|
ADA cerita menarik mengenai G-Dragon Big Bang apabila sebuah video lama tersebar meluas sewaktu dia terlibat dengan sebuah drama muzikal.
Difahamkan, video tersebut dirakam ketika G-Dragon terlibat dengan drama muzikal berjudul Kota Urine yang merupakan projek akhir di National Middle School of Traditional Arts.
Tersebar dengan judul 'Video Terlarang G-Dragon' sejak 25 Februari lalu, ternyata ia menjadi perhatian ramai peminatnya.
Bukan video porno, sebaliknya ia memperlihatkan aksi G-Dragon mengenakan solekan tebal dengan gaya yang sangat melucukan.
Pastinya agak pelik bagi artis sepertinya yang selama ini sangat mementingkan fesyen dan penampilan.
“Saya tak akan membiarkan orang terus menyebarkan video tersebut,” katanya dengan nada bergurau.
|
|