CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5045|Reply: 6

Kesesuaian Penapis Haba (Tinted)

[Copy link]
Post time 7-10-2013 11:54 AM | Show all posts |Read mode



Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa kini.

Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2 perkara iaitu:

Cahaya ultra-violet
Haba panas

Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan kepada penglihatan!

Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena dengan filem itu. Ada kebarangkalian filem penapis haba yang sebegini memang tidak elok digunakan dan berbahaya! Bagi mengelakkan setuasi sebegini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.

Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan adalah ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan lain tanpa mengganggu penglihatan. Ini amat berguna bagi tujuan pemanduan di waktu malam. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan!

Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.

Rata-rata hanya mahu cermin gelap dan kurang haba dalam kereta. Sebetulnya, setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan.




Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya sekurang-kurangnya 70% manakala cermin belakang dan sisi pula 50% ketelusan cahaya.

Jika ini gagal dipatuhi, kompoun RM300 mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin kenderaan.

Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang filem terbabit, eloklah pengguna mengenal pasti terlebih dulu produk-produk yang menepati peraturan JPJ.

Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 10:54 PM | Show all posts
kalau ikut undang2 sikit jje percentnya...memang tak tahn panas

Bagi saya pakai je....kalau kena tahan nasibpa badan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:48 AM | Show all posts
dok mesia..iklim khatulistiwa..matahari sentiasa memancar terik..mmg kna pakai tinted power la
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:26 AM | Show all posts
tq for sharing..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 02:53 AM | Show all posts
pd aku tinted hitam, gold dust ke apa ke semua buang ms jerk kalo x dpt tapis panas matahari.

teringt dulu2 b4 buat tinted tokey tu bg aku test dulu kepoweran tinted tu.

dia amik sample tinted n letak kat bawah mentol bulp kaler kuning tu. so letak tgn bawah tinted n without tinted.

mmg dpt rs la tinted brand mn satu yg tapis haba paling baik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 12:26 PM | Show all posts
ske ati le nak pakai tinted gelap... kulit kita, seat kulit pun kita punya jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 09:52 AM | Show all posts
kegimaru: dok mesia..iklim khatulistiwa..matahari sentiasa memancar terik..mmg kna pakai tinted power la


betol2... baru masuk kete dah rase mcm dok dlm oven...
kenelah tinted utk kurangkan haba... bukan tinted suke2...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054159 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list