View: 2725|Reply: 3
|
ZAID CALON TAJAAN DAP DI #PRKKajang?
[Copy link]
|
|
SARKAS di Kajang telah bermula. Selalunya apabila kita pergi ke pesta circus, pasti bermacam-macam pertunjukan dan permainan dihidangkan. Yang pasti ada pelbagai persembahan dari badutnya, silap matanya, pertandingan dan juga tawaran-tawaran hadiah yang pastinya menarik.
Setelah Anwar mencalonkan dirinya bertanding di PRK Kajang pada 23 Mac ini, maka bermulalah pesta circus di Kajang.
Kini, seorang lagi badut yang kita ketahui ada "personal vandetta" dengan Anwar iaitu Zaid Ibrahim.
DENDAM ZAID KEPADA ANWAR DAN AZMIN
Anwar memilih Azmin daripada Zaid ketika pemilihan PKR pada 2010 bagi jawatan Naib Presiden. Zaid telah kalah teruk di Sabah dan inilah puncanya Zaid meninggalkan PKR.
Bukan sekadar itu, di mata PKR Zaid telah mengecewakan mereka apabila gagal dalam PRK Parlimen Hulu Selangor serta tugas yang telah diberi oleh Khalid Ibrahim menangani isu Felda di Selangor.
Kini, apakah dengan menawarkan diri sebagai calon bebas di PRK Kajang, Zaid ingin membalas dendam terhadap Anwar dan Azmin?
CALON BEBAS ATAU CALON TAJAAN DAP?
Zaidlah satu-satunya alat yang perlu digunakan untuk menyekat hasrat rakus Anwar. Sungguhpun Zaid dikatakan akan bertanding atas tiket "Bebas", namun inilah peluang permainan politik DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili DAP di Selangor untuk jawatan MB, seandainya Zaid mampu menewaskan Anwar nanti.
Selanjutnya... DI SINI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau zaid guna parti KITA dalam PRK Kajang saya rasa dia tidak akan dapat mencuri undi bukan melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
pentaga posted on 17-2-2014 09:22 PM
kalau zaid guna parti KITA dalam PRK Kajang saya rasa dia tidak akan dapat mencuri undi bukan melayu ...
Zaid ialah jurucakap DAP, mesti DAP taja untuk sokongan Cina
|
|
|
|
|
|
|
|
mantra posted on 26-2-2014 12:46 PM
Zaid ialah jurucakap DAP, mesti DAP taja untuk sokongan Cina
so?
kita patut sokong melayu ke sokong cina kat kajang?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|