View: 6007|Reply: 64
|
[Tempatan]
Deretan Cuti Umum Pada Januari, Februari Tahun Ini
[Copy link]
|
|
Deretan Cuti Umum Pada Januari, Februari Tahun Ini
Oleh P.ARUNA
PETALING JAYA: Sekali lagi deretan cuti akan berlaku, bermula dengan sambutan Maulidur Rasul dan Thaipusam pada minggu depan, diikuti dengan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan dua minggu kemudian.
Maulidur Rasul dan Thaipusam masing-masing akan disambut pada 14 Januari (Selasa) dan 17 Januari (Jumaat) yang menjadikan pekerja hanya berkerja tiga hari dalam seminggu.
Bagi mereka yang bekerja di Negeri Sembilan, 15 Januari (Rabu) adalah hari cuti ganti untuk hari jadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menjadikannya mereka di negeri itu hanya berkerja dua hari seminggu.
Majikan menjangkakan pekerja mereka akan mengambil cuti sama ada pada 16 Januari (Khamis) untuk cuti empat hari yang disambung dengan cuti hujung minggu atau mengambil cuti pada tiga hari berkerja untuk membolehkan mereka bercuti selama sembilan hari.
Tahun Baru Cina jatuh pada 31 Januari, diikuti dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menggesa majikan supaya membuat perancangan terlebih dahulu untuk memastikan produktiviti tidak terjejas kerana cuti yang berderet.
"Kebanyakan syarikat berdepan pengalaman yang sama tahun lepas dan perlu telah merancang cara-cara untuk mengelakkan terlalu ramai pekerja mengambil cuti tambahan pada masa ini," kata kata Ketua Pengarahnya Mohd Razali Hussain, Isnin.
Oleh kerana cuti-cuti seperti Maulidur Rasul dan Thaipusam bukan "cuti wajib", beliau berkata syarikat-syarikat boleh mengelak daripada membenarkan pekerja mereka mengambil cuti panjang dengan menggantikan cuti-cuti ini pada hari-hari lain.
Pada November tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan pada 3 Februari (Isnin) disebabkan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 1 Februari.
Cuti tersebut terpakai untuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata kebanyakan syarikat akan merancang jadual kerja mereka untuk mengelakkan pekerja daripada mengambil terlalu banyak cuti dalam tempoh ini.
"Kebanyakan pekerja baru kembali bekerja selepas berehat akhir tahun dan syarikat-syarikat masih sibuk memulakan perniagaan mereka bagi tahun ini. Mereka tidak mungkin untuk membenarkan terlalu banyak pekerja untuk mengambil cuti panjang dalam jarak yang dekat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye cuti 17hb jan....besday baby girl aku....nasib baik cuti....bolelah celebrate... |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum lebar tokey shoping kompleks. Mesti parking penuh. Polis sila la buat operasi menyaman keta park tepi jln yer |
|
|
|
|
|
|
|
untung lah raya cina kat wilayah ngan putrajaya dpt cuti 4 hari termasuk sabtu ahad..
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana cuti-cuti seperti Maulidur Rasul dan Thaipusam bukan "cuti wajib", beliau berkata syarikat-syarikat boleh mengelak daripada membenarkan pekerja mereka mengambil cuti panjang dengan menggantikan cuti-cuti ini pada hari-hari lain.
jangan cakap Maulidur Rasul bukan "cuti wajib" ...mengamok sikatak lompat tu nanti ... |
|
|
|
|
|
|
|
yay!! triple pay!~ |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye byk cuti, save cuti tahun aku.. cuma nk amik cuti time march/april yg xde cuti umum tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manufcturing company dah atur cuti awal2x.. gila production kejap on.. kejap off... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai februari jer byk cuti..
mac ngan april mana ada cuti dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
best..best..best...
|
|
|
|
|
|
|
|
klu boleh nak ada kerja yang cuti hari hari berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kilang ignore je maulidurrasul n thaipusam tu... xde nye ganti2 pun... pkeja kerajaan je yg byk cuti... swasta x amik pun klu yg kategori x wajib tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sronok ja tengok kalendar blan ni kan
depa suma pkat plan nk p bercuti neh |
|
|
|
|
|
|
|
teha86 posted on 7-1-2014 10:57 AM
bestnye cuti 17hb jan....besday baby girl aku....nasib baik cuti....bolelah celebrate...
17hb tu anniversary aku...yg 14hb tu plak besday anak aku.....bestnyaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 7-1-2014 02:17 PM
@teky aku bukan macam ko..suami hujung minggu..
dah kene keje time tuh.. hadap saja.. t ...
sudahhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 7-1-2014 12:02 PM
sampai februari jer byk cuti..
mac ngan april mana ada cuti dah..
k la tu br la balance ...
ko amek je la cuti ko sundrik ye
|
|
|
|
|
|
|
|
btlke mesia plg byk cuti...mcm jepun tu jrg2 sgt cuti ni...dorang pentingkan keje jekkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|