CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3299|Reply: 25

[Tempatan] Tak dapat bola takraw, wartawan pulak yg nak disepak!

[Copy link]
Post time 17-12-2013 02:00 AM | Show all posts |Read mode

TAKRAW: Pengurus mengamuk!

0  0 Google +0  0  0
Cetak  


Nay Pyi Taw: Skuad sepak takraw terus mencetus kontroversi apabila pengurusnya cuba menyerang wartawan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam.

Penolong Pengarang Sukan Berita Harian Hussain Said cuba diserang pengurus pasukan sepak takraw negara Zamry Fareed Moh Norden ketika cuba mendapatkan komen ketua jurulatih Jamaluddin Hassan.


Insiden itu berlaku dalam bilik atlet ketika Jamaluddin dan Zamry, yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) makan tengah hari bersama.

Zamry cuba menumbuk Hussain kerana tidak puas hati dengan laporannya beberapa hari lalu dan menjerit dengan perkataan “fitnah“ namun dileraikan jurulatih Nordin Sabaruddin.

Beberapa minit kemudian, Zamry cuba sekali lagi menyerang di salah satu pintu masuk ke gelanggang pertandingan ketika Hussain bersama Nordin.

Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa kesal dengan insiden itu dan akan meminta penjelasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami memandang serius jika insiden ini benar berlaku kerana sepatutnya pegawai tahu peranan media melaporkan perkembangan terkini atlet negara.

“Selama ini pengamal media tidak pernah mengalami masalah dengan pegawai dalam kontinjen sendiri ketika melaksanakan tugas pada temasya besar seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel mahupun Olimpik.

“Jika ada salah faham sekalipun, pegawai perlu sentiasa bersikap profesional dan menghormati tugas wartawan,” jelas Khawari.

Minggu lalu, wartawan Malaysia tidak dibenarkan membuat laporan sesi latihan skuad karate negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 02:30 AM | Show all posts
one word
chaprut
tgok la sapa ketua takraw ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:16 AM | Show all posts
nay pi tawww tu nama tempat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:25 AM | Show all posts
apa2 la takraw..
kalau macam ni punya mutu baik bagi aku jadi juruletih takraw
sama je hasil nanti
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:58 AM | Show all posts
takraw bukan game popiler dunia pon... harap tradisi jah.... tp nak memang pon hazab skang... tutup jelah takraw nih... pertahankan tradisi cukup.. main sepak raga petang2... duit boleh ke sukan yg lebih berpotensi... budak2 skang mana ada main takraw.... dah moden ni susah nak cari bakat.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:09 AM | Show all posts
sekngucing posted on 17-12-2013 02:30 AM
one word
chaprut
tgok la sapa ketua takraw ni

ada gambar zamry tu tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 08:13 AM | Show all posts
ada kala nya wartawan memang harus di sepak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:21 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 17-12-2013 07:16 AM
nay pi tawww tu nama tempat ka?

ya bandar copycat putrajaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 10:14 AM | Show all posts
takraw ni nak kena full overhaul da ni.. dari atas sampai bawah..

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:25 AM | Show all posts
Penulis2 sukan pun ada persatuan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:52 AM | Show all posts
agaknya wartawan tu tanya soalan mengarut tu yg hampir kena sepak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:57 AM | Show all posts
sib baik wartawan bkn dr nanyang siang pau.. kalau tak, ramai la yg bertepuk tgn kutuk wartawan lak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:48 PM | Show all posts
Nak tengok apa jenis tindakan susulan oleh pihak Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:52 PM | Show all posts
Kenapa pegawai sepaktakraw ni bermentaliti low-class sangat???
Aku dulu main takraw wakil sekolah, tapi aku tengok game takraw ni makin lama makin ke laut.


@pyropura

any comment??
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah laa kalah...menejer plak mental...
Semut sentap btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_rambutan posted on 17-12-2013 07:58 AM
takraw bukan game popiler dunia pon... harap tradisi jah.... tp nak memang pon hazab skang... tutup  ...

Aku sokong...dah macam sukan gay aku tgk..skit2 nak pegang2 tgn...dpt mata pegang tgn...kena servis kuda, kena libas pegang tgn... choyyy sgt...

pastu dapat mata walau ketinggalan 5-16, nak provoke lawan...loncat2, wat muka toya...so childish.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 01:00 PM | Show all posts
apabila sesuatu persatuan itu diterajui orang bermentaliti politik berkepentingan, tunggu lah saat kehancuran



Takraw dah menunjukkan contohnya..KJ dah tegur, tapi kena bidas balik..last2 bila dah kalah dalam game, KJ kata, "I told u so"
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:06 PM | Show all posts
zaman2 rehan mat din dulu2 je best takraw. lepas tu siam masuk zaman servis kuda terus tenggelam malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:25 PM | Show all posts
jengkoil posted on 17-12-2013 12:57 PM
Aku sokong...dah macam sukan gay aku tgk..skit2 nak pegang2 tgn...dpt mata pegang tgn...kena servi ...

Setuju sangat2

Kenapa setiap kali habis rally diorang mesti nak pegang2 tangan?
Mcm pondan aje

Then kenapa perlu menganjing bila dapat point?
Very childish


Tak kemana nya sukan takraw ni di peringkat global kalu pemain2 masih mengekalkan ritual yg entah apa2....


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:03 PM | Show all posts
cecari posted on 17-12-2013 08:09 AM
ada gambar zamry tu tak





Zamry (kiri) ditenangkan pegawai pasukan selepas bertengkar dengan wartawan Berita Harian (empat dari kiri), semalam.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.967495 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list