AKTOR berbadan sasa ini sekali lagi menjadi perhatian pihak polis. Kali ini, dia dilaporkan menyinggung perasaan umat Islam di India ketika mengendalikan programnya, Big Bross 7.
Difahamkan, laporan polis terhadap kesalahan Salman Khan dan produser program tersebut telah dilakukan sendiri oleh penonton program tersebut.
Namun pihak polis menyatakan pihaknya memerlukan bukti dan siasatan lanjut akan dibuat.
“Sebelum menyediakan laporan tersebut, kami harus mendalami dan menyelidik lebih lanjut kes ini. Kami harus mempunyai bukti yang cukup kuat,” kata sumber.
Laporan itu menyebut Salman Khan sudah menyakiti hati umat Islam dan mencipta sentimen yang buruk. Sehingga sekarang Salman dan Penerbit Big Bross 7 belum memberikan keterangan mengenai kes yang dihadapi mereka.