CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3378|Reply: 35

[Tempatan] Penduduk tak sangka jiran baru ketua ajaran Harun

[Copy link]
Post time 21-11-2013 12:54 AM | Show all posts |Read mode


Harun Mat Saad, 47, yang digelar "Tuhan Harun". - Foto Bernama



LEDANG – Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu.

Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang  anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata,  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.

“Saya tidak mengesyaki sebarang yang mencurigakan kerana perwatakan lelaki itu kelihatan biasa dengan mana-mana individu yang bertanya rumah sewa sebelum ini.

“Saya memberikan nombor telefon pemilik rumah itu yang merupakan seorang guru dan dimaklumkan lelaki itu sewa rumah tersebut sebanyak RM700 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Roslan berkata, sebelum ini rumah itu dijadikan  inap desa dan Harun adalah penyewa ketiga selepas pensyarah kolej matrikulasi berpindah kerja ke tempat lain.

Katanya, Harun berambut sedikit panjang tidak mesra dengan jiran dan penduduk di kawasan itu.  Lelaki itu  juga akan mengelak daripada bertemu jiran dengan masuk ke dalam rumah  apabila terserempak dengan mana-mana jiran di luar rumah.

“Saya pernah ke rumah dia untuk berkenalan dan mendekatinya  sebagai jiran baru, tetapi rumahnya sentiasa kosong setiap hujung minggu.

“Minggu lalu, dia ada hubungi saya minta pertolongan untuk mencari mekanik kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex rosak, tetapi beberapa hari kemudian dia memandu kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV),” katanya.

Katanya lagi, kira-kira jam 3 petang dia melihat kereta Hundai Starex Harun berada di hadapan pintu masuk taman tersebut dan tidak lama kemudian menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan banyak kenderaan polis berada di rumah jirannya itu.

Roslan berkata, rumah berkenaan terletak tiga unit daripada rumahnya dan terkejut apabila mengetahui jirannya itu adalah suspek yang diburu pihak polis sebelum ini.

“Kelibat Harun tidak pernah dilihat sejak keluarga itu menyewa rumah berkenaan sehinggalah kes penangkapannya hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu di Kuantan Ketua Polis Pahang, Datuk Shariffuddin Abdul Ghani mengesahkan Harun ditangkap di Bandar Baru Tangkak, hari ini.

Rabu minggu lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun, selepas gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya semalam.

Dia yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 01:00 AM | Show all posts
johor tempat persembunyian penjenayah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 01:18 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 21-11-2013 01:00 AM
johor tempat persembunyian penjenayah....

sentap orang johor dengau kau hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 07:55 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 21-11-2013 01:00 AM
johor tempat persembunyian penjenayah....

    dahsat ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 09:53 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 21-11-2013 07:55 AM
dahsat ...

indon yang tembak pegawai bank pun tangkap di johor juga kan....
kes melibatkan bunuh tu...dua2 kes...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 09:55 AM | Show all posts
AdsMsia posted on 21-11-2013 01:18 AM
sentap orang johor dengau kau hehehehe

dengan erti kata lain johor tempat selamat la tu...sebab tu meka p sembunyi di situ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2013 09:59 AM | Show all posts
johor darul___________________?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:02 AM | Show all posts
ala yang kes Ambank hari tu kena tangkap kat Perak....
idak le johor je semuanya

hehehehe...
bangga aku sebagai anak perak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 10:05 AM | Show all posts
apa keistemewahan atau mukjuzat atau power Tuhan Harun ini???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:11 AM | Show all posts
dah mula dah buat komen guna otak lembu.....
otak sendiri buat pekasam!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:11 AM | Show all posts
orang sekarang mana nak amik tahu hal jiran2 ni..
tapi kat kawasan perumahan aku ni..jiran aku sibuk skodeng hal umahtangga aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:21 AM | Show all posts
Motifff????
Depa x terasa ker aura ketuhanan yg muncul di kawasan perumahan depa????
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:21 AM | Show all posts
Tuhan dtg menyewa sebelah rumah pon depa bole x tau
nak masuk neraka tuhan harun ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:22 AM | Show all posts
Cer tembak dia ni
nak tau mampus ke tak
Kalau mampus terkulai cam vavis sah lah bukan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:27 AM | Show all posts
diorang g johor sbb nk seludup masuk indon...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:31 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 21-11-2013 09:53 AM
indon yang tembak pegawai bank pun tangkap di johor juga kan....
kes melibatkan bunuh tu...dua2 k ...

kehal ...johor ni nak jadi destinasi pelancong ..agaknya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 10:40 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 21-11-2013 10:31 AM
kehal ...johor ni nak jadi destinasi pelancong ..agaknya ...

agaknya la....ke tempat trasit ke singapore..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:42 AM | Show all posts
AnBulisia posted on 21-11-2013 10:02 AM
ala yang kes Ambank hari tu kena tangkap kat Perak....
idak le johor je semuanya

pe2 je la kak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:49 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 21-11-2013 01:00 AM
johor tempat persembunyian penjenayah....

Johor Darul Ajaran Sesat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 10:49 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 21-11-2013 09:53 AM
indon yang tembak pegawai bank pun tangkap di johor juga kan....
kes melibatkan bunuh tu...dua2 k ...

JB kan highest crime dalam kajian
kalah KL
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list