Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta akan ditayang tahun ni lakonan Siti Saleha dan Johan Asari. Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman. Lagu tema bagi filem ni pula yang menarik tu, dinyanyikan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Selain tu pelakon lain turut sama membintangi filem ini ialah Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.
Kabarnya filem ini filem cinta yang menyentuh perasaan dan watak untuk Siti Saleha juga berlainan dari watak yang dibawanya sebelum ini.
Sinopsis Balada Pencinta
Balada Pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?
Trailer:
Kata pengarah filem ni, Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.
Dapatkah filem Balada Pencinta terbitan Grand Brilliance ini meletop di pawagam? sama2 kita tunggu kemunculannya.
aku dah tgk. jambang johan tu agak mengganggu. jln cerita ok klu nak compare dgn cerita MIG . bahasa skrip sgt style khir rahman. sinematografi pun style khir rahman. lagu2 yg busking dlm filem ni memang mengamit memori zaman2 lepak central market tgk pemuzik jalanan.
Ending scene.. fighting.
Miera lyana dlm filem ni tak make up langsung.. dan muka dia nampak suci kanak2 ribena. comel.
Tak berkisar psl kisah cinta johan & siti saleha je tapi ada cerita cinta lain juga.
filem ni tak terlalu artistic mcm filem khir rahman sebelum ni .. Dlm Botol. Kiranya dia campurkan sikit elemen pop. takut penonton tak paham kot..
jalan cerita ringan , ada babak predictable gak (esp bila dialog pelakon dah kuarkan hint2)..terkadang slow & rushing sikit bila nak last2.. movie ni byk diabiskan dgn lagu2 pada awal cerita sampai tengah2... benda x predict cuma babak2 fight & kehidupan malam tu ..ingatkan cintan cintun sampai ke habis
beberapa babak ada suntikan kejutan gak ler.. sebab tetiba lak kawan dia mati tragis
rasanya suara penyanyi lagu2 busking tu adalah Khir Rahman & ada scene Johan As'ari miming suara Awie lagu Ratuku .. xtaw yg mana satu suara Johan.. x perasan kat lagu yg mana ?
pada mula babak perasan mcm Johan kontrol suara/tone percakapan dia sampai ada mcm terasa dia nk tiru Jamal Abdillah ke apa pastu towards the ending kluar dah balik suara Botak dia tu
Jambang fake tu sangat mengganggu... bila fokus lagi la annoying nak tengok
Scene Ending x brapa best..ingatkan scene ending mcm dapat restu kawen ..dah ada anak ke apa...last2 jalan kat taman bunga senyum2 je endingnya
bagi 2 Bintang je la...yg suka cuma scene2 kat Central Market & KL..dah lama x pegi CM Last edited by tebuanharimau on 31-10-2013 12:08 PM