|
SEJAK awal penglibatannya dalam bidang lakonan, Juhi Chawla sering diberi kepercayaan untuk membawakan peranan heroin, sama ada melibatkan watak air mata atau watak yang gila-gila.
Namun berbeza kali ini, Juhi mencabar dirinya untuk keluar dari kepompong selesa dan menerima untuk menjayakan watak antagonis.
Menurut Juhi, pada mulanya dia tidak yakin dan selesa untuk membawakan watak antagonis dan pernah meminta penulis skrip filem Gulaab Gang mengubah jalan cerita filem tersebut.
“Pada mulanya memang tidak selesa buat saya membawakan watak antagonis. Tapi selepas beberapa sesi latihan, saya mula yakin dan gemarkan watak antagonis dan bila melihat hasilnya saya terkejut kerana mampu melakukannya,” katanya.
|
|