CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3471|Reply: 16

[Tempatan] Portal Kementerian Pendidikan dan puluhan yang lain digodam!

[Copy link]
Post time 1-1-2014 05:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ketibaan tahun baharu pagi ini dikejutkan dengan insiden serangan ke atas beberapa laman web di negara ini oleh penggodam.

Sekurang-kurangnya dua laman web milik kerajaan dipercayai turut menjadi mangsa mereka.

Menurut gambar-gambar yang dimuatnaik orang ramai, halaman utama portal Kementerian Pendidikan telah digantikan dengan skrin hitam kosong  dengan perkataan" hacked "(digodam) bersama paparan kumpulan "Team EvilSha0w " yang mendakwa mereka bertanggungjawab.

Sehingga pukul 2.30 petang tadi, laman web MOE itu masih tidak boleh diakses.

Tahun lepas, kumpulan yang menamakan diri mereka  “Evil Shadow Team”, dipercayai dari China , dilaporkan telah berjaya menggodam laman web milik Microsoft India. Walau bagaimanapun, adalah tidak dapat dipastikan samada kumpulan yang sama bertanggungjawab dalam serangan terbaharu ini.

Selain itu, terdapat perbezaan antara penggodaman laman web MOE dengan beberapa laman web lain yang dipercayai turut diserang semalam.

Pengguna yang melayari laman web rasmi Program Malaysia Sebagai Rumah Kedua, disambut dengan paparan ‘pop –up’ yang tertera "Greetz Marhaen".

Laman itu juga memaparkan paparan yang menyuarakan bantahan kenaikan harga dan peningkatan kos sara hidup, termasuk mempromosi perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka malam tadi.

Penggodaman yang hampir sama juga berlaku di hampir 30 laman web yang dimiliki oleh syarikat-syarikat tempatan.

Senarai laman web ini, termasuk laman web Stamford College, dapat dilihat dalam beberapa laman blog tempatan yang mendakwa mereka telah dimaklumkan mengenai serangan itu.

Laman web yang digodam semua mempunyai kenyataan yang sama, dengan lagu anti-kerajaan 'Janji Dicapati' digunakan sebagai latar belakang.

Mesej di bahagian bawah paparan, antara lain, tertulis mesej-mesej yang berkaitan dengan propaganda, rasuah, isu perkauman dan agama.

Ketika dihubungi , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenainya dan sedang menyiasat serangan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan tentang beberapa aktiviti menggodam kel atas pelbagai portal termasuk beberapa laman web kerajaan," Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi memberitahu Astro Awani .

Beliau berkata pada masa ini, pentadbir laman web terbabit sedang berusaha mengembalikan laman web masing-masing ke asalnya.

Tetapi pada masa yang sama, SKMM berkata pihaknya akan membantu dan memberikan sokongan sekiranya diperlukan.

"Pada masa ini, kami sedang menyiasat kejadian itu. Nampaknya dalam serangan penggodaman ini ada cubaan mengubah laman-laman web terbabit. Kami sedang mengenalpasti samada sesuatu yang lebih memudaratkan telah berlaku, "kata Sharil .

Tambahnya, SKMM akan mengkaji sama ada sebarang kesalahan telah dilakukan dan wujudnya penyalahgunaan rangkaian internet atau apa-apa kesalahan yang boleh disiasat di bawah Akta Jenayah Komputer (1997).

"Kita perlu menilai sejauh manakah kesannya dan membuat keputusan seterusnya. Jangan membuat spekulasi atau tanggapan melulu buat masa ini.”


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... in-digodam-27687?cp



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 05:54 PM | Show all posts
welcome to new world
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 05:56 PM | Show all posts
abisla..tertekan cikgu cikgi..site moe xle akses.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 05:57 PM | Show all posts
lpsni ramai la gigih klaim mereka anonymous sejati
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 05:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 06:02 PM | Show all posts
batmana posted on 1-1-2014 05:59 PM
ni senarai nye, dari mazudi.com
--------------------------------------
hack20141hack20142

siap lagu latar tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 1-1-2014 05:59 PM
ni senarai nye, dari mazudi.com
--------------------------------------
hack20141hack20142

Lorrr nape hack kompeni tempatan bukan hack kompeni antarabangsa or hack fb najib
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:50 PM | Show all posts
ni bukan kerja var panjang kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ape kaitan laman2 web tu kecuali moe ngan gomen? kalo nak attack pon attack laa yg berkaitan ngan kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 10:26 PM | Show all posts
wahhh best lak lagu latar tu
saya sukaa saya sukaaaa....mei mei yang cantek
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:00 PM | Show all posts
Ape pekdahnya hack website MOE? Nak daftar sekolah kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:10 PM | Show all posts
The Anonymous Now Back In Time,

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..cikgu2 skarang pn xleh nk bukak fb sbb line internet sekolah dh di blok..sedih..:@
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:01 AM | Show all posts
hack? kaa deface saja?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:02 AM | Show all posts
batmana posted on 1-1-2014 05:59 PM
ni senarai nye, dari mazudi.com
--------------------------------------
hack20141hack20142

satu pun i tak leh masuk...

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:19 AM | Show all posts
noor2 posted on 2-1-2014 08:02 AM
satu pun i tak leh masuk...

megaxus blh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 08:31 AM | Show all posts
tu laa.....deme suh wat satu jabatan ICT negara tak nak.....kan dah kena....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list