CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6120|Reply: 9

Kapal selam rahsia:- NR-1

[Copy link]
Post time 31-10-2013 10:22 PM | Show all posts |Read mode

Malaysia mempunyai kapal selam Scorpene. Singapore ada Archer dan Indonesia pula mempunyai Cakra. Kesemua kapal selam ini ialah kapal selam diesel konvensional.  Kesemuanya bad ass tetapi masih tidak dapat menandingi kapal selam rahsia NR-1 milik Amerika Syarikat. NR-1 bukan sebuah kapal selam tempur. Fungsi utamanya ialah mengumpul maklumat tentang musuh, melakukan intipan dan mengutip sampel dari dasar laut. Kapal selam ini diperkasakan dengan sebuah enjin nuklear dan mampu menyelam sehingga 3000 kaki (914 meter). Kemampuan menyelam NR-1 tidak mampu ditandingi kebanyakkan kapal selam tempur yang sedia ada. Scorpene sebagai contohnya hanya mampu menyelam sehingga 1150 kaki (350 meter). Oleh sebab itu NR-1 dilengkapi 2 buah tayar yang membolehkan ia dipandu di atas lantai laut. Selain daripada itu ia juga dilengkapi tangan robotik yang boleh dikawal serta 3 tingkap tinjauan



2013-1969 = 49 tahun yang lepas pny teknologi dah boleh menyelam 3000kaki = 914m. mungkin teknologi amerika sekarang dah lebih daripada tu. tak mustahil mereka dah cipta kapal selam kawalan jauh yang boleh menyelam lebih jauh ke dasar lautan.
sos sub:
Dark Government . NR-1 Book , FX Model



NR-1dibina pada tahun 1969 dan pembinaanya dilakukan secara rahsia. Pihak Amerika mahukan sebuah kapal selam yang boleh "lepak" pada dasar laut tanpa dikesan tetapi pada masa yang sama boleh merisik pergerakan kapal selam milik Soviet. Saiznya yang kecil membolehkan NR-1 menyelam lebih dalam dari mana-mana kapal selam milik Soviet. Kemampuan menyelam NR-1 dianggap mustahil oleh Soviet dan mereka tidak menyangka kapal selam yang hanya selebar 3.8 meter dan sepanjang 45 meter ini boleh wujud. Sepanjang kareer pengintapannya yang rahsia selama hampir 40 tahun, NR-1 melakukan misi seperti meninjau bangkai kapal selam Soviet yang karam dan mengumpul peralatan rahsia dari bangkai-bangkai karam ini. Ia juga ditugaskan meletakkan pepijat pada kabel telekomunikasi bawah laut yang digunakan Soviet. Pepijat yang diletakkan membenarkan pihak Amerika mengorek rahsia Soviet tanpa dikesan.

Pada tahun 1976 sebuah pesawat F-14 Tomcat milik Amerika terbabit dalam sebuah kemalangan di Scotland. Pesawat yang pada waktu itu mempunyai radar paling canggih dan misil AIM9 Phoenix yang paling terkini menjunam ke dalam laut ketika menanti giliran berlepas dari kapal pengangkut John F Kennedy. Pihak Amerika risau pihak Soviet akan cuba menaikkan semula bangkai F-14 ini dari dasar laut dan mencuri teknologi terkini mereka. NR-1 ditugaskan mengesan lokasi pesawat ini sebelum Soviet. NR-1 melakukan tugasnya dengan baik dan pesawat ini serta misil berteknologi rahsia Phoenixnya berjaya didapatkan semula. Selepas pesawat angkasa Challenger meletup ketika berlepas pada tahun 1986, NR-1 digunakan bagi mengesan puing-puingnya dari dasar laut.

Because the NR-1 was so small (12 ft diameter) some of the men had to sleep in the passage way as you can see in this picture... the mattress on the floor.


Ramai tidak tahu tentang kewujudan NR-1 hinggalah buku Dark Waters: An Insider's Account of the NR-1, The Cold War's Undercover Nuclear Sub diterbitkan pada tahun 2003. Pada waktu itu NR-1 sudah uzur dan menanti untuk dihentikan perkhidmatan. Pada tahun 2008 satu-satunya kapal selam beroda di dunia akhirnya bersara. Selamat bersara cool sub!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 10:36 AM | Show all posts
aku rasa soviet union pun tak kurang hebatnya teknologi mereka..
cuba cari dalam thread ni pasal teknologi soviet pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 01:32 PM | Show all posts
kapal selam 2nd hen kita dgn yg dlm tred nih mana lagi canggih??
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 07:56 PM | Show all posts
malaysia kena beli ni. senang nak cari harta2 kapal flor de la mar. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:19 AM | Show all posts
kagum aku dgn teknologi2 amerika ni...

soalnya smpi bila la kita asyik nak membeli jer. bila nak buat sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 04:26 PM | Show all posts
dasatnye.................mmg advanced

sempit nye,,,tido kt machine
mmg seketul je ker??

teringat muvi U571
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2013 08:02 AM | Show all posts
NR-1 bukan rahsia pun, ianya ditugaskan untuk kajian dalam laut, pencarian, pemasangan peralatan..cuma tugasnya ada yang rahsia....

p.s. bangcak, udah2 le kata Scorpene tu 2nd hand. Klau nak kait pembelian dengan pembunuhan Altantunya tu lantak le...tapi jangan le jadi bangang kata 2nd hand sedangkan ada gambar benda alah tu tengah dipasang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 09:03 AM | Show all posts
mentaliti orang takkksub politik ke hulu ke hilir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 09:06 AM | Show all posts








special kepada si takkksub politik ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:57 AM | Show all posts
Agosta ni betul la 2nd hand....dan aku mmg salahkan pihak pengurusan muzium pasal tak buat refurbishment dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058203 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list