CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3130|Reply: 15

[Tempatan] Edisi accident lagi: Wanita hamil maut nahas di Port Dickson

[Copy link]
Post time 17-10-2013 11:56 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit, semalam.

PORT DICKSON - Seorang wanita yang mengandung lima bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 Jalan Sua Betung - Air Kuning, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa, Norma Loman, 33, yang juga kakitangan Hospital Port Dickson memandu kereta jenis Proton Saga Aeroback secara bersendirian dari Air Kuning untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal mendapati, kereta mangsa bertembung sebuah van jenis Nissan Venette di laluan bertentangan akibat jalan licin kerana hujan lebat.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa selepas menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa tersepit di tempat duduknya dan mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman," katanya.

Menurutnya,pemandu van terbabit, Ariffin Jantan, 42, bagaimanapun patah peha kiri dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Awin di talian 019-3803462,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, jenazah mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, tengah hari semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 12:13 PM | Show all posts
innalillah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:16 PM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:19 PM | Show all posts
innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:42 PM | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:43 PM | Show all posts
mangsa mungkin mati akibat hentakan pada stering.. itulah pentingnya airbag.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 12:45 PM | Show all posts
takziah........
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:49 PM | Show all posts
patutnya jpj wajibkn semo kereta pkai dashboard cam, ni tiap kali eksiden trpkse nk cari saksi..

cube tgk russia, lori smpah pun pakai dashboard cam, bkn mhal sgt pn kamera ni , tk smpai rm80 pun, bli kad 8gb sd baru rm20..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 12:52 PM | Show all posts
batmana posted on 17-10-2013 12:49 PM
patutnya jpj wajibkn semo kereta pkai dashboard cam, ni tiap kali eksiden trpkse nk cari saksi..

...

nti kalu diaplikasi bnyak kroni yg kaya, maklumlah brg rege rm80 markup rm800,,
mentaliti malaysia kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:07 PM | Show all posts
rerasa laju ke....ke potong x lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:12 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 17-10-2013 01:07 PM
rerasa laju ke....ke potong x lepas...

aquaplanning ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:12 PM | Show all posts
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:24 PM | Show all posts
Innalillah..

takziah buat keluarga, harap tabah & byk bersabar..

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:26 PM | Show all posts
takziah.. kete ni laju. ringan pun ringan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:33 PM | Show all posts
Berdasarkan gambar, mungkin salah arwah...
Wallahu'alam..

Apa apa pun al Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.766983 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list