View: 4512|Reply: 14
|
Nak langsing? Bersenam-Christina Suzanne
[Copy link]
|
|
- Cristina Suzanne
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
NAMA Cristina Suzanne Stockstill barangkali bukanlah asing bagi sesetengah peminat industri seni.
Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini, figura yang pernah menggunakan nama Kris Cempaka di awal pembabitannya ini sudah membuktikan kehadirannya bukan boleh di pandang enteng.
Bukan sahaja membuktikan keberkesanan lakonannya menerusi kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Kil di Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini, Cristina atau mesra di sapa Cris juga dianugerahkan rupa paras yang cukup cantik dan tubuh yang langsing.
Apatah lagi, gadis berusia 28 tahun ini mempunyai darah Pan-Asia, yang pastinya menimbulkan rasa cemburu bagi sesetengah wanita yang mungkin mengimpikan kecantikan dan kelangsingan seperti Cris.
Bagaimanapun, dedah Cris, dia sebenarnya lebih suka dan mengagumi kulit wanita tempatan yang lebih cantik berbanding kulit wanita barat.
Ikuti rahsia penjagaan kecantikan dan kelangsingan bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways ini.
Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda?
Kecantikan bagi saya adalah pandangan pertama seseorang itu terhadap diri kita meliputi bagaimana cara dia menegur orang, pembawaan dirinya dan bukannya diukur jenama baju yang dipakainya atau solekan yang digayakannya. Manakala kesihatan pula bukan diukur dari jenis ubat yang diambilnya, tetapi gaya hidup yang diamalkannya.
Apa yang penting, untuk hidup dalam keadaan sihat dan sentiasa nampak cantik, bergaullah dengan aura-aura yang positif.
Sebagai selebriti, stamina amat memainkan peranan yang penting, bagaimana cara anda mengekalkan stamina selepas bekerja seharian?
Pertamanya, harus mendapatkan tidur yang cukup, iaitu enam jam dan jangan tidur berlebihan kerana ia akan membuatkan anda lesu. Minum banyak air dan banyakkan bersenam pada waktu pagi.
Antara joging dan gimnasium yang mana menjadi pilihan anda? Kenapa?
Saya lebih suka berjoging di taman sambil menghirup udara yang semula jadi berbanding ke gimnasium, duduk dalam penghawa dingin dan kita menggunakan alatan untuk bersenam. Lebih elok anda bersenam tanpa alatan.
Biasanya saya akan berjoging sebelum matahari naik atau sebelum jam 10 pagi kerana suasana yang lebih nyaman dan orang pun tak ramai.
Selain berjoging, adakah anda amalkan diet untuk menjaga stamina dan kelangsingan?
Tidak. Dalam sehari, saya akan pastikan ambil nasi sekali. Alhamdulillah, mungkin kerana saya selalu bersenam jadi metabolisme badan saya agak tinggi dan makanan yang dimakan tidak sempat di simpan untuk menjadi lemak. Selain itu, minumlah banyak air.
Pernahkah anda mengalami masalah berat badan?
Ya, pernah, ketika itu saya masih bersekolah, kira-kira usia 16 tahun. Berat badan saya pernah mencecah sehingga 60 kilogram (kg). Namun ketika usia saya menginjak ke 18 tahun dan mungkin kerana perubahan hormon, berat badan saya turun sedikit demi sedikit.
Bagaimana pula dengan penjagaan kecantikan? Ada amalkan sebarang petua atau tip?
Memandangkan saya ada darah 'mat saleh' jadi kulit saya senang berkedut berbanding kulit orang Asia yang lebih cantik. Jadi saya selalu memakai krim mata untuk mengelakkan kedut di bawah mata. Manakala yang lain hanya penjagaan biasa sahaja.
Adakah anda gemar meluangkan masa ke spa, salun atau membuat rawatan kuku?
Tidak kerana di rumah saya sudah ada tab mandi, jadi bila kelapangan saya akan berendam dalam tab dengan garam Himalaya. Untuk kuku pula, boleh saya katakan jarang-jarang atau bila perlu sahaja baharu saya buat rawatan kuku. Bagi saya lebih mudah jaga diri sendiri dan tidak perlu membazir untuk membuat rawatan yang kita boleh buat sendiri.
Sesetengah orang gemar bermain permainan minda seperti Saidina, Catur, untuk meredakan tekanan. Bagaimana pula cara anda meredakan tekanan?
Ketika tertekan, saya suka bermain Sudoku dan melukis. Bagi saya lukisan adalah salah satu cara yang baik untuk meredakan tekanan. Walaupun lukisan saya bukanlah seperti gaya pelukis profesional, tetapi permainan warna dalam lukisan itu mampu membuatkan saya berasa lebih tenang.
Apakah aktiviti yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?
Saya suka bermain PS3 dan melukis.
Apa perkembangan terkini anda?
Saya buat kerja sampingan sebagai grafik secara bebas. Mulai Januari ini saya akan terlibat dengan pengambaran drama bersiri 26 episod untuk RTM. Selain itu, saya juga sedang menanti tiga filem lakonan saya iaitu CEO, Tujuh dan Jiwanita ditayangkan tahun depan.
http://www.sinarharian.com.my/be ... k-langsing-1.229858
|
|
|
|
|
|
|
|
malas la nak senam ..sedut lemak cara halus ada x ? kiki |
|
|
|
|
|
|
|
tomet05 posted on 12-12-2013 12:27 PM
malas la nak senam ..sedut lemak cara halus ada x ? kiki
ko gune khidmat org halus la
|
|
|
|
|
|
|
|
nasihat yg bagus. kadang2 rasa runsing tgk kat facebook org jual macam2 barang, especial yg spray badan sana sini pastu kononnya lemak cair 50 kg. makan ubat itu ini lima hari turun 80 kg. penipu je semua, tp ramai betul org yg beli, sbb semua set nak cepat kurus tanpa bergerak fizikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 12-12-2013 12:53 PM
nasihat yg bagus. kadang2 rasa runsing tgk kat facebook org jual macam2 barang, especial yg spray ba ...
Kat instagram pun melambak...
|
|
|
|
|
|
|
|
nasihat yg bagus untuk kite2 yg sedang berjimat cermat. Akan ku paksa diri pas smyg subuh g lari keliling apartment aku!!.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk dia ni jenis mmg kurus.
sbb mcm kering jek. mata aku tgk laaaa....
kalau yg kurus sbb senam besenya mcm x laaa kering sgt....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lengkap pakej sebagai artis. Cantik langsing dan ada bakat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak dara yang bagi nasihat camni aku x heran. Sah2 badan ko mmg jenis keding mcm tu. Lain la artis yg dah beranak pinak tp masih slim aku percaya kalau dia struggle bersenam untuk maintain slim. Aku masa belum kawin dulu tak penah pun bersenam badan slim jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku da setahun amalkn senaman.joging...lau bukan pg..ptg lepas mgrib..tp yg ku hairan bdn aku makin berat n tegap..err adakah aku da slah step jogng? Emm |
|
|
|
|
|
|
|
ko tu cikeding laaa...bukan langsing...hadoi.... |
|
|
|
|
|
|
|
yup, she is correct. EXERCISE. |
|
|
|
|
|
|
|
QziraH posted on 17-12-2013 10:31 PM
Aku da setahun amalkn senaman.joging...lau bukan pg..ptg lepas mgrib..tp yg ku hairan bdn aku makin ...
sama lah i...berjoging kunun lepas magrib tp makin tuff la..i x suka tuff..i nak slim/kurus kering betol2x ikot badan....dah kurus kering barulah boleh makan apa saja...hihihih..bilakahhh???..
|
|
|
|
|
|
|
|
alin5054 posted on 27-12-2013 03:55 PM
sama lah i...berjoging kunun lepas magrib tp makin tuff la..i x suka tuff..i nak slim/kurus kering ...
Org kta nak slim g berenang lau x pndi blajr haha yg 2 bdn betol2 fit n slim
-kwn akak aku kata la..aku nak try tp bkn skg.hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|