CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14313|Reply: 23

Edisi Malaysiana - 10 Fakta Menarik tentang Teh Tarik

[Copy link]
Post time 17-2-2014 12:05 PM | Show all posts |Read mode


Tahukah anda, teh tarik adalah minuman warisan kebangsaan di Malaysia? Siapa sahaja warganegara Malaysia pasti tahu apa itu teh tarik. Minuman lagenda kesukaan rakyat 1Malaysia juga amat digemari pelancong asing. Di sini ingin dikongsikan 10 fakta menarik minuman kesayangan rakyat Malaysia berbilang bangsa & agama ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 12:11 PM | Show all posts
Fakta 1:



Teh Tarik merupakan minuman yang sering dihidangkan di restoran mamak atau gerai mamak, yang menjadi budaya di kawasan kampung & kawasan urban. Disebabkan minuman ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia, ia telah diiktiraf & diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2009 oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan pada ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sekolah Victoria Institution (VI) pada 14 Februari 2009.

Dengan ini, teh tarik adalah minuman kebangsaan rakyat Malaysia. Tiada negara lain yang boleh menuntut atau meng-klaim teh tarik ini dari kita. Jika mau juga, langkah mayat kami dulu .... ceewahhh ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:17 PM | Show all posts
Fakta 2:



Kemahiran menarik Teh tarik adalah suatu kemestian. Teh tarik yang benar2 sedap bergantung kepada kepandaian pembuat teh tarik menarik teh mengikut gaya yang tersendiri. Rasa kesedapan, kemanisan dan 'kelemakan' teh tarik juga unik bergantung kepada gaya tarik teh dari satu kedai ke satu kedai mamak yang lain. Rakyat Malaysia secara umum meletakkan kesedapan satu2 teh tarik itu kepada si pembancuh & penarik teh tarik di restoran / gerai mamak kegemaran mereka!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:22 PM | Show all posts
Fakta 3:



Tahukah anda, tidak seperti makanan / minuman tradisi lainnya, Teh Tarik adalah satu2nya minuman dimana ia kerap dipertandingkan dari segi kesenian kemahiran menarik Teh Tarik. Saban tahun, pertandingan membuat teh tarik menjadi perhatian ramai & juga dipertontonkan di kaca TV, mendapat penajaan dari badan2 korporat, dan menjadi tarikan utama promosi pelancongan di Malaysia!

Keunikan para peserta menunjukkan gaya dan aksi menarik teh dengan kreatif tanpa menumpahkan walau setitis air teh ke lantai sering memukau para juri dan penonton. Ini barulah seni namanya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:29 PM | Show all posts
Fakta 4:



Difahamkan, antara kandungan teh tarik adalah susu pekat manis (condensed milk).Ia amat penting dalam memastikan teh tarik sentiasa manis dan kaw rasanya. Kerana itulah lebih 1/3 kandungan teh tarik bergantung kepada susu pekat manis.

Kerana Teh Tarik jugalah, rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar produk susu pekat manis di dunia secara perkapita. Haaaa, ni mesti ramai tak tahu kan? Rekod dunia tu beb!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:37 PM | Show all posts
Fakta 5:



Difahamkan, teh tarik berasal dari produk yang terhasil lebih ratusan tahun kesan 'asimilasi & percampuran budaya tempatan' yang melibatkan deria rasa, citarasa dan tarikannya ke atas semua bangsa yang kini terdapat di Malaysia.

Maka tak mustahillah Teh Tarik diisytiharkan sebagai minuman Warisan Kebangsaan. Orang Mamak buat teh tarik, Melayu buat teh tarik, India buat teh tarik, Cina pun buat teh tarik, Bumiputra lainnya pun buat teh tarik! Yang menariknya, penggemar teh tarik boleh menilai teh tarik yang diminumnya kepada bangsa si pembancuh teh tarik. Begitu uniknya rasa teh tarik bergantung kepada setiap etnik yang menyumbang kepada pembuatannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2014 12:45 PM | Show all posts
Fakta 6:



Penggemar Teh Tarik tidak mengenal warna kulit, bahasa atau agama atau darjat mahupun fahaman politik. Kerana itulah ia dianggap sebagai minuman perpaduan. Dari penyapu sampah hinggalah kepada orang kenamaan hatta orang istana sekalipun, semuanya menjamu hidangan teh tarik.

Bagi mereka yang tidak sukakan minuman kebangsaan ini, mereka ini semuanya anti sosial. Taknak bercampurgaul dengan masyarakat.

Teh Tarik juga adalah minuman rasmi penyokong bolasepak di Malaysia yang bertandang ke kedai2 mamak untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antarabangsa mahupun liga tempatan.

Hah, tu diaaaa ...

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:34 PM | Show all posts
gud info..baru minum teh tarik tadi...yummy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 01:36 PM | Show all posts
Fakta 7:



Segelas Teh Tarik biasanya berharga antara RM1.30 - RM1.80 bergantung kepada samada cawan kecil atau gelas besar.

Tetapi bagi minuman yang sama, sekiranya anda minum di sesetengah hotel bertaraf 5 bintang, segelas teh tarik boleh menjangkau harga sehingga RM20.50!

Perghhh, itu harga teh tarik gelas biasa je tu. Gila cekik darah punya hotel. Baik pegi minum kat kedai mamak sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
teh tarik kurang manis the best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 01:47 PM | Show all posts
Fakta 8:



Tahukah anda, anda boleh memesan Teh Tari didalam penerbangan MAS bagi dek kelas pertama & dek kelas perniagaan (1st class & business class) ?

Ia seperti menghirup Teh Tarik pada ketinggian lebih 9000 m, melebihi ketinggian Gunung Everest!

Yang paling menarik, tentulah cadangan membancuh Teh Tarik di Stesen Angkasa Antarabangsa yang diwar2kan pada 2006 sebagai aktiviti program Angkaswan oleh angkasawan kita, Dr Sheikh Muszaphar. Namun begitu, cadangan berkenaan tidak diteruskan sebagaimana yang diberitahu oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi ketika itu iaitu Jamaluddin Jarjis dan digantikan dengan eksperimen lain.

Sayang, kalau tak, Teh Tarik akan menjadi minuman tradisi pertama di Malaysia yang dibancuh & diminum di angkasaraya ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 01:51 PM | Show all posts
Fakta 9:



Tahukah anda, tiada minuman lain yang diminum sepanjang hari secara konsisten di Malaysia melainkan teh tarik? (Emm air suam kosong atau air sejuk tak dikira ye ...)

Secara anggaran umum, rakyat Malaysia meminum Teh Tarik secara purata sebanyak 76,000 cawan sepanjang kehidupan mereka, yakni bersamaan dengan isipadu 2 buah kolam renang Olimpik ....

Perghhhh .... diabetes weiiiiii .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:58 PM | Show all posts
ai suke teh tarik... kalau yg lemak berkrim tu, perghh~~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 02:00 PM | Show all posts
Fakta 10:



Kelab Peminum Teh Tarik? Persatuan Pencinta Teh Tarik? Mungkin belum ada di Malaysia. Tapi tanyalah mana2 penggemar teh tarik, teh tarik bukan sahaja minuman warisan, tapi ia minuman politik di Malaysia!

Anda pembangkang, mahupun pro-kerajaan, hatta lalang sekalipun, cerita ceriti bab politik tidak sah tanpa segelas minuman teh tarik. Di kedai kopitiam, mamak, gerai tepi jalan, kafeteria hatta hotel 4-5 bintang, bicara politik dibahaskan sambil teh tarik menjadi minuman melegakan dahaga & 'recharge' bateri kehidupan.

Itulah penangan Teh Tarik. Berbalah-lah selama mana anda mahu, berdebatlah, bertekaklah, tapi satu yang masih sama, jangan lupa segelas teh tarik! Last edited by robotech on 17-2-2014 02:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:27 PM | Show all posts
Satu lupa tulis...asal-usul teh tarik tu sendiri....kalau tak salah ianya ditarik bagi mengurangkan kepanasan teh memandangkan pelanggan nak cepat minum sebelum meneruskan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:54 PM | Show all posts
gambar sikit

..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ek teh tarik ni start fames kat mesia? Time dulu2 mana ada sngt teh tarik ni. Yg aku ingat kalau nak sejukkan teh panas, tuang atas piring lps tu hirup pelan-pelan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:27 AM | Show all posts
robotech posted on 17-2-2014 12:29 PM
Fakta 4:

rahsia resepi teh tarik sebenarnya kena letak jugak susu cair. bukan susu pekat manis semata2. yang jadi buih-buih banyak tu kalau letak susu cair banyak2 la. kalau tetamu datang kat rumah, mmg biasa buat teh tarik ni sebab doang cakap rasa macam kat kedai mamak. lagi satu, teh tu kena beli yang timbang kat pasar basah tu. kalu yang cap boh ke, lipton ke rasa tak kaw la. cara masak plak, jerang teh atas api masa nak buat tu. kalu rendam dengan air panas konfirm xsedap.
sekian.
chef tea tarik tertarik menarik ko memang da boom kebabo
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:40 AM | Show all posts
shamsadis posted on 17-2-2014 05:54 PM
gambar sikit

..

ni ke teh tarik yang RM20.50 1 gelas?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 12:01 PM | Show all posts
peh! hrg teh tarik kt hotel mahai nk mmpos. cekik darah tul.cpt la dorg g naik haji.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.084904 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list