CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: Adiya

[BEST] Lima jam yang tiada kesudahan

  [Copy link]
Post time 29-10-2013 11:03 AM | Show all posts
tt,nak tau cita camna tahap kebiadapan bapak ila tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mnti cita bang diiiyaaaaaaa !!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:42 AM | Show all posts
Adiya posted on 29-10-2013 10:16 AM
Dok tengah karang la ni..tggu sat no..mungkin akan tamat hari ni..mungkin...

alaaa boss...ape cepat sgt habis... sambung lg citer lain pulak nnt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 12:02 PM | Show all posts
Setelah keadaan menjadi tenang dengan drama bersiri OPAH, keluarga ila nak bawa ila pulang ke rumah haji amin untuk berehat dan membersihkan diri..suami ila pada ketika itu tidak bersetuju kerana keadaan ila masih lagi seperti tadi dengan dok meracau2 yang bukan2.. Aku mencapai hp dan mencari nama Pak Adu.

-Calling Pak Adu-

“Assalamualaikum…” ucapanku
“Waalaikumsalam… hah diya, ada apa?” jawab Pak Adu
“Macam ni Pak Adu, ade orang sakit ni kat rumah abah.. dari pagi tadi dok buat tak lepas2 jugak ni..” terangku
“Terok sangat ke?melawan?” soal Pak Adu lagi
“Ha’a…melawan terok sangat ni..saya p amik Pak Adu ye?” gesaku
“Eh saya baru nak makan ni..lagi stengah jam boleh le mari..” jawab Pak Adu
“Ok la kalau mcm tu..nanti saya p amik Pak Adu..Assalamualaikum…” kataku lagi

Selepas perbualan aku dengan Pak Adu selesai, aku bertemu dengan suami ila dan sedikit berbincang dengannya.
“Saya dah call guru saya tadi..dia kata dalam stengah jam nanti boleh p amik dia di rumah datang sini..rumah dia tak jauh mana pun kat taman mesra tu je..” kataku

“Macam mana ni bang? Ayah suruh balik tu..ila pun dah dalam kereta..takkan nak suruh turun balik n tunggu guru abang datang?” kata suami ila dengan penuh kerisauan dan kebingunan..kesian dia aku tengok..

“Tak pa…kamu balik dulu..ni nak ke rumah haji amin kan? Nanti saya bawakan Pak Adu ke rumah haji amin..kita sambung kat sana..boleh haji?” soalku pada haji amin yang berdiri sebelah suami ila.

“Ha…..boleh, boleh, boleh…tak pe la kita bawa dia balik dulu..dari pagi tadi tak makan apa lagi tu..keje togok air sejuk je..kesian kat dia..” kata haji amin

“ok kalau macam tu, nanti kami datang rumah haji la..” aku menamatkan perbualan.


Mereka sekeluarga pulang ke rumah haji amin..kami sekeluarga pula masuk ke rumah dan terus ke meja makan..mama dah siapkan makan dari awal lagi..tp dah tak settle2 masalah ila tu, sapa yang nak p jamah???masa dok makan tu, masing2 dok bercerita la tentang kejadian tadi..

“Kalau aku tak mai tadi pun bagoih..”kataku pada adik
“Awatnya” soal adik
“Ya la…tadi dah elok, sekali nampak aku jadi balik..dah tu tak elok2 pulak tu..” kataku

Adik hanya tersenyum..selesai makan, solat dan sebagainya, aku duduk di meja luar sambil merokok..jam dikala itu menunjukkan pukul 3.50ptg. Habis sebatang rokok aku sedut, aku ajak adik untuk ke rumah Pak Adu..Abah kata dia nak tunggu asar dulu baru pergi rumah haji amin..Dia kata nak pergi sendiri je nanti..Tak pa la, aku dengan adik saja yang menjemput Pak Adu..

Setiba je di rumah Pak Adu, aku lihat Pak Adu tengah duduk d kerusi malasnya di luar rumah dengan tak berbaju dan hanya berkain pelekat..
“Aik org tua ni….nak p ke tak nak?” kata hatiku
“Assalamualaikum..” ucapanku pada Pak Adu
“Waalaikum salam..hah ade balik adiknye…oooiii tak payah le awak pegi…handey2 orangnye ni..” ha mule le tu Pak Adu nak mengelat..
“Hah jangan nak ngelat..g siap cepat..orang kalau boleh settle idak awak kemari…” kataku
“Hehehehe…awak pegi ni nak nengok je…kome le yang buatkan..awok mane reti..” kata2 yang biasa aku dengar dari Pak Adu.
“Eh awak udah letih..Kang Pak Adu yang buat..awak pulak nak nengok..” jawabku slambur jer…
“Ye leee…..” jawab Pak Adu ringkas sambil bangun dari duduknya dan ke dalam rumah untuk bersiap2.

Beberapa minit berlalu, Pak Adu keluar dengan berpakaian kemeja lengan pendek dan berseluar slek kelabu dengan kopiah di kepala.. Tanpa soal panjang aku terus ke kereta dan menghidupkan enjin..
Kami bertiga pun  bertolak ke rumah haji amin dengan secepat mungkin..cepat pegi, cepat balik..dalam perjalanan, perkara yang dibualkan hanya berkisarkan tentang ila sahaja dan kejadian2 di rumah abah tadi..
15 minit berlalu tanpa apa2 halangan di jalan..ini menandakan aral kami menegak masa tu..hehehehehe..tiba di rumah haji amin, kami di sambut oleh haji dengan senyum tawar..
“jom kita ke masjid dulu..kita jemaah sama2 di sana..” ajak haji amin.
Untuk pengetahuan kome, haji amin ni adalah imam di masjid berdekatan dengan rumah dia tu..
“mana ila? Dah ok ke?” tanyaku
“dia ada di rumah maksunya di bota..dia tak nak dok sini katanya tadi..” jawab haji amin
“la…dah tu nanti nak ke bota pulak ke??” soal aku lagi
“ye la…nak buat macam mn??tak pe kot ye?” terang haji amin
“em nak buat macam mn..tak pe la..jom le kita ke masjid dulu” kataku dengan sikit sesal pada perancangan mereka.

Nak ke bota bukannye dekat kome…tambah2 hari pun dah asar..kalau aku tau tadi, memang aku tak pegi amik Pak Adu n g sambung rawatan..xpe la..ni mungkin ujian Allah untuk aku menambahkan pengalaman dalam perawatan..

Kami ke masjid dengan menaiki kereta haji amin..setelah selesai solat, aku menelefon abah untuk mengetahui dimana kedudukan GPSnya pada waktu itu..ye la takut dia dah sampai umah haji amin, tengok2 kami tak de..mau dia balik macam tu jer..
Abah kata dia masih dirumah..gayanya macam tak nak datang je…aku memujuk abah suruh datang jugak memandangkan kami masih dimasjid dan memberi tahu abah yang kita kena ke bota untuk merawat ila..Abah mintak kami tunggu di rumah haji amin. Aku maklumkan pada haji amin yang abah pun nak join skali ke bota, so kami berpatah balik ke rumah haji amin..
Bila semuanya sudah berkumpul di rumah haji amin, kami pun berangkat ke bota dengan sebuah kereta MPV milik suami ila yang dipandunya sendiri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30min..Dalam perjalanan, haji amin memberi sedikit taskirah tentang bahana sihir ni..ye la…kawan tu kan imam…

Sampai di rumah maksu ila, kami di jemput masuk oleh ayahnya..aku terus sahaja mencucuh sebatang rokok, alasan untuk aku masuk lewat sikit sebab nti kena buat kerja..hehehehehe…Pak Adu yang sedia maklum dengan perangai aku tu hanya menjeling pada aku..Habis sebatang rokok, aku pun masuk ke rumah..Pak Adu minta aku duduk di sisinya..Aku menurut sahaja kata guruku itu tanpa alasan baik dari segi lisan @ perbuatan.. Ila dipanggil keluar dari dalam bilik.. Aku sangkakan dia tidur kerana keletihan..Pak Adu tak bagi panggil ila kalau dia sedang tidur, sebabnya kerja2 akan lebih mudah kalau pesakit tidak meracau2..Rupanya ila tidak tidur dan hanya berbaring didalam biliknya..
Ila keluar dari bilik dan terus duduk di hadapan Pak Adu..

“Ustaz….tolong saya ustaz..ustaz je yang boleh tolong saya..” kata ila
Mula dah….tadi aku je boleh tolong dia..ni dia tuju Pak Adu pulak..
“Ya, ya..tak pa..kita buat pelan2..kita buat bagi gelak2 je..jangan nak serius sangat yer..hehehehe..apa yang tuan2 tengok nanti adalah cara kami..suka tak suka itu cara kami..setiap orang ada cara dia sendiri..jadi jangan ada nanti kata benda kami buat ni tahyul ke apa sebab benda ni kita tak nampak..” kata Pak Adu
“Hah apa lagi? Tengok le..tengok semua yang ada dalam rumah ni..jangan tinggalkan sorang pun..” arah Pak Adu pada aku.
“Dia ni duduk je kiri…orang kanan teman ni..hehehehehe” sloro Pak Adu
“Hampeh org tua ni..sempat dia pekena aku lagi tu..”detik hatiku

Aku mulakan bacaan dan scan..aku dapati ayah, mak dan maksu ila sekarang menjadi tempat persembunyian lahanat2 tu..Pak Adu arahkan aku untuk cabut kesemua lahanat2 tu dan dia akan membantu untuk memukul..
Tanpa lengah lagi aku membuat permohonan mencabut lahanat2 tu satu persatu dan disimpankan didalam botol yang abah bawak dari rumah tadi..Setiap kali cabut, Pak Adu akan memukul sehingga lah abis mana yang ada..Pada waktu ini ila mula berubah sedikit demi sedikit..dia mula muntah2 angin dan mengarut2..
Ada satu tahap ila mula mengganas..Dia membacakan ayat kursi dan dihembuskan pada Pak Adu..

“Ini nak menyakitkan kamu..bukan menyakitkan aku..” kata Pak Adu pada ila
“Hahahaha..mari la lawan aku..aku nak tengok sekuat mana korang ni..” kata ila
“Hah kau..aku dendam dengan kau sampai bila2..aku dah kataaaaa budak2 jangan lawan dengan aku…” kata ila sambil menuding jari pada aku..

Aku hanya tersenyum melihat keadaan itu..Tiba2 ila seakan hendak menerkam Pak Adu..Pak Adu dengan sepantas kilat mengangkat kedua-dua tangannya keatas dan hendak di hentakkan ke lantai..Belom sempat tangan pak adu menyentuh lantai, ila sudah berundur kebelakang sambil beristighfar ..
”Eh pandai pulak dia istighfar” kata aku dalam hati..
hamjad betol le jin ni kan..? Pak Adu tanpa lengah membuat pukulan.. Bukan 1, tapi ntah brapa pukulan pun aku tak tau sebab yang dengar hanya nafasnya sahaja bertalu2..

“Mak aiii..lain macam org tua ni hari ni” detik hati ku

“Kamu jangan bagi aku marah…” kata Pak Adu sambil menunjuk2 pada ila

“Hahahaahha..kau dah marah kan sakarang?hahaha..kau orang baikkkk takkan nak marah aku..kesian kat aku…hahahahaha” ila menganjing Pak Adu

Kali ini pak Adu bangun dan meletakkan tapak tangannya ke ubun2 ila…ntah apa dibacanya, kemudian dia seolah2 mencabut sesuatu dari ubun2 ila..ila lemah dah rebah kesisi ayahnya..
Pak Adu mohon untuk sediakan sebaldi air untuk ila mandi.. Dia jugak mintak untuk carikan bunga 3 kuntum berlainan jenis..Apa lagi????Aku le org pertama yang angkat punggung nak keluar rumah konon nak cari bunga..hahahahaha…keluar je rumah, baru je sarung sebelah slipar, rokok pun melekat le kat mulut aku sebatang..hehehehe.. Bunga 3 kuntum tu adik yang cari..aku di luar melayan perasan..habis merokok, aku pun masuk semula ke dalam rumah..aku lihat ila sudah siap mandi dan menukar pakaiannya..dia kelihatan sangat letih tetapi sudah tenang..Pak Adu mohon mereka membawa ila ke rumahnya bila ila sudah lebih kuat..katanya sekarang ni ila lemah dan sukar untuk kami merawat kerana gangguan yang ila buat ketika proses rawatan..

Suami ila bersetuju untuk bawa ila berjumpa Pak Adu nti untuk sesi mandi pemagar..selepas selesai dan bersembang2, jam menunjukkan pukul 7.00ptg.. Pak Adu mintak beransur dulu kerana sudah hamper maghrib..

“Ustaz, nanti kejap ye…saya nak ke tandas kejap..” kata ila

“Ehhh nak tunggu ape lagi..semua dah selesai dah..dah jangan pikir apa2 lagi..pergi berehat..” jawab Pak Adu

Sambil berjalan menuju ke tandas, ila menjeling tajam pada Pak Adu dan berkata
“Tunggu la ustaz….sekejap lagi, saya nak bersilat…semua org kat sini nak tengok saya bersilat…” sambil2 tu matanya dijegilkan pada Pak Adu..

Pak Adu hanya menggeleng dan terus bangun dari silanya dan keluar rumah..
“Sudah2, bio dia tenang dulu..ini semua  permainan deme je ni..kalau kita layan, teruk tubuh ila nanti..moh kita balik..” jelas pak adu

Kami pun berangkat keluar rumah..dalam dok nak masuk kereta tu, terdengar suara ila menjerit2 didalam rumah tidak puas hati sebab kami nak balik..aku sempat menandang ila di dalam rumah, tiba2 dia sekali lagi pura2 pengsan..hahahahaha..





”E'eh tidakkah buta mata kau labu??”
“hehehehe..saya buta macam pak aji pengsan jugak…”







TAMMAT.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:13 PM | Show all posts
Adiya posted on 29-10-2013 12:02 PM
Setelah keadaan menjadi tenang dengan drama bersiri OPAH, keluarga ila nak bawa ila pulang ke rumah  ...

wehhh....takkan abis macam tu ajer???

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:18 PM | Show all posts
aikkk... takkan tammat sudah? kalau kat panggung mau kena bakar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:22 PM | Show all posts
err.....x paham penghujung nyer tu. leh tlg terangkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:27 PM | Show all posts
dasat la dia main psikologi sampai camtu.. dah cam exorcism of emily rose
dia saja nak kasi badan ila tu penat kan? cam emily rose tu la, sedih citer tuh Last edited by cloudy_83 on 29-10-2013 02:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..da hbis..:Q:Q..nak lagi nak lagi..en diya cpat smbung lgi..lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:46 PM | Show all posts
ok...paham, sesuai la ngan tajuk tred
'5 jam yg tiada kesudahannye'.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 01:06 PM | Show all posts
wajaman posted on 29-10-2013 11:03 AM
tt,nak tau cita camna tahap kebiadapan bapak ila tu...

Tak perlu la aku rasa nak cerita kat sini..biasa la..orang dalam tekanan..macam2 boleh jadi..tambah pulak anak sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 01:19 PM | Show all posts
kan tajuknya tiada kesudahan...so tiada la kesudahan cerita ni...dan itu lah kesudahannya..

dari mata aku, memang dah tak de apa2 jenis gangguan pada ila baik dari jin yang menumpang @ sihir yang dihantar...cuma masalahnya ada barang2 peribadi ila mungkin rambut, gambar, pakaian atau apa saja milik ila yang disimpan oleh penyihir tu..so dia masih boleh kawal ila dari jarak jauh..

dalam ilmu pengetahuan aku, jin2 ni akan duduk dalam radius 10 meter dari pesakit dalam tempoh rawatan..tp aku dah check memang tak de dah..cuma macam aku kata di atas, dia orang kawal ila dari jauh dengan penggunaan barang2 peribadi ila yang mereka puja..

selepas kejadian tu, ila di bawa balik ke KL dan tak datang2 lagi untuk rawatan susulan..mungkin dia mencari perawat lain untuk merawat dia di KL pulak..wallahualam..

satu lagi pesanan guru pada aku,
"dalam 10 orang yang datang berubat, biarlah 2 sahaja dari padanya yang sembuh...aku tak risaukan pesakit tu, tp aku risaukan kamu..seandainya ke sepuluh2 pesakit yang kamu rawat itu sembuh, maka kamu nantikan sakit yang kamu akan tanggung iaitu penyakit hati (Riak, takbur, sombong). itulah jarum iblis yang aku risaukan untuk murid2 aku..jangan hiraukan kata orang tentang kita, cuma risaukan kata Allah pada kita.."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 01:33 PM | Show all posts
mnSK posted on 29-10-2013 11:42 AM
alaaa boss...ape cepat sgt habis... sambung lg citer lain pulak nnt....

cite ape mike nak? awok bukan 24jam koje ngubat org..lain le mike...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 01:48 PM | Show all posts
Adiya posted on 29-10-2013 12:02 PM
Setelah keadaan menjadi tenang dengan drama bersiri OPAH, keluarga ila nak bawa ila pulang ke rumah  ...

aik..takkan dah abis dah ...mcm tergantung jer..
Ila xbersilat lagi tu...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 02:08 PM | Show all posts
medangmru posted on 26-10-2013 09:40 AM
TT @Adiya ....sila sambung ok....

bkn ke dulu2 mod x kasi bt pos cm ni..mintak suh sambung la..ape la..ni dh boleh ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 02:24 PM | Show all posts
pedang_biru posted on 29-10-2013 02:08 PM
bkn ke dulu2 mod x kasi bt pos cm ni..mintak suh sambung la..ape la..ni dh boleh ke??

tu gamaknyer hanye tuk thread cik es jer kot...

hahaha......

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 02:46 PM | Show all posts
aduhhh...gitu je? huuu.....xpe la....tp terhibur jugak..


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 02:56 PM | Show all posts
heheheeee.... x baik kasik org berspekulasi Adiya oii... kang telinga Arian pulak yg kne pulas.. heheheee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 03:02 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 29-10-2013 02:56 PM
heheheeee.... x baik kasik org berspekulasi Adiya oii... kang telinga Arian pulak yg kne pulas.. heh ...

betol le penamatnya macam tu..takkan kome nak aku tokok tambah pulak...aku tak reti nak reka2 crita ni...

kalau nak cerita lain, nti aku ceritakan..in sya Allah.. tp kalau ada yang nak baca le..kisah ila ni banyak yang dah dirumuskan je..sebab bahaya pada aku..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 03:07 PM | Show all posts
Adiya posted on 29-10-2013 03:02 PM
betol le penamatnya macam tu..takkan kome nak aku tokok tambah pulak...aku tak reti nak reka2 crit ...

Hehehee.. setuju... Safety first.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.900739 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list