CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4167|Reply: 20

SHAE mengancam dan lincah!

[Copy link]
Post time 5-12-2013 04:11 PM | Show all posts |Read mode




Saya pernah menyaksikan persembahan artis remaja Shae melalui siaran Astro sebelum dia dikenali seperti sekarang ini di Malaysia. Ketika itu lagu Sayang belum sepopular kini. Kebetulan rancangan yang saya tonton mengenai dia sepenuhnya. Saya suka kelincahan dan kepetahannya sepanjang program itu tetapi saya tidak begitu mengenalinya dan lagu Kok Telfon Telfon Sih (yang dibawanya) saya rasakan janggal didengar. Lalu kemunculannya saya anggap sepi.

Tetapi tidak lama selepas itu lagu Sayang mula menguasai siaran radio tanah air. Di mana-mana sahaja lagu ini berkemundang dan menjadi siulan. Lantas saya terbayang penyanyinya, kurus, tinggi, masih remaja dan bertenaga. Saya akui saya gemarkan lagu Sayang (easy listening kind of song). Shae juga kemudian sering mengunjungi Kuala Lumpur untuk memperkenalkan lagunya. Malah berpeluang muncul sebagai pengacara undangan stesen radio dan sempat berduet dengan Ella. Hebat!




Namun sebaik Sayang dijadikan parodi oleh seorang pemuda dari Johor kegilaan Sayang tidak dapat disangkalkan lagi. Shae menempah tiket panas di Malaysia. Dan dia akui parodi lagunya itu membantu dia dikenali dengan lebih pantas. Melalui Warner Muzik Malaysia, permintaan saya melalui seorang teman untuk bertemu Shae dan menjadikannya penghias muka depan Jelita menjadi kenyataan. Jadualnya begitu ketat dengan janji temu bersama beberapa majalah tempatan dan Jelita diberi waktu dua jam sahaja. Peluang ini kami gunakan sepenuhnya untuk mengenali Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething, 19 tahun.



Sepanjang wajahnya didandan, Shae tidak keberatan diajak berbual. Nyata dia seorang yang peramah dan merendah diri. Ajukan sahaja yang anda ingin tahu mengenainya, Shae ikhlas memberi jawapan. Dalam waktu sesingkat itu saya gambarkan dia seorang yang telus dan pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja.

Tiada istilah diva mahupun pilih bulu kerana selepas itu Shae perlu memenuhi tidak kurang tiga lagi fotografi bersama majalah lain. Pakaian yang kami pilih juga tidak pernah dipersoalkan.

“Saya hanya melihat gaya kamu dan cuba mendapatkan pakaian yang sesuai harap kamu suka,” ujar saya ketika memberinya persalinan. “Oh it’s okay. Saya senang sekali dengan pakaian ini and it’s very me…!!!” katanya dalam tawa sambil mencapai pakaian yang dihulur.


sumber : http://majalahjelita.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 04:26 PM | Show all posts
shae penah muncul dlm drama kanak2 kat astro ceria..comel....tapi x ingat apa nama drama tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 04:52 PM | Show all posts
yanasan21 posted on 5-12-2013 04:26 PM
shae penah muncul dlm drama kanak2 kat astro ceria..comel....tapi x ingat apa nama drama tu....

citer strawberi karipap
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:32 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 5-12-2013 04:52 PM
citer strawberi karipap

a'ah....kt cerita strawbery karipap..huhu...kebetulan je time tu...takde channel lain..astro ceria pun layan je la....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 05:41 PM | Show all posts
ooo. dia pernah berlakon rpanya.. seriously.. igtkan lagu sayang tu jek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 07:05 PM | Show all posts
owhhh comel dia ni. sekarang ada telemovie dia berlakon ngan zul huzaimi kat ABO - Cintaku Telah Mati Untukmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2013 07:30 PM | Show all posts
sometimes cantik sometimes cam ponen. Haha mata I kero kah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 04:32 AM | Show all posts
dia tkde cantik mana pun, biasa je..
masa final hoki piala asia ari tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 04:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 04:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:15 PM | Show all posts
fuyooo . niceeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:42 PM | Show all posts
boleh tahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:20 AM | Show all posts
dia ni harap muke kokesyen jer... suara ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:05 AM | Show all posts
Happy go lucky... Tp suare budak2, muka da matang... X minat sgt.... suare x best!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 02:42 PM | Show all posts
rse nye mmg plakon kn dye sblm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:01 PM | Show all posts
muke die xlawa ! tapi rambot die nice !! bkan semua wanita ade rambot camtue ! tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 12:44 PM | Show all posts
shae ni x islam kan? confius sikit sbb org indon payah nk cam islam ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 01:01 PM | Show all posts
adikfatin posted on 10-12-2013 12:44 PM
shae ni x islam kan? confius sikit sbb org indon payah nk cam islam ke x..

islam rasa aku...

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Farini posted on 10-12-2013 01:01 PM
islam rasa aku...

Dia pnggil mak dia emak,ayah dia babeh..hmm,maybe la jgkaan ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ending citer cintaku mati ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065993 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list