WAH! Terkejut mendengar pengakuan artis popular seorang ini. Mana tidaknya, dia selalu tampil berpakaian seksi di khalayak. Baru-baru ini, bila Rihanna mengaku dia sudah tidak suka berparti, apa sudah jadi?
Bercakap kepada sebuah rancangan bual bicara, Alan Carr: Chatty Man, Rihanna memberitahu bahawa dia kini benci dengan apa sahaja benda yang ada kaitan dengan berparti dan menganggap ia membosankan.
"Saya bintang dan penyanyi. Tetapi sebenarnya saya tidak suka datang ke parti. Saya melihat jika ke kelab malam, setiap malam muzik yang sama akan dimainkan.
"Sebab itu, saya rasa semakin bosan. Saya cadangkan lebih ramai DJ dapat dilahirkan," katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun itu kini dijangka akan memperoleh keuntungan hampir RM4.35 juta setelah memenangi kes samannya ke atas gedung fesyen Topshop kerana menggunakan gambarnya yang kelihatan kusam dan kurang menarik pada kemeja-T terbitan pengeluar fesyen terkemuka itu, baru-baru ini.
Di samping itu, Topshop juga telah mencetak gambar itu tanpa kebenaran daripada diva dan pelantun lagu Diamonds itu.
|