View: 5516|Reply: 83
|
[Tempatan]
{7} Orang Melayu jangan perasan diri terlalu kuat !
[Copy link]
|
|
7 Mac 2014
IPOH - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan orang Melayu agar tidak berasakan diri terlalu kuat hingga dengan mudah mendedahkan kelemahan sesama sendiri.
Baginda bertitah, ini kerana, sumber kekuatan ummah dan bangsa pada hari ini kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran, satunya berlumba mendedahkan kelemahan sesama sendiri untuk melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh.
“Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat.
“Jika keadaan ini terus berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini,” titah baginda pada majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Ahli dan
Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) serta majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan dan Tanaman, di sini, semalam.
Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Rohana Abd Malek sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan Dr Amiruddin Muhamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Maipk berkuat kuasa 2 Januari lalu.
Raja Nazrin seterusnya menegaskan, kekuatan umat Islam dan orang Melayu yang muncul sebagai tenaga pemimpin pada era pra dan pasca merdeka dahulu adalah disebabkan kesedaran akan kelemahan ummah dan bangsanya.
Justeru titah baginda, majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada untuk membina satu tenaga dihormati, memiliki kegagahan mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa.
“Ketika bangsa tersilap anggapan bahawa dirinya begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali, pesanan orang tua-tua, ‘buat baik berpada-pada – buat jahat jangan sekali’, ‘jika tersesat di hujung jalan – segera balik ke pangkal jalan’, agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario menang sorak – kampung tergadai, bernasib setinggan di bumi sendiri,” titah baginda.
Baginda bertitah, orang Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik, malah mereka yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan.
Tegas baginda, meski berlainan kabilah politik, mereka kekal bersatu dalam perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa, dan umat Islam bersatu teguh mempertahan perkara pokok menyentuh kesucian Islam.
“Orang Melayu dan umat Islam ketika itu berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh,” titah baginda.-Sinarharian
p/s jgn rasa kuat sgt, hingga buat kejahatan semua sangka boleh lepas...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan Pemangku sultan dah kata byk ekstrimis..
Jadi, PERKASA dan ISMA terimalah nasihat pemangku Sultan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
habislah nnti ustaz nikah siam keluar fatwa baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
cth melayu yg rasa diri dah terlalu kuat
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 7-3-2014 08:44 AM
habislah nnti ustaz nikah siam keluar fatwa baru..
Pstu macai2 pon pakat mengiakan tanpa segan silu....
|
|
|
|
|
|
|
|
pesanan utk pakatan rakyat ,supaya jgn baik sampai tergadai tanah und negara, |
|
|
|
|
|
|
|
Ye..mmg melayu ni terlalu ekstrim kdg2..
Terlampau2..
Kebetulan pergi taman mainan..budak2 melayu main bola
Dgn budak india..xda masalah bergaduh ke apa pun.
Kuar mak bapak panggil anak dia..
Lepastu mak bapak xbg anak main bola dgn budak2 india ni..
Sampai suruh budak melayu lain balik.
Anak sampai tanya kenapa?? Kenapa??
Budak ni panggil budak melayu lain ckp wei xboleh main bola dgn diaorg.
Budak melayu lain pun tcenggang sbb xtau knp.
Budak2 india ni lagi terpinga2.tgk budak melayu ni bla..main bola tempat lain.
So akhirny aku suruh ank aku yg 3 tahun tu..main bola dgn india2 ni.
Bg aku dlm kes ni...cuba yg kena melayu??
Mau ny xckp org rasis,mauny xsuruh india balik india.
Mauny xckp hak dan ketuanan melayu dipijak..tp melayu buat bangsa lain xpe. |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place posted on 7-3-2014 09:21 AM
Ye..mmg melayu ni terlalu ekstrim kdg2..
Terlampau2..
Kebetulan pergi taman mainan..budak2 melayu ...
ini yg merepek..bodoh punya melayu...budak2 pon nak di rasiskan..negeri mana ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKASA DAN ISMA patut dibubarkan je, taksub sgt dgn melayu ko tu, memalukan bangsa je.
otak sempit.
download tongku ! |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place posted on 7-3-2014 09:21 AM
Ye..mmg melayu ni terlalu ekstrim kdg2..
Terlampau2..
Kebetulan pergi taman mainan..budak2 melayu ...
Situasi kurang indah ni memang wujud. Terima je la semua manusia sama je. Aku tengok bebudak tempat aku skang ni macam tu. Habis dia perli budak India pempuan tu. Aku sampai naik menyampah tengok muka dia. Pandainya tidak, mengutuk aje kejenye. Bayangkanlah orang camni membesar, haruslah kau hidup dalam komuniti kau saja dan tak kemana-mana, dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
omardin mauju kata depa ada silat |
|
|
|
|
|
|
|
lordvoldemort posted on 7-3-2014 10:58 AM
omardin mauju kata depa ada silat
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi tak guna kita belajar silat. Baik belajar ninja ke sumo ke gusti ke sebab sejarah diorg lagi hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
Bodohnya engkau ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
silat kan setaraf poco-poco apa nak expect
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana posted on 7-3-2014 09:12 AM
pesanan utk pakatan rakyat ,supaya jgn baik sampai tergadai tanah und negara,
tanah kat Johor ke? Aku ingat tanah tuh UMNO yg gadaikan
|
|
|
|
|
|
|
|
koken_7 posted on 7-3-2014 10:46 AM
ini yg merepek..bodoh punya melayu...budak2 pon nak di rasiskan..negeri mana ni?
aku dah kata korang yg baik ni samada minoriti ataupun korang ni senyap sepi. Pasal tuh rakyat Msia semakin rasis.
|
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
terbang tuh syirik.
|
|
|
|
|
|
|
|
lordvoldemort posted on 7-3-2014 11:15 AM
silat kan setaraf poco-poco apa nak expect
Nak tau silat setaraf poco poco atau tidak ko pergi la lawan sorang ahli.
Setakat merengek kat sini pejadahnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|