CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6839|Reply: 9

Masalah ubahsuai rumah

[Copy link]
Post time 4-1-2014 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua, saya ada satu permasalahan kat sini yang memerlukan pendapat pakar2 di sini. Sekarang ni saya tengah ubahsuai rumah (bermula awal disember). Kosnya dlm 40k++. Ikut agreement siap dalam masa 2 bulan. Deposit dah byr dalam 15k n tak sampai 2 minggu kontraktor minta tambah duit dlm 18k sebab nak beli barang (dia takut naik harga, masa 2014). Jadi saya pun bayar dengan harapan dan dijanjikan rumah tu akan siap cepat. Tapi sampai hari ni masih tak siap2 lagi. Barang2 pun byk yang tak sampai.

saya ada buat agreement saya sendiri di mana saya nyatakan kat situ, "kontraktor perlu menyiapkan ubahsuai rumah mengikut jumlah ansuran yang diberikan oleh tuan rumah dalam masa sebulan. Sekiranya tidak siap tuan rumah boleh menuntut 30% daripada jumlah ansuran yang dibayar dan akan dikembalikan kepada kontraktor setelah selesai kerja-kerja tersebut." Surat perjanjian yang saya buat ni saya dah cop dan tandatangan di pesuruhjaya sumpah dan saya dah wat stamping kat LHDN. Esok merupakan tarikh genap sebulan tu, jadi apa yang boleh saya buat ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2014 12:06 PM | Show all posts
sesiapa yang mahir, please advise
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 04:34 PM | Show all posts
Salam semua, saya ada satu permasalahan kat sini yang memerlukan pendapat pakar2 di sini. Sekarang ni saya tengah ubahsuai rumah (bermula awal disember). Kosnya dlm 40k++. Ikut agreement siap dalam masa 2 bulan.

"kontraktor perlu menyiapkan ubahsuai rumah mengikut jumlah ansuran yang diberikan oleh tuan rumah dalam masa sebulan.

Esok merupakan tarikh genap sebulan tu, jadi apa yang boleh saya buat ?



2 bulan atau sebulan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 04:55 PM | Show all posts
sebulan. dateline 2 bulan pada februari
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:12 AM | Show all posts
masalah macam ini lah yang saya takut nak renovate rumah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:20 PM | Show all posts
so dah settle ke masaalah tuan tanah kedaung ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
apa punya agreement da ...
tuan rumah dah bayar kontraktor 32 k , pastu nak hold 30%...
harga kos ubahsuai tu cuma lebihkurang 50%  dar 40k tu ... dah dapat 32k ... cabut lah ... dah dapat untung ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:33 AM | Show all posts
kalau boleh jumpa lagi kontraktor tu, ambil tindakan, kalau tak boleh nak jumpa.. kena siapkan simen, tampal dan cat sendiri aa..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kontraktor janji 40 hari. Akak kasi la 2 bulan. Asal budget RM 120K. Sudahnya kekejap ada quotation tambahan... Terus hari RM 200K. X masuk wiring dan cat! Dan lagi tension,  asyik mintak tangguh aje.. Duit x tertangguh2  bila mintak! Dan byk building structure Yg suka suki dia nak ubah dan tambah tanpa pertujuan. Kosnya,dia suruh kita tanggung. Dan brg serta perabut Yg digunakan dan divandalisme sesuka hati x yah citer la... Dan finally akak buat Undertaking Letter... Menangis dia nak sign. Time kita tegur, menjawab.. Berlagak sungguh jawapannya... 'Setakat tilam, nnt saya ganti lg mahal punya' Ayat lain x nak sebut la kat sini... Mmg bakau daghah bila akak ingat2 balik. Sudahnya, 4 bulan br siap walau byk Yg akak x puas hati dan x ikut perjanjian penyerahan... Dah 2 bulan panggil utk baiki defect, x nampak2! Tu x kira peralatan2 tandas stainless steel akak Yg dia lap dgn asid lantai tu. Habis berkarat semuanya.. Skrg ada lagi Rm5K akak hold sbb nak cover utk defect works and items. Dia mintak kat suami akak tp x berani mintak kat akak. Sbb dia tahu akak takkan release selagi x dtg baiki semua.
Sedihnya, dia berpewatakan sgt islamik. Masa berbincang seblm agree, dia pun gunakan ayat ' saya bagi harga lama ni kak. Hujung tahun barang dah naik harga'.. Time nak duit, time tabur janji mmg lembut gg dr lidah... Sudahnya, akak yg manage kerja2 renovation dan akak sendiri yg pastikan kerja dibuat sebaik mungkin. Akak berbaik dgn budak2 indon Yg kerja dgn dia. Baru la akak tahu yg majoriti customer dia buat gitu. Nasib balik akak ada kat site hampir setiap hari. Bila terpaksa balik kg, tawakal aje la. Time pergi Umrah, basically xde apa progress Yg besar walau 2 minggu!
Kalau kita hire kontraktor lain, kos akan lagi berganda. So, elok slow talk dgn dia dan suruh dia siapkan. Kalau x, sue dia.
Rupanya, ramai jiran setaman Yg dah terkena dgn dia.... Tp x kecoh sbb semua consider Yg dia ni "Ustaz". Hanya sbb dia bawak org gi Umrah tiap tahun dan berketayap berjubah berkurta sentiasa....  
So, sapa2 Yg dok Kuantan dan Kemaman, hati2 dgn mamat ni. Masa bincang awal, semua benda dia pakar tp nak pasang tangki stainless steel tu pun, suami akak jugak Yg ajar dia dgn pekerja dia... Air con point dan connection pun dia lebih pakar dr pakar.
# maaf la.. Ayat ikut suka aje.. Pandai2 le kalo nak faham sbb Sgt Sgt geram dan trauma bila nak ingat2 balik Last edited by Kak-Leen on 18-5-2014 06:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 10:50 AM | Show all posts
Betul tu kak, mmg sangat geram bila mengenangkannya..huhu

Info untuk semua, setelah berbulan2 menunggu. Laporan polis sudah di buat dan saya telah failkan saman di mahkamah tribunal. Sekarang ni tgh menunggu tarikh hearing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069806 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list