CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4406|Reply: 0

Nervous pertama kali jejak Mekah, Taufiq Hanafi tak kongsi cerita umrah,

[Copy link]
Post time 3-2-2025 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pelakon Taufiq Hanafi mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perjalanannya itu kerana mahu memberi fokus kepada ibadah.

Malah kata Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 34, memberitahu perasaan bercampur baur tatkala mengesahkan tempahan bagi menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lalu.



"Perjalanan kali ni memang niat di hati untuk tidak memberitahu sesiapa kecuali keluarga dan teman rapat kerana pertama kali datang ke Tanah Suci, perasaan sangat takut dan gementar.

"Memang niat untuk off dan tidak kongsi di sosial media. Hanya fokus pada diri sendiri... ibadah pada Allah Yang Maha Esa," katanya.

Taufiq menulis perkara itu dalam satu perkongsian di Instagram miliknya pada Isnin selepas dia selesai menunaikan umrah.

Ketika dihubungi, pelakon ini memaklumkan dia kini berada di Madinah selepas berangkat ke Makkah pada 27 Januari lalu.

Bercakap lanjut, Taufiq juga tidak menyangka dia diberi kesempatan untuk mengerjakan umrah dan keputusan untuk ke sana di lakukan dalam tempoh masa singkat.

"Sebelum ini ada sahaja tajaan, tetapi rasa takut nak pergi. Mungkin juga belum mendapat jemputan Allah.

"Rasnya lima bulan lalu sahabat saya hubungi beritahu dia dapat pakej murah ketika mengunjungi satu festival. Kebetulan jadual juga tidak sibuk dengan tarikh yang dirancang.

"Ketika itu memang tak fikir panjang. Saya terus setuju dan bayar," ceritanya.

Tambahnya perjalanan di sana juga menjadi satu pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan termasuklah mendalami erti kehidupan.

"Satu pengalaman yang sangat luar biasa. Bukan sahaja dari segi spiritual malah keperibadian. Saya belajar banyak benda di sini, dari segi melihat manusia, kesabaran dan betapa indah serta misterinya anugerah Allah.

"Perjalanan menunai kan umrah kali ini telah membuka mata, hati dan juga pemikiran saya," luahnya.

Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.199615 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list