CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2643|Reply: 8

10 ciri wanita pisau cukur

[Copy link]
Post time 29-1-2014 02:07 PM | Show all posts |Read mode
10 Ciri Wanita Pisau Cukur

1. Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair

4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.

9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.

10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.




http://www.szlihin.com/2011/02/10-ciri-wanita-pisau-cukur.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 03:22 PM | Show all posts
halamak aku ada ciri wanita pisau cukur
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
No.9 sy rasa seperti sy.hehe

adakah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:10 PM | Show all posts
iols no. 4 dgn 9
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:49 PM | Show all posts
perempuan pisau cukur ni selalunya akan buat lelaki cinta separuh mati sebelum mereka mula mengikis...dan kebanyakan mereka adalah a goddess in bed membuatkan lelaki gila bayang...ini ape yang saya perhatikan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:59 PM | Show all posts
Yang no 7 tu betul sangat.

Tak cemburu sebab nak mengikis je motipnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2014 01:39 AM | Show all posts
boleh percaya ke smee tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:28 PM | Show all posts
kalau nombor 2 tu boyfriend saya memang sedia botak mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 10:55 AM | Show all posts
bkn setakat perempuan jer yg jadik pisau cukur..lelaki pun same..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070124 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list