CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {7} Muka bini ditoreh bila somi naik antu!UPDATE- post 68#

[Copy link]
Post time 3-12-2013 08:04 PM | Show all posts
kesiannya ppuan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 08:14 PM | Show all posts
perempuan ni walaupun mukanya kena toreh tp kecantikan dia tak hilang pun...comey ja...kesian dapat laki gila
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 08:15 PM | Show all posts
mcm muka lisa surihani pun ada adik ni...cantik,....tu pun artis sungguh2 mekap..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 08:25 PM | Show all posts
tengah mabuk dadah pe...
isteri provoke time tu memang dapat la..

kenapa x p mahkamah akak oii...
bukti semua dah cukup...

kalau dah macam ni memang senang la dapat talak..
xperlu la hadap karenah mahkamah syariah...
mujur nyawa xmelayang,,,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:17 PM | Show all posts
kalau kena kat adik beradik aku mmg aku bagi kayu kat kepala jantan tu, cilaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:20 PM | Show all posts
umie posted on 3-12-2013 09:00 AM
ni kes benar..masa tu aku teman kan kawan utk kes cerai dia.  Sblum kes kwn aku dibicarakan aku masu ...

mcm kenal je kau ni sapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 11:48 PM | Show all posts
muka tk mcm 30 an..... awet muda sokmo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 07:19 AM | Show all posts
Tidak maaf menantu buas

Seremban , 4 Disember : “Sebagai ibu, saya tidak akan maafkan menantu atas apa yang dilakukan terhadap anak,” kata Juriah Hashim, 55, ibu kepada Nor Hafazalina Mohd, 30, yang dikelar 18 kali di pipi, bibir, dahi dan tangan hingga menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Lebih menyedihkan, anaknya itu kini berdepan risiko buah pinggang rosak dipercayai akibat kekasaran dilakukan suaminya yang berusia lingkungan 30-an.

“Sepatutnya anak boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), namun doktor mengesahkan buah pinggangnya berkemungkinan rosak akibat kejadian itu dan kini terpaksa ditahan di wad.

“Saya tidak akan maafkan menantu, malah akan bawa anak ke mahkamah untuk minta fasakh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak melihat kesakitan ditanggung anaknya termasuk kesan luka ditoreh.

“Selama ini saya banyak bersabar dengan menantu. Apa yang dibuat selama ini saya pejamkan mata, namun kali ini mengancam nyawa anak saya.

“Ini tidak boleh diterima akal, malah selepas ini saya akan bawa anak dan dua cucu berusia lapan dan 10 tahun berpindah ke tempat lain demi keselamatan mereka,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang memburu suspek.

“Kita minta dia serah diri untuk membantu siasatan atau berdepan tindakan diburu polis.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Abdullah Hanafi berkata, kejadian itu dianggap kes jenayah kerana membabitkan kecederaan yang akan disiasat oleh pihak polis.

“Jika bukan kes jenayah, JKM boleh mengambil kes ini mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, namun tiada keperluan pihak kami campur tangan sehingga diminta berbuat demikian oleh polis.

“Bagaimanapun, sebaik kes ini selesai, kita akan melihat keperluan sama ada wanita ini atau anak-anaknya perlu diberi bantuan termasuk bantuan bulanan,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan penderitaan Nor Hafazalina dikelar sebanyak 18 kali oleh suaminya yang juga penagih dadah di sebuah rumah di Ampangan, di sini, Jumaat lalu. Wanita dua anak itu menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya kira-kira jam 5 petang selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki terbabit yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 08:13 AM | Show all posts
lunalisa posted on 3-12-2013 05:21 PM
pokok getah ke?

hihi...
toreh menoreh dan getah nie mang sinonim..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:10 AM | Show all posts
x terbayang rasa sakitnya bila muka kena toreh....adoi...........sakitnya tuu.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:57 AM | Show all posts
ce toreh anu laki die plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:00 AM | Show all posts
jatey melayu le neh........ buruk nor pangai....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:03 AM | Show all posts
bagus...cerai cepat2....dah la penagih dadah...memang tak guna punya laki. dadah membunuh,dadah juga merosakkan bangsa.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:26 AM | Show all posts
noor2 posted on 3-12-2013 08:14 PM
perempuan ni walaupun mukanya kena toreh tp kecantikan dia tak hilang pun...comey ja...kesian dapat  ...

kan..aku tadi takut gak nk tgk gambo igt nak skip je sekali tgk ok
tak nampak ngeri mcm nampak kena tampal ala2 berlakon dlm pilem
kira dia masih lawa aku ngk
aku risau dah tadi takut ngeri mcm org kena simbah asid ke apa
agak2 parut tu leh ilang tak yeaa..
walo lawo tapi parut tu ade tak syoklah kan
sbb kawan aku kena kukar ngan kucing masa kecik kat muka
smp beranak pinak neh masih ada parutnya
goner nak ilangkan parut tu yea kena wat pelestik sejeri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:38 AM | Show all posts
Suchi posted on 4-12-2013 11:26 AM
kan..aku tadi takut gak nk tgk gambo igt nak skip je sekali tgk ok
tak nampak ngeri mcm nampak ke ...

itu la kan..muka dia cntik..
tp nnti kesan dr luka2 tu ..boleh hilang ker
kesian dia..
laki dia jeles tu..sbb tu toreh muka dia..nnti kalau da cerai org lain x mau coz muka da kena toreh..
sial jerk jntn tu..
patut nya muka laki  tu pun ditoreh jugak...baru adil n saksama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:45 AM | Show all posts
apasal tk tepek muke somi dia..

bole gak satu malaya cari dia smpai ke lubang cacing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 11:49 AM | Show all posts
laki dia jenis keluar masuk penjarakan...harap nanti kalau dia masuk penjara ada banduan lain pulak kelarkan mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:58 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 4-12-2013 08:13 AM
hihi...
toreh menoreh dan getah nie mang sinonim..

huhuhuhu..toreh getah penting tau...kalo xde getah,xtau apa jadi.




apa kegunaan getah ekk..hheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:21 PM | Show all posts
erghh ngilu tengok gambar akak ni...ni memang seksa mental fizikal ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 03:47 PM | Show all posts
kesian.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.099436 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list