|
Cubaan sekumpulan 16 warga asing cuba menyeludup masuk ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan pihak berkuasa awal semalam.
Menurut Komander Unit Pencegah Penyeludupan Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman, kumpulan itu dipercayai tiba untuk mencari pekerjaan.
Kesemua mereka ditahan di sebuah rumah kosong di Kampung Bukit Kechil, Changloon, Kedah.
Mereka dikatakan masuk menggunakan lorong tikus di sempadan Thailand - Bukit Kayu Hitam sebelum bersembunyi sementara di rumah itu.
Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 36 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)c Akta Imigresen.
Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|