CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3203|Reply: 17

[Tempatan] 168 pelatih polis bantuan keracunan makanan

[Copy link]
Post time 16-10-2013 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Mutakhir
168 pelatih polis bantuan keracunan makanan
2013/10/16 -  12:42:55 PM

JEMPOL: Seramai 168 pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam di Bandar Seri Jempol, keracunan makanan dengan 18 dimasukkan ke Hospital Jempol, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, berkata pelatih polis bantuan pelbagai agensi itu dipercayai keracunan selepas makan tengah hari semalam.      


"Siasatan awal mendapati ayam disediakan pada waktu makan tengah hari itu sudah berbau ketika dihidangkan," katanya.      
      
      
               

Last edited by NIXAR on 16-10-2013 12:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 01:01 PM | Show all posts
Kalau udah berbau................naper masih di idangkan kpd oghang???
1. nak jimat ker?
2. bidding rendah ker?




Salam

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:02 PM | Show all posts
dah berbau pun makan? lapar sgt ke? sib baik bukan kat kem di KL
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:03 PM | Show all posts
asakan takde DNA babi dlm isi-rambutan
tetap jauh lebih bersih utk ke syurga  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:14 PM | Show all posts
Tak dpt bygkan abam polis ramai2 berebut jamban.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:15 PM | Show all posts
adakh lauk yg dhidangkn lauk ayam masak merah????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2013 01:21 PM | Show all posts
berebut jamban
ujian buka seluar dgn cepat
anggaplah ia sebagai satu training utk lain kali buka seluar bertanding bina badan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:31 PM | Show all posts
Diorang pkai towel aje kot. Senang skit nk cepat memerut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya..harap basuh tgn bebersih ye..kot jangkit lak kuman cirit tu :Q
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 01:53 PM | Show all posts
again ayam berbau pun dihidangkan juga

pak pak menteri tengok la betapa kudusnya rakyat jelata sekalian sayang benar nak buang ayam busuk sebab segala2 nya dah mahal skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 02:08 PM | Show all posts
Korang punya komen semua buat aku nak tanya ni je, "Hmmmm, kinky huh?"
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 02:21 PM | Show all posts
Ish ish ish kalau dah tau berbau toksah lah makan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:06 PM | Show all posts
aym tu dh berbau time dimskkan kot, bile dh msak ng mcm2 laok hlg la skit bau tu, dorg dh tntu lapar lpas training. HAHA !
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:11 PM | Show all posts
dah itu je mknan yg disediakn..xmkn lpar.. tu yg main sebat je wlau ada rasa xsedap kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:35 PM | Show all posts
takut dah nak makan ayam yang dijual di kedai
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:16 PM | Show all posts
kebiasaanya..enjelang hari2 raya memang banyak peniaga jual ayam mendak (ayam busuk)...
sama ada nak habiskan stok..or nak kaut untung...
pembeli lak balun je beli..sebab takde pilihan or terpaksa nak masak...
ayam busuk ni bila diperap n goreng..bau dia kurang skit..tukang masak lak apa lagi..tutup sebelah mata la..

apa pun..pelatih2 tu spatutnya tak makan kalau dah ada tanda2 makanan basi..risiko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 10:27 PM | Show all posts
ayam dah mahal....harga transportation (minyak) dah mahal...
pembekal ayam, subcon lapis yang ketiga dari kontraktor direct award offer ayam sekor 4 hinggit...
nasib lah melayu, makan ayam busuk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 05:46 AM | Show all posts
9,777 kes keracunan makanan dalam tempoh 9 bulan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 397 episod keracunan makanan dilaporkan berlaku dan melibatkan 9,777 kes secara keseluruhan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, 214 episod (54%) dengan 6,795 kes (69%) melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertahanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), swasta dan kerajaan negeri.

Daripada 214 episod tersebut, sebanyak 157 episod (73%) dengan 5,185 kes (76%) keracunan makanan adalah melibatkan sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan berkala termasuk menyediakan tambahan kursus pemakanan, latihan dan suntikan tiga tahun sekali. “Mana-mana premis kantin yang didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan akan ditutup terus, “katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai statistik keskeracunan makanan yang berlaku di seluruh negara khusunya di sekolah.

Beliau ketika menjawab soalan tambahan bagaimanapun tidak dapat menjamin kes ini takkan berlaku lagi, namun menegaskan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan premis secara berkala. Terbaru, diaporkan pelajar darjah empat Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Nibong Tebal dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap akibat keracunan makanan pada 3 Oktober lalu selepas makan nasi goreng yang dibekalkan sekolah.

Insiden membabitkan 32 murid itu dilaporkan berlaku seminggu selepas kejadian keracunan makanan di sebuah rumah kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah bulan lalu. Dalam kejadian terbabit, empat orang maut selepas hidangan ayam masak merah yang dimakan mereka dicemari bakteria berbahaya jenis Salmonella.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/21/9777-kes-keracunan-makanan-dalam-tempoh-9-bulan/
kes macang ni ...dah bertahun tahun ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068834 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list