CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 9

[Tempatan] Beri Jakim kuasa tangani Syiah

[Copy link]
Post time 14-10-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN - Undang-undang agama disifatkan lemah dan perlu diperkuatkan bagi menangkis fahaman songsang dan kecelaruan agama Islam di negara ini.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Md Zain Al-Ghari berkata, dengan kelemahan itu, pihak yang tidak bertanggungjawab senang untuk mengambil kesempatan terhadap umat Islam di negara ini.

“Bila undang-undang agama lemah, maka macam-macam yang datang, antaranya fahaman Syiah, ajaran sesat serta fahaman Wahabi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diberikan kuasa agama untuk menangani masalah penyelewengan agama termasuk ajaran Syiah yang semakin menular di negara ini.

“Sudah sampai masanya Jakim diberikan kuasa veto dan tidak hanya berfungsi sebagai badan penyelaras untuk program keagamaan sahaja. Apabila tidak ada undang-undang atau undang-undang yang sedia ada lemah, maka ada sajalah yang datang mengganggu,” katanya di Seminar Mendepani Virus Syiah di Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Menurutnya, fahaman yang terpesong itu wujud dan berleluasa di negara ini kerana tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Undang-undang perlu diperkuatkan. Dapat saja mereka yang terlibat menyebarkan fahaman berkenaan, tangkap dan masukkan mereka ke penjara. Bila kena penjara dalam tempoh yang lama, maka penyebaran fahaman juga akan terganggu.

“Malangnya dalam hal ini, Jakim tidak ada kuasa di peringkat pusat. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah perlu meminta kuasa sama ada dari Parlimen atau Majlis Raja-raja,” katanya.      

Zamihan berkata, kurangnya kuasa diberikan kepada Jakim menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab semakin berani menyebarkan fahaman mereka yang bercanggah dengan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini.  

“Jakim perlu diberi kuasa untuk tangkap mereka. Kita kena faham, tangkap bukanlah bertujuan untuk menyeksa sebaliknya dimasukkan ke pusat pemulihan selama beberapa tahun. Kalau setahun atau dua tahun tidak cukup untuk pulihkan mereka, kita lanjutkan lagi sehingga empat tahun atau lapan tahun bagi menyekat penyebarannya.

“Malah kita sudah memulakan dengan menubuhkan sebuah sekretariat untuk menyiasat latar belakang fahaman Syiah. Perkara ini juga sudah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau mahukan kita tangani perkara ini secara bijaksana tanpa melibatkan kecederaan dan huru-hara,” katanya.

Seminar berkenaan turut melibatkan Felo Penyelidik, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd Hamidi Ismail  dan Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, UM, Profesor Madya Mohd Fauzi Hamat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 04:58 PM | Show all posts
“Jakim perlu diberi kuasa untuk tangkap mereka. Kita kena faham, tangkap bukanlah bertujuan untuk menyeksa sebaliknya dimasukkan ke pusat pemulihan selama beberapa tahun. Kalau setahun atau dua tahun tidak cukup untuk pulihkan mereka, kita lanjutkan lagi sehingga empat tahun atau lapan tahun bagi menyekat penyebarannya.


yang bukan2 meke nak buek ..tu dana zakat ...apo kesah nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 11:14 AM | Show all posts
yg ni aku sokong, bg kuasa pnuh kt jakim untuk murtad skali. jgn bg agama2 or fahaman2 yg lain pjak agama kita yg berfahaman ASWJ.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 11:22 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 14-10-2013 04:58 PM
yang bukan2 meke nak buek ..tu dana zakat ...apo kesah nya

apa hubungkait JAKIM dgn zakat????
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 11:29 AM | Show all posts
Zamihan ni tak boleh pakai....pahaman agama melayu je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 11:48 AM | Show all posts
penjilat isi-rambutan sentiasa sibuk dgn gaya menjilat tak cukup cantik
kalu tak puas ati dgn gaya jilat sendiri ok la
tapi ramai yg ingat gaya sendiri paling cantik
sibuk nak bising gaya org lain jilat dgn tak elok  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2013 12:05 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 16-10-2013 11:22 AM
apa hubungkait JAKIM dgn zakat????

Kadang² ramai yg keliru antara Jabatan Agama dengan Majlis Agama.
Tu yg ingat JAKIM pun kutip zakat jugak,
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:51 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 16-10-2013 11:22 AM
apa hubungkait JAKIM dgn zakat????

pasal tak tau hubugan dengan zakat ...jadi macang tu ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 07:00 AM | Show all posts
Sekat sama fahaman WAHABI ...  
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:21 AM | Show all posts
Jabatan Halal JAKIM pom orang masih pertikai kewibaan.  Kamo bercakap mahu selesaikan isu syiah?  Niat itu sudah baik, tapi kamo harus perkukuhkan ilmu kakitangan kamo untuk melawan hujah syiah ketika berdialog.  

“Undang-undang perlu diperkuatkan. Dapat saja mereka yang terlibat menyebarkan fahaman berkenaan, tangkap dan masukkan mereka ke penjara. Bila kena penjara dalam tempoh yang lama, maka penyebaran fahaman juga akan terganggu.



Lagi satu, adakah dengan humban pengikut ajaran sesat ini ke dalam penjara  betol2 berkesan?  Berdialoglah dengan mereka.  Biar hujah lawan dengan hujah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.163431 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list