CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1945|Reply: 5

[Jenayah] Bomoh cederakan pesakit dakwa ada Iblis dalam badannya

[Copy link]
Post time 11-12-2013 10:51 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang bomoh mengaku bersalah mencederakan pesakitnya ketika mangsa menjalani rawatan selepas mendakwa terdapat iblis di badan wanita terbabit.
        
        
Yassin Lateh, 46, dari Kampung Lapan Kotak, Kampung Raja, Besut, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, seorang warga Thailand, Missanchalika di ruang tamu di sebuah rumah di Kampung Lapan Kotak, Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 11.30 malam, 13 November lalu.
        
        
Dengan itu, Yassin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
        
        
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Yassin tidak diwakili peguam.
        
        
Rozianti menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman yang akan disebut di Mahkamah Majistret Besut.
        
        
Mahkamah juga membenarkan Yassin diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
        
        
Sebelum ini, mangsa pergi ke rumah Yassin bersama ibu mentua dan adik iparnya untuk mendapatkan rawatan tradisional kerana mengalami masalah sakit kepala.
        
        
Ketika menjalani rawatan, Yassin memaklumkan ada iblis di dalam badan mangsa dan perlu dibuang sebelum Yassin bertindak memarahi lalu menampar mangsa menyebabkan wanita itu terbaring.
        
        
Walaupun mangsa merayu Yassin agar memberhentikan rawatan itu, Yassin tetap meneruskan rawatan dengan memukul mangsa menyebabkan dia bengkak dan sakit di muka; mata dan kepala.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... an-pesakit-1.229517

Last edited by silentwinner on 11-12-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2013 10:55 AM | Show all posts
bomoh sengal ni...
jangan pecaya la ngan bomoh2 ni..kalau da cara perubatan dia pelik teramat pelik
kalau da main pukul2 tu bukan mengubat..ni da mendera
menambahkan sakit yg sedia ada jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 10:57 AM | Show all posts
Yg kau gigih sgt dok percaya kat bomoh ni apasal
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:01 AM | Show all posts
padan muka.. mungkin mmg ada iblis suh ko percaya sgt kat bomoh tu.. layak lah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:03 AM | Show all posts
pandai sgt g jmpe bomoh...last2 kena gomol..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:05 AM | Show all posts
adoiii g spital la...
ada lagi nak dapat khidmat bomoh zamang le ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.464073 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list