CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4820|Reply: 5

[Tempatan] Promosi Hari Wilayah Persekutuan 2014 | Diskaun Kompaun

[Copy link]
Post time 1-2-2014 09:21 AM | Show all posts |Read mode




1 Februari 2014 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2014 bertindih dengan Perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari maka 3 Februari 2014 diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan. Tahniah!



Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Februari ini untuk penduduk Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya. Antaranya Konvoi Berbasikal, Kenduri 1 Wilayah dan Forum Perdana. Pihak DBKL juga memberi diskaun kompaun RM 30 sahaja kepada semua kesalahan trafik bermula 1 Februari hingga 8 Mac 2014. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Bagi yang bercadang ke Taman Tasik Titiwangsa, korang boleh naik bot secara percuma sepanjang bulan Februari ini termasuk gelanggang sukan seperti badminton, futsal, tenis dan lain-lain lagi.



Jom tengok promosi2 lain Hari Wilayah Persekutuan 2014 di sini http://kafeque.blogspot.com/2014/01/aktiviti-promosi-hari-wilayah.html Last edited by qronaldo7 on 1-2-2014 10:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2014 10:13 AM | Show all posts
thanks for the info. yang menghairankan sebelum ni dah keluar newspaper pun kakitangan DBKL sendiri tak tahu ada tawaran utk bayaran kompaun ni. cam mana newspaper keluar tapi tak brief kakitangan dulu.

dah lah tak boleh nak print saman secara online. nak kena pergi tun razak or hq utk dapatkan copy saman untuk bayar.

dah bayar 5 bulan dulu dalam website tulis tak bayar lagi

majlis perbandaran yang lebih kecil cth majlis perbandaran melaka and even seremban pun far for advance dari dbkl boleh bayar secara online.

ni sistem cam tahun 70an kena bayar kat kaunter.

menyusahkan orang nak bayar. patutlah ramai yang malas nak bayar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2014 10:29 AM | Show all posts
munchkin posted on 1-2-2014 10:13 AM
thanks for the info. yang menghairankan sebelum ni dah keluar newspaper pun kakitangan DBKL sendiri  ...

teruknya management DBKL. keluar saman rajin tp sistem pembayaran out
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 10:40 AM | Show all posts
Jangan tak tahu jamban DBKL pun free gak arini katanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 10:42 AM | Show all posts
X menarik langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 10:47 AM | Show all posts
qronaldo7 posted on 1-2-2014 10:29 AM
teruknya management DBKL. keluar saman rajin tp sistem pembayaran out

memang pun.

majlis perbandaran lain boleh semak cukai pintu secara online. dbkl tak boleh kat website derang (kena check through myeg). kalau bayar dengan myeg dia ambil upah utk proses. dah lah hantar surat lambat and kadang tak sampai. kita sibuk terlepas pandang. bila kita soal pegawai dia dengan sombong kata tanggungjawab pembayar cukai untuk minta kalau tak dapat. memang pegawai kat sana kebanyakan sombong. tapi ada yang baik juga. kalau baik, baik sangat. kalau sombong memang sakit hati. masa mesyuarat bantahan kenaikan cukai pintu pegawai undang2 ok je. tapi pegawai khidmat pelanggan dia jawab, tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai untuk supervise kerja mereka. nasib ada pegawai senior kat situ cepat2 jawab tak bersetuju dengan apa yang colleague dia kata.

dulu at least boleh print saman. sekarang ni tengok function nak print tu tak leh. bila tanya kat pejabat cawangan, kena pergi kat hq or tun razak je boleh print (kalau kertas saman hilang). kan ke menyusahkan saja. habis tu kalau orang dari outstation nak kena travel balik ke kl utk bayar saman?

come on lah. ni majlis perbandaran yang manage KUALA LUMPUR. Capital city untuk Malaysia tu tapi takde sistem online!!! tapi sistem kena bayar kat kaunter cam tahun tok nenek kita bayar kat pos ofis zaman dedulu. itu pun dah bayar still tulis tak bayar. bila komplen dia suruh kita berususan dengan jabatan itu ini. ntah apa2 ntah sistem mereka. takde pegawai ke semak? asik nak suruh tax payer follow up mengadu etc.

majlis perbandaran lebih kecil macam melaka and seremban so efficient ada sistem online. bila dah bayar status terus update kata TAHNIAH dah bayar. majlis perbandaran melaka mmg terbaik. bila email, malam pun dia jawab. esok pagi terus call kita kata dah terima saman, soooooo efficient.

dah lah susah nak bayar, pastu nanti keluar berita banyak saman tak dibayar oleh traffic offender. orang nak bayar, tapi dah menyusahkan orang nak kena ambil cuti.
Last edited by munchkin on 1-2-2014 10:48 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.236409 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list