View: 18361|Reply: 54
|
Lelaki digalakkan memilih anak dara dari janda dan terakhir andartu
[Copy link]
|
|
Memilih Janda Atau Anak Dara
Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
Sham, Kuala Selangor
Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.
Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya.
Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.
Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.
Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 7-10-2013 08:51 PM
hahaha andartu
u dlm kategori mane?
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 7-10-2013 08:57 PM
u dlm kategori mane?
kategori andartu tu dalam lingkungan umur berapa?....
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 7-10-2013 09:02 PM
kategori andartu tu dalam lingkungan umur berapa?....
28 tahun ke atas...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh tak sampai lagi umo tu...3 tahun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 7-10-2013 09:07 PM
oh tak sampai lagi umo tu...3 tahun lagi
ikutti sunnah nabi...diri kan lah masjid...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 7-10-2013 09:09 PM
ikutti sunnah nabi...diri kan lah masjid...
tak mampu lagi buat masa ni.....hajat di hati nak bina masjid seindah masjid kristal...
|
|
|
|
|
|
|
|
Andartu yg umur 39 thn ke atas mmg x leh bla... Ckp beso x abis2 perlekehkan kita yg dah kawin ni... Berangan kuat gak mls nk lyn spesis mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 8-10-2013 12:38 AM
Andartu yg umur 39 thn ke atas mmg x leh bla... Ckp beso x abis2 perlekehkan kita yg dah kawin ni... ...
mereka tidak ikut sunnah nabi...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 8-10-2013 08:42 AM
mereka tidak ikut sunnah nabi...
tu la kadang2 pelik..pegi belajar agama gan pendakwah terhebat dunia...tp mulut tak leh nak kontrol...pe2 pun jg diri tu dl...1 kita ckp kat org 4 lg kene kat kita...memang ssh mereka spesis mcm nie..perasan hebat tu satu hal...riak menunjuk2 tu lg berhal2nye...kita lak yg naik segan gan perangai mereka tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 8-10-2013 09:35 AM
antara janda dan nak dara....nak dara d beri pengutamaan lebih...sebb masih dara
tu pon kene suruh doc check dulu lar betul ke msh daranye...atau status jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 8-10-2013 10:00 AM
tu pon kene suruh doc check dulu lar betul ke msh daranye...atau status jer...
aku da agak....posting mcm ni mmg akan kluar keh keh keh....
adakah anda andartu / janda?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 8-10-2013 10:03 AM
aku da agak....posting mcm ni mmg akan kluar keh keh keh....
adakah anda andartu / janda?
maaf saya isteri orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 8-10-2013 10:09 AM
ouh begitu....
nak dara skang ni mmg la ada d antaranya yg x dara...tp kita nk kahwini seseor ...
ok kaji lar...tp kalo org yg dah insaf n berubah ke jln kebaikan kita terima jer la kan...semua org tak sempurna...kita n pasangan kita salng melengkapi..cewah ckp mcm ustazah lak pagi2 nie
|
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 8-10-2013 10:09 AM
ko...
stuju2....
betul la kan...tengok jer la kes kat ci tu tiap2 ari ada jer kes kene tangkap khalwat...pdhal dua2 bujang lagi..so skrg nie istilah teruna dara dah mcm susah nak cari kot...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|