|
SIAPA yang sudah menonton filem komedi, TED, pastinya teringat wajah cantik Mila Kunis yang bertindak sebagai heroin filem tersebut.
Bagaimanapun kekasih Aston Kucther ini dikhabarkan tidak lagi terlibat dengan sekuel kedua filem terbabit. Menurut sumber, wataknya itu akan digantikan dengan pelakon yang tidak kurang hebat dan jelita, Amanda Seyfried.
Sehingga kini masih belum ada penjelasan mengapa Kunis tidak terlibat dengan sekuel filem itu. Bagaimanapun, hubungan baik antara Seyfried dan pengarah filem itu, Seth MacFarlene, mungkin menjadi faktor utama pertukaran itu.
Masih mengekalkan aktor Mark Wahlberg sebagai John, filem yang mengisahkan patung beruang yang agak lucah ini, ini mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan penonton. Malah sekuel keduanya turut dinanti-nantikan peminatnya.
Ted 2 bakal dilancarkan pada Jun tahun depan dan merupakan kolaborasi kedua, Seth MacFarlene, bersama Seyfried yang sebelum ini pernah membintangi filem A Million Ways To Die In The West.
|
|