CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23567|Reply: 358

Apa pandangan anda?

[Copy link]
Post time 1-2-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru2 ini saya bertemu seorg hamba Allah yg menceritakan kisahnya.

Dikhabarkan, ketika beliau mendengar kisah2 para sahabat Rasullullah saw, hatinya mula tersentuh sehingga mengalir air mata krn mengenangkan kesusahan para sahabat ketika Islam mula disebarkan. Pun begitu, beliau juga menyatakan, antara kisah yg paling sebak hatinya sehingga menitis air matanya adalah ketika mendengar kisah Bilal Bin Rabah kembali semula ke kota Madinah dan diminta utk memperdengarkan azan oleh cucu2 baginda Rasullullah yg pada ketika itu baginda Rasullillah sudah tiada didunia. Mcm tak logik aje bila mendengar.

Saya tak mampu nak beri pandangan perihal ini. Jika ada sesiapa yg ada pandangan, dialu2kan. Last edited by Abangcute on 1-2-2014 06:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2014 05:56 PM | Show all posts
Ada kisah ni di beritau dalam HyppTV hari tu dalam rancangan Al Hikmah channel 113...

Nama ustaz yg beritau dalam rancangan tu saya tak ingat...w.a. Last edited by kbyne on 1-2-2014 06:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 06:45 PM | Show all posts
Sebenarnya saya pun sebak masa dengar...

Bilal ni rapat dgn Nabi S.A.W...bayangkan orang yg lama tak jumpa sekali dia azankan,seolah hidup semula suasana sewaktu nabi ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2014 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kbyne posted on 1-2-2014 06:45 PM
Sebenarnya saya pun sebak masa dengar...

Bilal ni rapat dgn Nabi S.A.W...bayangkan orang yg lama  ...

Itu ler, saya tgh cari jawapan. adakah ini tanda Nur Muhammad?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 07:48 AM | Show all posts
tak paham..

apa yg x logiknya?

pandangan tentang apanya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 12:00 PM | Show all posts
?????????????

satu-satu.
-Nabi sudah wafat waktu tu.
-Bilal diminta melaungkan azan
-Maka itu mgembalikan kenangan waktu Nabi masih hidup...sebab waktu itu sajalah beliau azan.

Biasa saja kalau menyentuh hati sesiapa dgn cerita ni.
Ringkas aje kot. Rasanya macam tak membawa kpd isu Nur Muhammad.
Mudah aje cerita ni.
Apa yg tak logiknya?
ps: Nak reply ke? Saya takut nak baca. Benda straight to the point. Nanti rumit berbelit tak pasal2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2014 11:08 AM | Show all posts
Abangcute posted on 2-2-2014 07:36 PM
tak logiknya, org itu tak bersama Rasullullah dan para sahabat. Bukankah itu suatu pemberianNya?

Boleh saya tahu siapakah orang yang dikatakan tidak bersama Rasulullah dan para sahabat?

Kisah tersebut merupakan kisah bagi yang pernah bertemu Rasulullah SAW.... dan setelah Rasulullah SAW wafat, Bilal RA tidak lagi tinggal di Madinah... sehinggakan satu masa beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW, dan akhirnya beliau pulang ke Madinah ziarah Nabi (maqam Nabi)

Sekembalinya di Madinah, terkenang akan masyarakat Madinah semasa Bilal menjadi Muazzin, maka atas permintaan cucu Nabi, maka Bilal bersetuju untuk laungkan azan, yang mana mengimbau kembali suasana masyarakat Madinah zaman semasa hayat Nabi...

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 3-2-2014 11:08 AM
Boleh saya tahu siapakah orang yang dikatakan tidak bersama Rasulullah dan para sahabat?

Kisah  ...


Itu yg muskil kpd saya kerana saya pernah bertanya soalan yg sama, `Adakah En. pernah bermimpi Rasullullah`. Jawabnya `Tidak`.

Saya juga cuba nak tahu, apa amalan yg hamba Allah ini lakukan, tak der lah setara mana sgt pun. Solat sunat tak der ler pulak. Nak kata berzikir pun tak de lah pula saya dgr. Tapi bila saya bertanya zikir apa yg dirinya baca, dia hanya senyum aje.

Bagi saya, mungkin pasal senyum kot? Last edited by Abangcute on 3-2-2014 06:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 11:34 PM | Show all posts
Cerita yg diceritakan kepada saya.

Setelah wafatnya Baginda SAW, semua umat islam dalam kesedihan, terutama dikalangan sahabat,

Seperti yg kita tahu, Bilal adalah sahabat yg dilantik Rasulallah SAW utk melaungkan azan.

Bilal tidak mampu melaungkan azan krn kesedihannya yg melampau krn dalam azan itu ada bait2 WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH dan  Bilal sgt sayang pd Rasulallah.

Diceritakan lagi setelah Rasulallah SAW wafat, dan umat islam terlalu sedeh, Bilal dipujuk untuk terus melaungkan azan bagi memastikan islam sentiasa berkembang walaupun sesudah kewafatan Baginda.

Azan pertama Bilal setelah wafatnya Baginda diceritakan sungguh2 mengharukan, beliau hampir sahaja tidak dapat melaungkan bait2 WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH krn bait2 itu mengandungi nama Rasulallah yang kita sayangi.

Apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut. Ada yang menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal.

cerita berikutnya dipetik dari http://dearsuperduperstar.blogsp ... pas-kewafatan.html:

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Memang bila kita melangkah masuk ke Masjid Nabawi dimana terdapat makam Rasulallah SAW akan ada satu getaran jiwa merasakan kasih sayang Baginda. Jika kita umat yg kita 1300 tahun selepas kewafatan baginda boleh merasakan kasih sayang yg begitu, bagaimana pula sahabat2 yg hidup bersama Baginda?

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:42 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-2-2014 10:29 AM
Itu yg muskil kpd saya kerana saya pernah bertanya soalan yg sama, `Adakah En. pernah bermimpi R ...

aku x nampak lagi sebenarnya apa yg kamu musykil ni...apa yang tak logiknya ni...

org itu tak bersama Rasullullah dan para sahabat. Bukankah itu suatu pemberianNya?

adalah 'orang tu' merujuk pada hamba Allah yg ko mention mula2 kat atas tu?

Baru2 ini saya bertemu seorg hamba Allah yg menceritakan kisahnya.


adakah ko pelik dan rasa tak logik macammana hamba Allah tu boleh sebak dan menangis bila dengar kisah bilal kembali ke madinah? itu ke persoalan ko sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:28 PM | Show all posts
Mungkin dia bertanya tentang status hadith atau riwayat pasal Bilal ziarah Madinah lalu melaungkan azan.

Ada sesiapa boleh confirmkan kitab riwayat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anwarnuwa posted on 4-2-2014 06:42 AM
aku x nampak lagi sebenarnya apa yg kamu musykil ni...apa yang tak logiknya ni...




iyer. itu yg muskil sesgt sampai hari ini. mcm ada tanda tanya ? aje.

Ada satu hadis kalau tak salah ler. Suatu umat yg merindui Rasullullah yg tak pernah bersama2 Rasullullah celah lagi tak pernah melihat wajah Rasullullah akan tetapi merindui Rasullullah.

Masaalahnye, org yg saya jumpa nie merindui semua sahabat Rasullullah. Tak ke muskil kalau difikirkan dgn akal yg sihat?

Jika org ni kata rindu kpf Rasullullah tak per le jugak. Saya tak muskil sgt.
Ada harapan jadi geng ayah pin gak ke org ni? hehehehe Just tanya aje Last edited by Abangcute on 4-2-2014 06:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 09:48 PM | Show all posts
@abangcute

Aku cuba terangkan apa yang aku faham setakat ni....  tak tahu betul ke salah...

kau musykil kawan kau tu rindu pada semua para sahabat dan pada rasulullah s.a.w.

kau sebenarnya tak musykil cerita bilal bin rabah.

??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 07:08 AM | Show all posts
Abangcute posted on 4-2-2014 10:24 AM
iyer. itu yg muskil sesgt sampai hari ini. mcm ada tanda tanya ? aje.

Ada satu hadis kalau ta ...

kalu kawan ko rindukan Rasullulah dan sahabat2 baginda...jangan berasa pelik. itu perkara biasa. kalu ko pelik pada perkara ni..sebenarnya ko yg pelik

kalu kawan ko rindukan sahabat2 tapi TAK rindukan Rasullullah..baru la ko kene berasa pelik. mustahil sesorang boleh cintakan sahabat nabi tanpa cintai nabi S.A.W.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 08:33 AM | Show all posts
me rasa normal je...sbb hati dia tersentuh ngan citer bilal tuh!...
sama gak ader org sentitif ble tgk citer hindustan....bleh je nangis leleh air mata....pastu ader lak sahabat citer kawan dia leleh air mata tgk juara lagu masa hafiz nyanyi lagu apa tah yg ader ranting2 tuh!..nangis masa tgk kat mamak plak tuh!...tuh pun sbb tersentuh hati gak la

tapi me tak lupa pengalaman masa blajar dolu ada senior nih mmg best kalu dia jadi imam / baca doa slps solat.....bacaan solat dia lembut tapi jelas,tone suara tu smpai menyentuh hati,bleh buat orang nangis..tak tau nak xplain camner  tapi kalu time dia baca  doa mmg nangis sedu2 sbb dia bukan baca doa tapi dia merayu dengan rasa rendah diri,memohon belas ikhsan,mohon ampun atas dosa2 ....dia bukan baca doa tapi merayu keampunan......seumur hidup me tak penah dgr lagi selain senior tuh yg berupaya buat me menitiskan air mata masa berdoa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur posted on 4-2-2014 09:48 PM
@abangcute

Aku cuba terangkan apa yang aku faham setakat ni....  tak tahu betul ke salah...

mungkin lah kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anwarnuwa posted on 5-2-2014 07:08 AM
kalu kawan ko rindukan Rasullulah dan sahabat2 baginda...jangan berasa pelik. itu perkara biasa. k ...

lebih kurang mcm tu ler. itu yg pelik.

tu yg saya tanya tu, geng ayah pin kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:19 PM | Show all posts
biasanye ape topik yg menyentuh tentang rasul junjungan mulia kite..akan lahir satu perasaan halus dlm diri kite tnpa kite sedar..sebak..kerinduan..terhadap nabi junjungan kita..itulah keistimewaan umat muihammad.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 07:28 AM | Show all posts
Abangcute posted on 5-2-2014 10:29 AM
lebih kurang mcm tu ler. itu yg pelik.

tu yg saya tanya tu, geng ayah pin kot?

oop..jab

maksudnya hamba Allah tu rindukan sahabat nabi tapi tak rindukan nabi. camtu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
anwarnuwa posted on 6-2-2014 07:28 AM
oop..jab

maksudnya hamba Allah tu rindukan sahabat nabi tapi tak rindukan nabi. camtu ke?

iyer..... tu yg termasuk kategori pelik tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064199 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list