CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20621|Reply: 12

LELAKI LEBIH GEMARKAN WANITA YANG MEMBAWA KERETA SPORTS

[Copy link]
Post time 6-2-2014 02:31 PM | Show all posts |Read mode


KAJIAN – LELAKI LEBIH GEMARKAN WANITA YANG MEMBAWA KERETA SPORTS

Tahukah anda, kenderaan yang anda pandu sebenarnya memainkan peranan penting untuk memikat kaum berlainan jantina? Menurut laporan di akhbar LATimes, satu kaji selidik yang  membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu mendapati, lelaki yang membawa kenderaan trak paling memikat hati wanita manakala wanita yang memandu kereta sports pula, memikat hati jejaka di luar sana.

Bagi lelaki yang ingin menjadi tumpuan wanita, anda hanya perlu memakai trak pikap Ford berwarna hitam dan wanita pula berbeza kerana anda perlu memakai kereta sports BMW berwarna merah untuk menjadi tumpuan jejaka.

Berikut adalah senarai jenis kereta yang mampu menarik minat wanita :

  • Trak pikap ( 32 peratus)
  • Sports (27 peratus)
  • SUV (16 peratus)
  • Sedan (11 peratus)
  • Hibrid (9 peratus)
  • Trak UPS (4 peratus)
  • Van (2 peratus)

Dan ini pula senarai kenderaan kaum hawa yang mampu menarik minat lelaki :

  • Sports ( 39 peratus )
  • Sedan ( 22 peratus )
  • SUV ( 20 peratus )
  • Trak Pikap ( 10 peratus )
  • Hibris ( 6 peratus )
  • Van ( 4 peratus )

Tak sangka pula orang lelaki gemarkan wanita yang memandu kenderaan mewah. Menurut kaji selidik oleh  Insure.com itu lagi,  kaum lelaki gemar wanita yang memandu kenderaan dari jenama  BMW (16%), Mercedes-Benz (14%), dan Porsche (10%). Wanita pula gemarkan lelaki yang memandu kenderaan dari jenama Ford (16% ), Chevrolet (13%), dan Porsche (11%).




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2014 02:44 PM | Show all posts
TAk semestinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 03:09 PM | Show all posts
aku lebih tertarik dengan wanita naik kereta sorong....sexy auwww
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 03:15 PM | Show all posts
myvi??

tertarik tak?

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 03:20 PM | Show all posts
materialistic....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 03:24 PM | Show all posts
gua minat perempuan bawak kei car
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2014 05:48 PM | Show all posts
Mama pakai keta apa sehingga Ajib Gor tertarik dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 10:11 PM | Show all posts
perempuan pakai viva sportrim merah tertarik tak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 09:14 AM | Show all posts
LA times tu majalah US..jd survey ni utk lelaki /wanita US..

wa yakin kat mesia, ramai wanita tertarik dgn lelaki bawak proton wiralution @ wira make up mitsubishi evo / wajalution

dn lelaki plak ramai tertarik dgn wanita pakai viva dan myvi  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:00 PM | Show all posts
takde nye lelaki m'sia ni nak tertarik dgn wanita M'sia yg drive sport car... Pompuan Msia yg drive sport car pun, kompom tak pandang lelaki sebarangan.... huhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 06:14 PM | Show all posts
isteri_ayil posted on 17-4-2014 01:00 PM
takde nye lelaki m'sia ni nak tertarik dgn wanita M'sia yg drive sport car... Pompuan Msia yg drive  ...

ye ke? bung pkai kereta apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 03:18 PM | Show all posts
suke sebab bulih tumpang sekaki la tu kot..he..he
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:08 AM | Show all posts
dah tentu bila bawak kete ni mestiler kayaerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.096596 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list