CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 6

[Tempatan] Kenaikan gaji MB, Exco dan Adun Selangor terlalu tinggi, kata Anwar

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2013 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan gaji MB, Exco dan Adun Selangor terlalu tinggi, kata Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.
Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.



"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).
Anwar berkata, Khalid tidak harus menggunakan alasan kenaikan elaun bagi menyamai langkah yang dibuat Sarawak.
Katanya, Khalid perlu menjelaskan hal kenaikan tersebut kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, Khalid pada sidang medianya selepas sidang DUN Selangor berkata, kenaikan gaji berada pada paras yang munasabah kerana ia menggunakan sistem gaji yang diperolehi pemimpin peringkat negeri di Sarawak sebagai indikator.
Khalid berkata, kadar berkenaan juga sebenarnya masih rendah berbanding gaji mereka yang berada dalam syarikat swasta.
"Bagi sesetengah orang ini mungkin sudah banyak, tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi, ini munasabah," katanya. - 28 November, 2013.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 04:06 PM | Show all posts
nak org buat keje...
bagi la naik gaji....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:06 PM | Show all posts
Dah agak dah. Bila orang marah, mamat penipu tua ni akan guna ayat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:13 PM | Show all posts
Babai posted on 28-11-2013 04:06 PM
Dah agak dah. Bila orang marah, mamat penipu tua ni akan guna ayat ni.

kaki putar alam
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:15 PM | Show all posts
Hehehe.........memang terlalu tinggi kalau dibandingkan dengan
gaji sehinggit PENASIHAT EKONOMI Selangor..............................
Tapi, ini bukan salah Khalid.
Anwat sendiri yang nak gajinya sebagai penasihat ekonomi tu cuma RM1$....
Jadi sekarang kena naikan 1 juta%lah gaji penasihat ekonomi tukan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:19 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 28-11-2013 04:15 PM
Hehehe.........memang terlalu tinggi kalau dibandingkan dengan
gaji sehinggit PENASIHAT EKONOMI Sel ...

Sekali imbas nampak macam strategi mat jobo yang serampang dua mata (macam aku cakap dalam post aku awal tadi). Dia suruh kasi naik gaji, kalo orang ramai tak marah, maka selamat semua.....Tapi kalo orang ramai marah, dia akan kambing hitamkan TS Khalid......Baru tadi pagi aku cakap. Sekarang mat jobo dah buat dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2013 04:19 PM | Show all posts
wak_karman posted on 28-11-2013 04:06 PM
nak org buat keje...
bagi la naik gaji....

ni dir sendri naikkan gaji utk dir sendiri...hehehehe......dari rakyat untuk rakyat, gaji aku punya.............tak kasi naik kalu, aku rembat belakang macam BN buat katanya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051215 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list