CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24625|Reply: 12

[Politik] PAS tidak ada kaitan dengan GISBH- Hadi

[Copy link]
Post time 18-9-2024 03:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-9-2024 11:22 AM

TEMERLOH: Pusat pendidikan di bawah PAS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes seperti yang melibatkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai hubungan dengan GISBH, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Tiada ahli PAS yang terlibat dan perkara ini tidak ada kaitan dengan kami,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, hari ini.


Turut serta ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, siasatan berhubung kes itu bergantung kepada pihak berkuasa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Islam adalah agama yang sentiasa dipelihara. Mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan Islam akan berdepan dengan penjagaan Allah terhadap agama ini,” katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa PAS mempunyai mekanisme kawalan dalaman untuk memastikan disiplin dalam parti dan semua institusi pendidikan di bawah PAS seperti termasuk Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Islam (SMITI) dikendalikan dengan baik.

“Dalam PAS, kita ada lajnah yang memastikan semuanya terkawal, manakala pihak lain tiada kaitan dengan kita,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2024

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Fahaman sesat berunsur politik dan ekonomi negara Islam adalah bermula dari AMANAT HAJI HADI.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi Bukit Sauk, Tragedi Memali, kes Al Maunah (Tragedi Bukit Jenalik) semua punca dari Amanat Haji Hadi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 06:55 AM | Show all posts
tapi ramai walaun walaun PN penjilat hadi mereng tua ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bersepah parasit walanonnn cuba nk menangguk di air chor. modus operandi biasa walanon. hrp maklum. tp mujur rkyt  Malaysia makin cerdik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp ashaari mohamad tu dulu ahli pas zaman dr burhanuddin helmi tu laa
Dia tak puas hati ngn cara pas masa tu jd asaskan al arqam

Walaupun dorang kata tak sama, tp hakikatnya mesti memasing diam je sbb penampilan sama kan.
So buktikan korang tak sokong dorang dgn maki hamun dorang
Akui dorang tu ajaran sesat dan patut dibubarkan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:55 AM | Show all posts
Apa punya logik la guna ayat "serpihan" tu..

So kalau aku turn the table by saying " Parti D** adalah serpihan dari Parti P** sebab objektif & intention sama" boleh tak?

Sekadar mengeruhkan keadaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 10:57 AM | Show all posts
ada baca permulaan penubuhan Al Arqam. Mula nya ok dia nak praktikkan ilmu dalam kehidupan. Dah berjaya, pas tu menyimpang. Sifat manusia lalai dengan kejayaan dan rasa diri hebat. Mahu sentiasa dipuja.

Mana2 cult sama je. Semua nya obsessive devotion to a figure & mindset tu dah tanam dari kecik taat pada abuya. dari kecik diorang hanya belajar dari buku dan sajak2 yang abuya tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:00 AM | Show all posts
Semua adalah parti serpihan umno..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:04 AM | Show all posts
bahaya precedent mcm ni...ada gerakan liberal dr kalangan umat islam sendiri yg ingin menjatuhkan islam...nothing new, pernah berlaku zaman rasul dulu

parti2 non-muslim ada juga kaki toron, rogol, LGBTQ, etc...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
setakat ni xdengar lg PAS mengeji / mengutuk tindakan kultus GISB.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mat_arof replied at 18-9-2024 06:55 AM
tapi ramai walaun walaun PN penjilat hadi mereng tua ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058849 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list