View: 1544|Reply: 5
|
[Tempatan]
{8}Mbah Sagiman guna silat jowo, elak dipatuk & belit species anaconda!
[Copy link]
|
|
Mohd Shahrizan (dua, kiri) menunjukkan ular sawa batik yang cuba menyerang seorang warga emas di Parit Sulong
BATU PAHAT, 30 Oktober – Seorang warga emas dari Kampung Parit Jidin, Parit Sulong, di sini, nyaris dibelit seekor ular sawa batik ketika cuba menangkap reptilia berkenaan yang berada dalam reban ayam miliknya, awal pagi semalam.
Detik cemas itu berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila warga emas terbabit mendengar bunyi bising dari rebannya yang terletak di belakang rumah.
Mangsa, Sagiman Samad, 65, berkata, dia segera meninjau rebannya untuk mengetahui punca bunyi bising itu meskipun enggan ambil peduli pada mulanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sedang membelit dan hampir menelan seekor ayamnya.
“Saya terkejut melihat ular sawa itu dan cuba menguisnya dengan kayu untuk menghalaunya, tetapi ular itu bertindak balas dengan cuba menyerang saya.
“Nasib baik saya sempat mengelak, jika tidak, saya akan dibelit. Kemudian saya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setelah mendapati ular itu masih berada dalam reban,” katanya.
Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Mohd Shahrizan Ab Aziz berkata, pasukannya menerima panggilan daripada warga emas berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.
Katanya, empat anggota ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter dengan berat kira-kira 25 kilogram sedang cuba menelan seekor ayam yang telah mati.
“Anggota saya berjaya menangkap ulat ini dalam masa 10 minit. Pada awalnya, ular berkenaan cuba melawan, namun ruang yang agak sempit dalam reban berkenaan membuatkannya tidak dapat banyak bergerak.
“Saya dapat katakan yang ular sawa ini tidak agresif untuk melawan dan ular berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
“Saya dan pasukan JPAM daerah menyeru kepada orang ramai agar dapat menghubungi pasukan kami apabila mengadapi sebarang ancaman binatang berbisa termasuklah ular dan tebuan di talian 999,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, pasukannya telah berjaya menangkap lebih 50 ular pelbagai jenis termasuklah ular sawa dan ular tedung. - SH
p/s jgn memaen org lame Parit Sulongnih, aura silat wali songo masih ampuh....
|
|
|
|
|
|
|
|
ular-ular yg diorg tangkap ni diorg wat pe ye? sembelih jual kulit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, empat anggota ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter dengan berat kira-kira 25 kilogram sedang cuba menelan seekor ayam yang telah mati.
biar la dia g makan..kan tu dah jadi rezeki dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
i masa sek ren tgh2 main basikal tiba2 ular melintas dpn mata .. i tgk ular tu menyusur sampai masuk semak. start dari kejadian tu i trauma, takut, geli dgn ular. even menaip ni pun dah buat i goose bumps |
|
|
|
|
|
|
|
wah hebatkan..tetapi beliyau sepatutnya jgn usik ular tu..takut dia pulak jadi breakfast kepada ular tu...next time terus kol 999 |
|
|
|
|
|
|
| |
|