dapat ko beli...

pastu anasir2 jahat ni bukan terang2an...dia selit dalam citer kartun....dalam iklan...dalam lagu kanak2....so tell me....berapa banyak yang ko boleh pantau?

pastu sekolah pun menggalakkan grop wasap ni...wasap kelas...wasap sekolah...wasap kumpulan....

so bagitau aku celah bedah mana nak pantau? and berapa banyak masa la sangat parents have with their kids? ada parents yg kena berjaga malam sebb buat online marketing...tik tok shop...shopee shop....ada parents yg kena buat dua kerja....

the only masa yg panjang bebudak ni ada is kat sekolah...so memandangkan bayaran PIBG pun besar dah...yuran pun dah mahal....how about the teachers help the parents on pembelajaran siviks ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:21 AM | Show all posts
itular, dulu pernah scroll fb adik aku, masuk chat

ramai wei jantan hanta gambar batang buruk kat fb dia

waktu dia sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 11:41 PM | Show all posts
Ibu bapa pun ramai kaki rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 12:23 AM | Show all posts
awas puak abg bassss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 13-9-2024 03:03 AM

Pindah ke negara tanpa media sosial atau
X payah beranak la, penat pantau anak, artis, jiran, skandal, pasangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.261115 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list