CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1455|Reply: 1

[Tempatan] Taman Metropolitan Batu perlu perhatian serius

[Copy link]
Post time 30-1-2014 10:36 AM | Show all posts |Read mode

[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KUALA LUMPUR - Silap langkah, ke dalam tasiklah tempatnya! Itu gambaran keadaan laluan pejalan kaki di Taman Metropolitan Batu, Taman Batu Muda, yang sebahagiannya tenggelam dek air meskipun kerja-kerja projek dilihat masih belum selesai.

Menjadi persoalan apabila tiada sebarang tanda amaran larangan diletakkan di sekitar kawasan berkenaan, memberi risiko kepada pengunjung yang datang beriadah terutamanya golongan kanak-kanak.

Seorang pengunjung, Cindy Yap, 50, berkata, keadaan itu mengelirukan kerana terdapat juga pengunjung yang menggunakan laluan itu tetapi tidak sepenuhnya.

Katanya, binaan yang terlalu rendah mungkin menyebabkan sebahagian laluan ditenggelami air tasik, justeru kerja-kerja binaan sepatutnya dibuat dengan lebih sempurna.

“Nampak seperti belum siap tetapi sudah naik air,  jadi seperti kerja sia-sia. Dalam masa sama, kawasan ini juga suram dan kurang kawalan, jadi sebagai pengunjung, rasa tidak selamat apatah lagi banyak kes samun berlaku sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pelajar, Siti Aishah Md Saad, 17, selain laluan joging yang tidak siap itu, laluan jalan raya yang biasanya digunakan pengunjung juga tidak kurang risikonya apabila turut digunakan kenderaan.

“Kenderaan yang lalu juga dipandu dengan laju buat kami rasa tidak selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Pesara, Wilson Low, 50, berkata, banyak aspek penyelenggaraan yang perlu diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab menyelenggara taman rekreasi itu.

“Ada kawasan yang sampah seperti tidak dibersihkan, tong sampah juga banyak yang dirosakkan. Kadang kala ada yang meronda tetapi jarang nampak,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati selain projek laluan pejalan kaki yang tidak sempurna, terdapat kawasan yang menjadi ‘port’ kaki botol ekoran terdapat  botol minuman keras yang turut ditemui.

Ada juga sampah yang tidak dibersihkan di kawasan pondok wakaf, dan beberapa tong sampah disediakan juga didapati menjadi mangsa vandalisme.

Lebih teruk, beberapa huruf nama taman yang ada di laluan pintu masuk utama juga didapati ‘ghaib’.


http://www.sinarharian.com.my/ed ... -perhatian-1.245863


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 10:40 AM | Show all posts
area KL memang kurang taman rekreasi.... kalau ade pon sume jauh2, huhuh...
seeloknya kene ade buffer zone di setiap tempat, kalau orang2 yg stress balik kerja petang2 before balik rumah, boleh gak lepak2 kat taman2 tenangkan fikiran....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.088016 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list