|
SEMENJAK filem KL Gangster berjaya mendapat kutipan sehingga RM11 juta, ramai penerbit dan pengarah mula cenderung menghasilkan filem yang mengetengahkan kisah samseng di layar perak.
Bukan mahu mengangkat atau mengagungkan golongan itu, pengarah filem Kisah Paling Gengster, Brando Lee menegaskan penghasilan filem ini hanyalah bertujuan hiburan semata-mata.
Ujar Brando, filem yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan ini, kerana ingin memberikan yang terbaik untuk penonton terutamanya peminat filem bergenre aksi dan gangster. Dia juga menafikan filem ini di buat untuk menonton filem KL Gangster.
Filem yang menampilkan Shaheizy Sam sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal, Zul Handyblack, Wan Hanafisu, dan Fyza Kadir, ini mengisahkan tentang Remy (Shaheizy Sam), seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.
Pada masa sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata, Remy seorang ‘loser’.
Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut.
Membariskan pelakon tersohor tanah air, kekuatan Kisah Paling Gengster, bukan sahaja terletak pada pelakonnya semata-mata, bahkan aksi yang dipaparkan wajar diberi pujian.
Bagi penulis setiap aksi yang dihidangkan dalam filem ini hampir setaraf filem Hong Kong.
Apatah lagi apabila melibatkan aksi bersenjata seperti pistol dan M16, yang mampu membuatkan penonton terpukau seketika. Babak-babak pertarungan dan pergaduhan juga tidak kurang hebatnya apabila ia turut mengheret sama penonton dalam situasi tersebut dan pastinya ada yang terasa ‘sesak dada’...
Plot kurang kemas
Biarpun skrip filem ini dirombak sebanyak lima kali oleh Brando bersama penulis skrip, Alfie Palermo, namun pada pendapat penulis plot filem ini tetap digarap kurang kemas.
Ada ketikanya Kisah Paling Gengster amat menarik untuk ditonton dan ada ketikanya ia membosankan.
Hanya melewati babak-babak terakhir barulah filem ini menarik untuk diikuti apatah lagi Brando sebenarnya menyelitkan beberapa ‘twist’ yang tidak terjangka namun memberi segala jawapan kepada persoalan yang timbul pada permulaan jalan cerita.
Penuh karakter
Lakonan Sam tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebagai pelakon kelas A yang beberapa kali memenangi anugerah di negara ini, Sam tahu bagaimana cara untuk mempelbagaikan karakternya biarpun watak Remy ini tidak banyak bezanya dengan beberapa watak yang pernah di bawa sebelum ini.
Selain Sam, lakonan Mikail Andre, Wawa Zainal, Zul Handyblack, Wan Hanafisu, juga tidak kurang hebatnya dan masing-masing mampu membawa karakter tersendiri.
Namun perkara paling utama dalam filem Kisah Paling Gengster ini adalah pengajaran-pengajaran yang turut diselitkan dalam beberapa babak, terutamanya pada babak-babak terakhir.
Ada di antara pengajaran tersebut boleh ditafsirkan dengan mudah dan ada di antaranya yang memerlukan kita berfikir sejenak.
Last edited by annehuda on 25-11-2013 05:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa bintang nk bagi nie.berbintang-bintang ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
lg berbaloi tgk kat astro 1st.
dgn kata lain xcapai taraf wayang..taraf tv je |
|
|
|
|
|
|
|
tggu kt astro 1 je......... |
|
|
|
|
|
|
|
semua kemaruk buat citer gangster... memang patut la mesia antara negara paling gangster... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok jer nama Sam berlakon dah maleh aku nk layan...cukup laa aku tertipu dgn citer Kongsi Lu Langsi Lu Mati cam lahanat tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
terjebak pegi tengok citer nih malam tadi
penuh aksi, tapi penuh jugak maki maki
anak maki bapak SIAL
lakonan sam superb
wawa...so so..tak suke
adik pierre pun tak best sgt berlakon
yg jadik bapak adik pierre pun agak over..ok la kot konon gengster sangat
aku tengok pun sbb ada shahiezy sam aje |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni kan drama je... sapa kata filem?
sampah camni nak letak dlm pen drive pun aku takmau...
Mik kan suka buat filem sampah untuk duit, siap mengaku lagi kot..
yg kita pun bulat2 pergi serah duit kat dia.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|