CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8830|Reply: 24

Beli online kat sendayu tinggi, suruh email tapi email asyik kena tendang jek..

 Close [Copy link]
Post time 11-12-2013 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Siapa pernah buat pembelian kat laman web sendayu tinggi? Aku ada beli ubat herba dia syncro energy dalam 2 botol, totalnya rm80. Aku beli untuk menambahkan selera badan, nak gemuk la katakan... Huhu....Sebelum ni aku ada beli, memang berkesan la sangat-sangat. Sampai aku makan nasik je dalam 6 kali sehari. Tiap kali makan je mesti tambah nasi...

Lepas tu macam biasa la kan....dia suruh email dia balik dengan bukti pembelian. So aku email la kat admin@sendayutinggi.com. Tapi email tu tak sampai..


Banyak kali aku cuba hantar, sama jugak..

Jadi aku nak tanya korang ni, ada tak cara lain untuk sampaikan bukti pembelian tu kat yang berkenaan? Sebab aku tengok status kt Sendayu tinggi masih lagi pending. Macam mana tu? Ada tak sapa2 yang ada experience beli kat situ...Klik kat sini untuk laman webnya

Nombor contact pun takde? haish....pening kepala ku.....

Ada tak sapa2 orang kuat Pn Rozita Ibrahim ni?

Untuk makluman, sebelum aku terjebat ke web terbabit, aku dah try carik ubat herba tu kt serata tempat, laman web lelong (pernah beli kat situ tapi out of stock pula) dan lain-lain lagi.
  
Rasa nyesal pula beli kat situ, baik aku beli susu anak aku lg bagus....hampeh...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2013 03:20 PM | Show all posts
huhu...nampaknya takde yg tau cara nak settle......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 03:31 PM | Show all posts
email tu tak wujud lg.. sebab mailor daimon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 03:46 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 11-12-2013 03:31 PM
email tu tak wujud lg.. sebab mailor daimon...

ye ke? ingatkan sebab email dia penuh.....klau x wujud maksudnya mmg kena tipu la ni...adoi...sedihnya...takpe la...'halal'kan je la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 04:17 PM | Show all posts
Kalau mailer doremon hantar balik, tu maksudnya alamat emel tu tak wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 04:18 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 11-12-2013 03:46 PM
ye ke? ingatkan sebab email dia penuh.....klau x wujud maksudnya mmg kena tipu la ni...adoi...sedi ...

call la opisnya..takkan nak biar je..duit tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2013 04:20 PM | Show all posts
soulnazri posted on 11-12-2013 04:18 PM
call la opisnya..takkan nak biar je..duit tuuu

xtau apa no ofisnya...kt laman web nya x tunjuk...pelik kan....slalunya mana2 laman web msti letak no phone....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 04:22 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 11-12-2013 04:20 PM
xtau apa no ofisnya...kt laman web nya x tunjuk...pelik kan....slalunya mana2 laman web msti letak ...

try no ni 0326935133.

aku dpt dari artikel ni http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0918&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Rahsia langsing Rozita
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my


KEISTIMEWAAN Rozita Ibrahim adalah mencuba setiap produk yang dihasilkan. Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan produk menampilkan orang lain sebagai ‘testimoni’, Rozita sebaliknya. Pengasas Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.
Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.
Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.
Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.
Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.
Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.
‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.
‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.
‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.
Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.
‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’ katanya.
Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.
‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.
Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream iaitu minyak panas yang memberikan kesan panas sehingga 24 jam untuk kelegaan sakit-sakit sendi, menghilangkan perut buncit selepas bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya lempoyang menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat. Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique yang sehingga kini bertahan di pasaran.
Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Bio Triple Slim dan Lempoyang Heat, boleh hubungi ibu pejabat Wisma Sendayu Tinggi di talian 0326935133.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 04:24 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 11-12-2013 04:20 PM
xtau apa no ofisnya...kt laman web nya x tunjuk...pelik kan....slalunya mana2 laman web msti letak ...

ni lagi satu sekali gan alamat..kat jalan tar je..ko duk mana?g je terus senanggg

Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd, No 366 ,Jalan Tuanku Abdul Rahman , 50100 Kuala Lumpur No tel : 03 - 2693 5133 No faks : 03 - 2693 8133

bawak sekali bukti resit pembelian,,transaction online..print sesiap k,

GOOD LUCK!! Last edited by soulnazri on 11-12-2013 04:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 04:31 PM | Show all posts
soulnazri posted on 11-12-2013 04:24 PM
ni lagi satu sekali gan alamat..kat jalan tar je..ko duk mana?g je terus senanggg  

Se ...

ok...thanks k...nnt aku call.....aku duk kt sabah... klau tak dah lama aku serbu hq Sendayu tinggi....

Kt sini susah nak dapat, sbb tu kena beli online.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 05:00 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 11-12-2013 04:31 PM
ok...thanks k...nnt aku call.....aku duk kt sabah... klau tak dah lama aku serbu hq Sendayu ting ...

uii jauhnyeee..bulih la kirim pearls ke kuih cincin ke nanti..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 08:29 PM | Show all posts
ini bukan pending..ini namanya emel tk wujud
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 12:07 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 11-12-2013 08:29 PM
ini bukan pending..ini namanya emel tk wujud

alahai....tu la...aku brani beli kt online dia, sbb nama ST ni besar..bisnes bukan calang2..tak tau la motif dorg knapa nak bbuat mcm tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 12:09 PM | Show all posts
soulnazri posted on 11-12-2013 05:00 PM
uii jauhnyeee..bulih la kirim pearls ke kuih cincin ke nanti..hahaha

huhu.....boleh ba.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:39 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 12-12-2013 12:07 PM
alahai....tu la...aku brani beli kt online dia, sbb nama ST ni besar..bisnes bukan calang2..tak ta ...

take action to the court..kalau ada sebarang karugian..thank you..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 01:49 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 12-12-2013 12:39 PM
take action to the court..kalau ada sebarang karugian..thank you..

ok...thanks for the info.....buat masa ni kita call dulu, dptkn feedback..klau x, abis la dorg.... huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 02:35 PM | Show all posts
ke slh msuk email.. lupe ltk .com ke
melainkan ko da add emel 2 siap2 mse beli memule 2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 02:39 PM | Show all posts
frin posted on 12-12-2013 02:35 PM
ke slh msuk email.. lupe ltk .com ke
melainkan ko da add emel 2 siap2 mse beli memule 2

biasala kan klau kita beli online...dia msti email kita dulu n inform brp harus di bayar. lps tu aku pun reply balik n inform dia aku dah bayar & attach bukti payment. Lepas tu, trus dapat email failure notice..dia ckp, email tu tak sampai....sbb tu aku confuse.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 03:19 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 12-12-2013 02:39 PM
biasala kan klau kita beli online...dia msti email kita dulu n inform brp harus di bayar. lps tu a ...

bek ko tipon jela penyelesaian nye..2 pon msti jenuh tggu jugk..rm80 pon duet jgk..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 04:26 PM | Show all posts
Sebagai penamat kat thread ni & utk rujukan orang lain di masa depan............

Aku dah call nombor berkenaan-----03 2693 5133 (x de siapa2 yang angkat..memang engaged memanjang)

Pastu aku dah mode pasrah. Jadi aku pun melilau2 nak release tension, aku beli la majalah wanita bil 1570 (Cover-aidid marcelo n family) . Pastu ternampak iklan sendayu tinggi.  aku pun baca la...nasib baik dia ada bagi no telefon untuk pembelian secara online. Nombor tu - 019 7917133 & 019 3042133.

Rupa-rupanya alamat email tu memang dah tak valid dan dia bagi email baru iaitu sendayu.online@gmail.com.

Dan syncro energy yang aku pesan, akhirnya dah sampai... Terima kasih sendayu tinggi..........

Thanks kepada semua yg membantu diri ini........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.074633 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list