View: 5114|Reply: 36
|
[Tempatan]
{13} Kereta BMW X5 terbang hinggap atas bumbung rumahnya !
[Copy link]
|
|
12 Februari 2014
Batu Gajah: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Kampung Gunung Hijau nyaris maut sejurus sebuah kereta BMW X5 terbabas sebelum ‘terbang’ menghempap bumbung rumah mereka awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kereta yang dinaiki tiga lelaki dipercayai dipandu laju, hilang kawalan dan terbabas merempuh besi pembahagi jalan di laluan berbukit di kawasan kampung itu.
Kereta mewah itu kemudian merempuh sebatang tiang elektrik konkrit sehingga patah sebelum kenderaan itu menimpa bumbung dapur rumah berkenaan.
Bagaimanapun semua penghuni rumah yang ketika itu sedang tidur tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketiga-tiga individu di dalam kereta BMW itu juga terselamat.
Pemilik rumah, Ah Boon, 65, berkata, dia terjaga daripada tidur sebaik terdengar dentuman kuat di bahagian dapur sebelum mendapati sebuah kereta terbalik di atas bumbung dapur rumahnya.
“Dentuman itu sangat kuat hingga menyebabkan rumah kami bergegar seperti dilanda gempa bumi. Saya bernasib baik kerana kereta itu hanya menghempap bumbung dapur yang terletak hanya beberapa meter dari bilik tidur.
“Bahagian bumbung dapur ranap sepenuhnya akibat ditimpa kenderaan itu. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui sedang membaik pulih rumahnya petang, semalam.
Ah Boon yang bekerja sebagai tukang kayu berkata, jumlah kerugian dialami dan kos membaik pulih bumbung yang ranap dianggarkan RM1,000 dan pemilik kenderaan itu berjanji untuk menanggung kos berkenaan.
“Saya percaya pemandu dan dua penumpang kenderaan mewah itu berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu laju sehingga terbabas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-myMetro
p/s mane nak celen myb....
|
|
|
|
|
|
|
|
semua kereta mampu terbang dah sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kete terbang membuat pedaratan cemas.... |
|
|
|
|
|
|
|
kereta sekarang makin canggih... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada yg mati, kan tambah mslh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bawak laju tu..
Nasib baik semua selamat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsep hilang kawalan ni utk kereta bawak laju |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nie kena wat kete terbang plak laa rasanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
scam !
gambir tarak kira scam
lalalalalala |
|
|
|
|
|
|
|
kereta bersayap.
model baru! tgh testing la tu kott... |
|
|
|
|
|
|
|
minta jer ganti rugi....
dah pakai x5....mesti la mampu byr kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
bumbung je ranap yg pi mintak 1000 tu? sink, periuk semua tak kemek ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk jgk lah kete terbang ni satu...xdaya dah nk hadap jem hari kt PLUS highway..
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah pemilik kereta BMW X5 ini adalah konco-konco mlm skim cepat kaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
xpyh naik kapal terbang boli x5 pun boleh torobang |
|
|
|
|
|
|
| |
|