CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56009|Reply: 189

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

[Copy link]
Post time 30-9-2013 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. Ni first time aku bukak thread. Sebelum ni aku buat sharing kisah seram di thread orang lain. Tetapi, atas nasihat salah seorang moderator, dia mencadangkan aku membuka thread sendiri.

Sebelum tu, aku nak jelaskan konsep penceritaan aku. Konsep aku lebih kepada 'perkongsian orang di sekeliling aku' memandangkan aku tak banyak mengalami kisah seram, melainkan ada beberapa insiden mistik yang ku alami selama 8 bulan straight.

Jangan hairan kalau mendapati ada beberapa cerita pernah ditemui di sebuah thread, tetapi aku terpaksa copy-paste cerita tu dalam thread aku memandangkan kisah-kisah itu, aku yang nukilkan. Tidak mengapa ya? So, kisah pertama bermula di sini!

Ayah Kawanku Adalah Balan-Balan

Kisah ini diceritakan oleh dormmate aku sewaktu di boarding school dulu. Untuk info bagi yang belum tahu, di Sabah, penanggal dikenali sebagai balan-balan. Kebiasaan bagi budak-budak hostel, ada saja kisah seram yang nak dikongsikan.

Mula-mula, aku buka cerita bahawa ada orang Peneroka Felda tempat aku buat pengakuan bahawa dia ni balan-balan. Tapi dia bukan beragama Islam. Aku beritahu dormmates aku yang lain, di keliling leher pakcik tu ada tanda hitam macam lebam or something. Itu membawa maksud bahawa kepala pakcik tu sering berpisah dengan badannya.

Dormmate aku seorang ni pun buka cerita bahawa dalam keluarganya, ada yang mengamalkan ilmu balan-balan ni. Tak lain dan tak bukan, ayah dia sendiri. Kami yang lain (dalam dorm tu) semua terkejut, kot-kot ilmu tu diwarisi oleh kawan kami ni. Syukur kawan kami ni memberitahu bahawa ayahnya sudah lama membuang ilmu itu kerana tidak selamat.

Bila ditanya, kenapa tidak selamat? Dia menjawab, pengamal ilmu balan-balan ni ada perasaan dendam yang mendalam. Dalam tempoh tertentu, mereka perlu mencari mangsa untuk dihisap darahnya. Selalunya mangsa adalah ibu yang bersalin, atau bayi yang dilahirkan. Tetapi, memang lumrah bukan hari-hari orang bersalin di tempat yang sama. Kalau ada je orang bersalin, semua pengamal ilmu ini akan menjadi alert untuk target rumah orang tu.

Bayangkan, kalau mangsanya seorang, pemangsa pula berpuluh-puluh orang, maka persaingan tu tinggi. Maka selalulah tercetus pergaduhan antara balan-balan ni. Dikisahkan pada suatu malam, ada seorang ibu ingin bersalin. Balan-balan kawasan perkampungan ayah kawan aku ni macam dalam alert perkara ni. Cepat-cepat ayahnya buat ritual memisahkan kepala dari badan. Sebaik kepalanya mulai terawang-awang, dia pun menuju ke rumah mangsa.



Alangkah kecewanya ayah kawan aku ni apabila mendapati ada balan-balan yang terlebih dahulu sampai di rumah itu. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka kerana balan-balan ni nak ‘hisap’ seorang diri, tak mahu kongsi jamuan. Datang pula balan-balan lain, dalam enam-tujuh kepala macam tu. Maka balan-balan pertama halau semuanya supaya berambus. Dengan perasaan dendam, semuanya terbang pergi meninggalkan rumah tersebut.

Keesokan paginya, ada dua berita kematian tersebar di kampung tu. Satu kematian, pasal ibu bersalin. Manakala satu lagi kematian, kerana punca yang pelik. Rupa-rupanya, sebaik balan-balan yang dihalau tu terbang pergi, mereka berpakat untuk berkumpul di rumah balan-balan pertama tu (setelah mereka bercantum dengan badan semula). Mereka kesemuanya bersekongkol memasukkan serpihan kaca yang banyak ke dalam tubuh balan-balan yang pertama.

Maka, apabila balan-balan yang pertama balik dari menjamah mangsanya, oleh kerana keletihan, dia pun masuk balik ke dalam badannya. Sebaik kepala dan badan bercantum, balan-balan pertama ini menjerit kesakitan. Serta-merta dia mati kerana terlalu banyak serpihan kaca dimasukkan oleh musuh-musuhnya.

Menurut kawan aku lagi, itu bukanlah kejadian pertama tentang pergaduhan sesama balan-balan. Ada satu insiden lagi apabila satu balan-balan ditemui mati dalam keadaan dahsyat. Rupa-rupanya, musuh balan-balan tersebut telah menterbalikkan posisi tubuhnya (dari baring secara biasa, kepada baring meniarap). Maka, apabila kepala bercantum dengan tubuh, kepala berada dalam posisi yang salah! Terpaksalah mayat dikebumikan dengan kepala menghadap belakang. Dahsyatkan?!

Sekian untuk setakat ini. Kejap lagi update pasal balan-balan di PLKN. Last edited by medangmru on 1-11-2013 07:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2013 10:36 PM | Show all posts
Balan-Balan di PLKN

Aku ada seorang makcik yang bekerja sebagai Timbalan Komandan di PLKN daerah sekian sekian sekian (maaf, perlu dirahsiakan). Aku tidak pernah menyertai PLKN, maka aku tidak tahu secara terperinci apa aktiviti-aktivi yang dijalankan dalam program tersebut.

Menurut makcik aku, pada minggu terakhir PLKN, peserta-peserta diminta membuat persembahan bagi ‘Malam Kebudayaan’ or something like that (ker ‘Malam Unggun Api’?). Tapak persembahan agak ke bawah sedikit daripada tempat penonton di kawasan terbuka (aku bayangkan macam stadium bola sepak bersaiz kecik).

Ada satu kumpulan ni buat persembahan yang berkisarkan keinsafan dan kematian. Maka, adalah yang berlakon sebagai jenazah yang dikafankan, dan ada pula yang berlakon sebagai imam dan Jemaah yang membacakan yassin.

Ketika persembahan, tiba-tiba, pelakon jenazah ni meronta-ronta! Tak lama kemudian, dia histeria. Persembahan mereka berakhir dengan awal, dan kesemua ahli kumpulan mereka masuk di sebuah kelas untuk menenangkan kawan mereka yang meronta-ronta ini. Makcik aku dan beberapa orang pegawai PLKN datang untuk melihat keadaan pelatih tersebut.

Apabila ditanya apa yang berlaku, ini yang diceritakan oleh salah seorang pelatih:



Sedang mereka melakonkan babak membacakan yassin untuk jenazah, tiba-tiba kawan mereka yang berlakon sebagai jenazah ni minta dibukakan ikatannya. Matanya terbuntang melihat langit (kawasan penonton). Memandangkan semua penonton menghadap tapak persembahan, tidak seorang pun perasan bahawa ada ‘gerombolan penonton’ sedang terawang-awang di atas mereka. Hanya orang-orang yang berada di tapak persembahan nampak gerombolan balan-balan tersebut.

Apabila semua ahli kumpulan melihat perkara tersebut, kawan mereka yang berlakon sebagai imam ketika itu, lantas membacakan surah yassin (dan kali ini bukan lakonan, dia baca betul-betul). Namun, bacaan itu tidak dapat menghilangkan ketakutan kepada kawan mereka yang berlakon sebagai jenazah itu. Lama-kelamaan, kawan mereka meronta-ronta dan histeria.

Sebaik mendengar khabar tersebut, semua pelatih dikumpulkan dan mereka membuat bacaan yassin secara berjemaah. Tidak ramai yang tahu sebab-musabab mereka diminta membacakan yassin. Mereka sangkakan, kerana nak halau jin yang merasuk peserta tadi. Padahal, mereka tak tahu, sewaktu menonton persembahan ‘Malam Kebudayaan’, di atas mereka terdapat ramai kawanan kepala terbang.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 10:36 PM | Show all posts
Kumpulan Band Pengantin vs Guni Putih

Assalamualaikum. Aku pun newbie jugak mcm non.sari, dan aku jugak silent reader selama ni. Kepada non.sari, syabas untuk sharing yang seram santai ini.

Tertarik dengan kisah pocong yang terbongkong sambil terhayun ke depan-belakang tu. Sama macam kisah pakcik aku (time dia muda bujang). Pak cik aku ni part-time band boy untuk kenduri kahwin sekitar Tawau, Sabah (lupa mention, aku asal dari daerah ni).

Untuk yang tak pernah tahu, kenduri kahwin di Sabah tak jauh beza dengan kenduri kahwin sini. Bezanya cuma waktu perkahwinan sahaja. Kalau di Semenanjung Malaysia, kebiasaan waktu kenduri kahwin dari pukul 11am-5pm (lebih kurang lah). Tapi di Sabah, kenduri bermula 11am-11pm. Itu normal di Sabah, jangan terkejut.

Oleh kerana timing kenduri kahwin di Sabah macam tu, geng bandboy pakcik aku ni selalu lah balik lewat malam (atau pagi buta) selepas berkerja (fyi, orang-orang Sabah suka menyanyi. Boleh menyanyi 12jam.) Kisah yang aku nak kongsikan ialah ketika pakcik aku and the geng otw balik dari rumah pengantin.

Rumah pengantin ni terletak di kampung. Jadi bayangkanlah jalan kiri kanan semuanya gelap, kena lalu dusun-dusun orang tempatan, barulah sampai ke jalan besar. Semasa van yang dorang naik tu melalui jalan dusun di kampung tu, dari jauh dorang nampak macam guni putih diletak di bahu jalan. Macam guni bungkus cempedak, cumanya saiz guni tu agak besar (rasanya korang dah boleh agak apa benda tu).

Time tu, semua yang duduk dalam van tu terdiam. Kawan pakcik aku yang jadi driver tu tiba-tiba memandu dengan slow (macam orang yang nak matikan kereta sebab dah sampai destinasi). Geng pakcik aku yang lain pelik lah. Kenapa drive makin slow. Semakin dekat dengan guni putih tu, semakin slow... slow... slow... dan tau-tau je, van tu betul-betul berhenti tepi guni puith tu (enjin masih hidup).



Semua penumpang van tu (termasuk pakcik aku) memerhati guni tu. Sah, guni itu sebenarnya pocong yang berbungkus. Pakcik aku cakap, muka pocong tu hitam macam terbakar. Bau pun dahsyat. Tingkap van pulak semuanya berbuka (sebab aircond rosak).

Pocong tu perlahan-lahan membongkok condong ke arah tingkap (sebelah kiri van, bukan belah driver). Kemudian dia start buat movement hayun depan, hayun belakang, lepas tu hayun balik ke depan, then ke belakang. Matanya pulak terbeliak tak lari dari melilau tengok semua muka penumpang dalam van tu. Semua yang dalam van tu kelu kaku, tak tau nak buat apa.

Then, kawan pakcik aku yang duduk depan sebelah driver tepuk lengan kawan dorang yang drive tu. “Kau nak tunggu apalagi? Drive lah!” Kawan pakcik aku tu pulak macam baru tersedar dari kena pukau, cepat-cepat dia masuk gear dan tekan minyak kuat-kuat.

Agak kelam-kabut jugak lah selepas tu, sebab masing-masing macam baru dapat bersuara. Pakcik aku suruh pasang kaset mengaji atau zikir dan seumpamanya (zaman tu zaman kaset lagi). Hampehnya, dalam van tu cuma ada koleksi kaset kumpulan rock macam Search, Wings, etc... Nasib baik benda tu tak ikut sampai di rumah. Since kejadian tu, asal balik lewat dari buat show, dorang pasal kaset mengaji. Hahaha...

Sekian kisah pakcik aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 10:38 PM | Show all posts
Pakcik Aku, Kucing Penakut, dan Hantu Bungkus

Cerita seterusnya, pasal pakcik aku jugak. Dia ni jenis yang selalu balik lewat pada zaman bujangnya. Suka sangat lepak dengan kawan-kawannya sampai larut malam. Bila dah sampai rumah, bukan terus tidur. Dia layan TV sampai pagi buta. Nenek aku selalu bising pasal perangai dia macam tu. Standard lah kan, parents harus ambil berat tentang perilaku anak-anak mereka. Tapi pakcik aku tu jenis yang tak makan nasihat. Dia reti makan nasi je!

Ada satu malam tu, selepas dia balik dari lepak-lepak dengan kawan-kawan, macam biasa pakcik aku buka TV sambil mengasap (hisap rokok). (p/s: Merokok membahayakan kesihatan. Say no to rokok!). Tiba-tiba, ada seekor kucing di luar beranda rumah melompat ke tingkap yang tertutup, betul-betul belakang kerusi pakcik aku. Kucing tu buat bunyi ketakutan (macam mana tu? Huhu...) sambil cakar-cakar tingkap (macam minta dibukakan tingkap).

Pakcik aku pun berganjak ke arah tingkap, dia perhati kucing tu dari tingkap kaca. Tak terlintas pun nak bukak tingkap tu, bagi kucing tu masuk. Lagipun kucing tu bukan kucing keluarga. Kucing jalanan yang selalu berkeliaran di sekitar kawasan kampung. Kucing tu tak henti-henti cakar tingkap macam nak selamatkan diri dari sesuatu. (Ekceli babak mencakar ni tak lama, memandangkan dicerita guna tulisan rasa macam lama).



Pakcik aku jenguk ke arah satu-satunya tangga yang terletak di tepi beranda rumah. Duhhh!!! Ada hantu bungkus sedang berusaha lompat anak tangga satu persatu. Style dia lompat (menurut pakcik aku) macam ni: Bila dia dah sampai di satu anak tangga, dia macam goyang-goyangkan badan dia macam betulkan posisi berdiri, kemudian baru sambung lompat ke anak tangga yang seterusnya.

Tanpa fikir panjang, pakcik aku bukak tingkap kaca (jenis bertingkat-tingkat tu), terus dia gapai kucing tu masuk dalam guna tangan dia. Cepat-cepat dia rapatkan tingkap dan tutup langsir ruang tamu. Malam tu, pakcik aku tidur bertemankan kucing penakut itu.

Tapi semua pengalaman seram dia tu, tak mampu nak ubah sikapnya yang suka keluar malam. Tapi alhamdulillah dia bukan jenis yang melepak buat benda tak jahat. Sekadar berlatih jamming, itu je. Tu pun ada orang kampung fitnah yang geng pakcik aku ni penagih dadah. Haishh! Mulut takde insurans!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 10:39 PM | Show all posts
Detik Kelahiran Pakcik Aku

Aktif pulak aku berkongsi kisah seram malam ni. Padahal esok ada kelas. Hahha... OK, kisah seterusnya pasal datuk-nenek aku pulak. Tapi diceritakan oleh mak aku kepada aku dan adik-beradik. Kisahnya pasal detik-detik nenek aku nak melahirkan pakcik bongsu aku (yang selalu balik lewat tu).

Petang-petang nak masuk Maghrib, nenek aku dah rasa sakit-sakit macam nak bersalin. Nenek aku pun beritahu datuk aku. Datuk aku tanpa berlengah suruh pakcik sulung aku pergi panggil bidan. Ini bukanlah kali pertama datuk aku berdepan dengan situasi begini.

Sementara menunggu bidan, datuk aku masuk bawah kolong rumah, dia pasang ceracak buluh tajam di atas tanah dan kayu berduri (yang jenis melingkar) betul-betul bawah papan tempat nenek aku bersalin. Sudahnya, penuh bawah kolong area nenek aku nak bersalin tu dengan kayu berduri yang melingkar di sana-sini.

Mak aku dan adik-beradiknya yang lain semua tertidur di ruang tamu, sebab lama sangat nak tunggu pakcik bongsu aku ni keluar melihat dunia. Ntah pukul berapa, selamatlah pakcik aku dilahirkan, dia menangis uwekk uwekk, kemudian dibersihkan sebelum datuk aku mengazankan beliau. Hehe...

Keesokan paginya, mak aku yang masa tu masih kanak-kanak (sekolah rendah) pelik mendengar bunyi di bawah kolong rumah. Ingatkan dia seorang je dengar, rupa-rupanya seisi keluarga terjaga dengan bunyi tu. Datuk aku bukak jendela kayu, pastu semua adik-beradik mak aku sibuk nak jenguk di jendela yang sama.

Apa yang pasti, mereka semua nampak ayam-ayam dan anjing-anjing, berbondong-bondong masuk ke bawah kolong rumah. Macam ada pesta makanan pulak. Bawah kolong rumah pulak, macam ada suara melolong kesakitan. Mak aku fikir, anjing-anjing dan ayam-ayam tengah berebut makanan.

Datuk aku dan anaknya yang sulung (pakcik sulung aku tu) pergilah keluar rumah dan jenguk kat bawah. Tiba-tiba kedua-dua mereka naik rumah sambil muka pucat. Jiran-jiran mula datang rumah sebab datuk aku panggil dari jendela (rumah dekat-dekat). Datuk aku memberitahu sesuatu kepada jiran-jirannya, time tu pakcik sulung aku suruh adik-beradiknya yang lain masuk bilik.

Time dalam bilik tu, mak aku dan adik-beradik yang lain terdengar ‘sesuatu’ di bawah kolong rumah, tapi tak jelas. Bunyi tu menjadi jelas setelah jiran-jiran dan datuk aku membawa ‘sesuatu’ itu keluar ke halaman rumah. Bunyinya (menurut mak aku) macam ni: “Lepaskan aku, sakit! Sakit! Lepaskan aku!”

Abang sulung mak aku cuba nak halang adik-beradik dia keluar bilik, tapi bila sekumpulan budak kecik berpadu tenaga, dia yang satu-satunya remaja ketika itu, boleh kalah. Tau-tau je, semua adik-beradik mak aku dah di jendela rumah, nak menyibuk apa yang terjadi di halaman rumah mereka.



Di situ, semua mata menjadi saksi, ada satu kepala tersangkut di celah-celah lingkaran kayu berduri yang datuk aku pasang semalam. Kepala tu tak lain dan tak bukan, penduduk kampung tu jugak. Patutlah ayam-ayam dan anjing-anjing berbondong-bondong masuk bawah rumah, rupanya nak patuk dan menikmati daging hidup.

Datuk aku memasang kayu berduri dan buluh tajam di bawah tempat nenek aku bersalin pasal sebelum tu, dah ramai ibu bersalin yang mati pasal ada penanggal hisap darah dari bawah tempat bersalin tu. Nasib baik datuk aku ingat amalan orang-orang lama pasal persiapan tu.

Penanggal tu pulak tak sempat diselamatkan sebab ‘terlebih masa’ berpisah dari badannya. Pengamal ilmu ni ada limit masa kalau nak terbang di awangan. Keluarga pengamal ilmu tu masih ada di kampung aku, tapi bersangka baiklah dengan mereka. Tak semestinya ayah jahat, anak-anak pun jahat sama. Aku tengok cucu-cucu arwah rajin je ke surau (walaupun aku tak pernah nampak arwah) kalau aku balik kampung datuk-nenek aku. Orang kampung pun takde yang nak ungkit-ungkit kisah tu lagi.

Moral: bersangka baiklah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 10:40 PM | Show all posts
Pemuda Tampan Dari Semenanjung

Seperti yang dijanjikan, aku nak share kisah yang berlaku di Felda aku. Korang boleh google nama Felda yang satu-satunya terletak di Tawau. Sebab Felda lain semua di Lahad Datu (tempat berdekatan dengan insiden sulu tu). Kisah ni pasal seorang pemuda Semenanjung (ntah lah asal negeri mana) yang ditugaskan sebagai staff perladangan di Felda aku.

Sebelum proceed to the main story, nak brief serba-serbi pasal orang Sabah. Segelintir orang Sabah ni ada sikap prejudis kepada orang non-Sabah. Dorang macam tak suka kehadiran orang Semenanjung di sana. Tapi reminder, BUKAN semua ada sikap begini. Sangat MINORITI peribumi Sabah yang bersarang prejudis di hati mereka kepada orang Semenanjung. So, harap kerjasama semua untuk TIDAK men-judge dan buat SPEKULASI  bahawa SEMUA Sabahan ni jenis prejudis. Deal? OK thanks.

Nak dijadikan cerita, pemuda Semenanjung ni (aku bubuh lah nama dia sebagai Hakim, nama sebenar perlu dirahsiakan) boleh tahanlah tampannya. Tak silap aku kedudukan dia pun OK jugak dalam Felda aku tu, Assistant Manager kot. Kebetulan pulak dia bujang, konfem-konfem lah ramai yang berkenan dengan dia. Mak-mak Felda tempat aku ni ada jugaklah rekomenkan anak-anak gadis dorang kepada Si Hakim ni.

Hakim ni kira rapat jugaklah dengan bapak aku, pasal dia yang tolong bapak aku luluskan bisnes nursery bunga di Felda aku (under program usahawan Felda, projek Najib). Dia pernah mengadu dengan bapak aku yang ada orang Felda aku tak suka loghat Semenanjung dia. FYI, orang Sabah yang jenis prejudis ni, meluat kalau mendengar siapa-siapa cakap loghat selain Sabahan. Bagi dorang, ‘engkau dating Sabah, kau kena cakap Sabah’.

Kalau orang membeli makanan laut di pasar, dan bercakap loghat Semenanjung, sah-sah peniaga bubuh harga ikan/makanan laut ikut standard harga pasaran di Semenanjung. Kesian kan? Walhal harga makanan laut di Sabah, murah-murah. (Off-topic jap. First time aku jejak kaki di Semenanjung, aku agak terkejut tengok saiz udang di sini kecik-kecik macam tak cukup zat. Di Sabah, udangnya besar-besar belaka.)

Back to the story, mendengar keluhan Si Hakim ni, bapak aku pun cakap dengan dia, buat kerja dia dengan ikhlas dan cuba belajar budaya di sini. InsyaALLAH lama-lama nanti, terbukalah hati sek-sek prejudis ni untuk menerima Hakim dalam komuniti masyarakat Felda kami tu. Hakim ni pun sediit demi sedikit belajar loghat Sabah. Menakjubkan, dia dapat kuasai loghat Sabah dengan singkat, sampaikan orang lain boleh fikir yang dia tu pure-Sabahan.

Dia ni, selain buat kerja-kerja sektor perladangan, dia juga aktif dalam usaha membantu belia-beliawanis di Felda aku tu. Banyak program untuk orang-orang muda yang dianjur. Oleh kerana itu, selalulah dia berdepan dengan pemuda dan pemudi Felda aku. Jadi tak hairanlah kalau dia ni ada ramai peminat. Maklumlah, pemuda-pemuda yang sebaya dengan dia di Felda aku tu bawak motor kapcai, dia pakai superbike, kereta pulak kereta Vios. Mana tak cair budak-budak Felda aku tu.

Dalam setahun setengah berkhidmat di Sabah, dengar-dengar je dia dah berpacaran dengan seorang gadis Felda. Perempuan tu pulak terkenal dengan perangai sosialnya. Kalau aku tolong jaga kedai runcit mak aku, selalu je nampak dia bonceng motor dengan budak-budak rempit. Pakaian pun, alahai sendat habis, macam tak sedar yang IC dia tertulis perkataan Islam (ker dia ni jenis Islam sekadar atas IC?).

Bapak aku pernah jugak nasihat dia, kalau serius dengan perempuan tu, kahwinlah. Tak manis orang Felda tengok dia bawak perempuan tu ke hulu ke  hilir, macam bini dia pulak. Bapak aku ni kira macam bapak dia di Sabah lah. Lebih kurang. Dia pun beritahu yang dia memang berhasrat nak kahwin dengan perempuan tu, lebih-lebih lagi keluarga perempuan tu dah balik-balik gesa dorang menikah. Masalahnya keluarga Si Hakim ni pulak tak setuju.

Beberapa bulan selepas perbualan bapak aku dengan Si Hakim pasal hasrat perkahwinan tu, tau-tau je keluarga Si Hakim ni datang dari Semenanjung ke Felda aku. Hakim terkejut jugak dengan kedatangan mak-ayah, dan adik lelaki dia tu. Bapak aku datang rumah Hakim ni selepas Isyak, sebab nak bincang plan meluaskan tapak nursery bapak aku tu. Bila sampai je di perkarangan rumah Si Hakim, dari luar bapak aku dengar suara mak dia menangis-nangis. Suara yang lain macam bertengkarkan sesuatu.

Tiba-tiba Hakim keluar rumah dan campak segala beg pakaian keluarganya yang baru sampai tu. Dia halau dorang dari rumahnya. Bapak aku macam canggung sekejap dalam kereta, berfikir-fikir nak buat apa time tu. Sebaik mak-ayah dan adik dia keluar, Hakim hempas pintu rumah kuat-kuat. Bapak aku pun keluar kereta dan dapatkan keluarga dia. Bapak aku offer dorang bermalam di rumah kami satu malam (Felda aku takde resort Felda macam di Felda Sahabat, Lahad Datu). Kalau ada resort, senanglah orang luar nak bermalam.

Tapi, keluarga Hakim ni minta tolong dihantarkan ke airport. Dorang nak balik Semenanjung hari tu jugak. Dalam kereta tu, ayah Hakim pun beritahu yang Hakim ni dah lama bertunang. Tiba-tiba enam bulan lepas, dia telefon yang dia nak putus tunang. Lepas tu, dia cakap yang dia nak kahwin dengan perempuan yang dia berkenalan di Sabah. Mak-ayah Hakim ni membantahlah, pasal tunang dia tu asal dari keluarga yang baik-baik.

Menurut ayah Hakim ni lagi, tunang dia pun menangis-nangis tak nak berpisah. Tak lama lepas tu, tunang dia jatuh sakit. Asal malam je, meracau. Muka comel, terus jadi tak terurus. Setelah berubat dengan seorang ustaz, dimaklumkan ada ‘orang dari seberang’ menghantar jin untuk kenakan tunang Si Hakim ni. Keluarga Si Hakim ni mula syak yang dia ni bawah pengaruh sihir, pasal tu dia berkeras nak putus tunang. Oleh sebab itu jugaklah mereka sanggup terbang ke Sabah semata-mata nak tengok keadaan anak mereka. Tau-tau je kena halau macam kucing kurap. Kesian!



Bapak aku cakap, nanti dia dan beberapa kenalannya di Felda ni tolong apa yang termampu. Selepas je keluarga Hakim ni terbang semula ke Semenanjung, bapak aku beritahu Manager Felda pasal masalah tersebut. Jadi Manager tu pun jemputlah ustaz-ustaz di Felda aku ni datang ke rumah Hakim. Bila kumpulan ustaz-ustaz ni datang, habis dorang kena maki-hamun olehnya. Perangai dah tak macam Hakim yang family aku kenal, dulu dia seorang yang ramah, cakap sopan-santun. Sekarang ni sekali dengan Manager dia kena maki. Hahhaa!

Bila ustaz-ustaz ni start baca sesuatu, Hakim nak macam orang sasau. Agresif semacam. Rupa-rupanya dah kena rasuk. Tenaga orang-orang lelaki yang datang macam tak boleh lawan dia seorang. Geng-geng belia yang kamceng dengan dia ni pun turut datang. Dorang pegang kiri-kanan Hakim yang meronta-ronta. Bila dah lama, Hakim ni dah lembik sebab jin dalam badan dia tu macam surrender. Ustaz yang paling handal di kalangan ustaz-ustaz lain ni cakap, Hakim ada termakan sesuatu yang dijampi. Nak tak nak, Hakim ni kena buat sesi ruqyah (rawatan Islam) secara berkala.

Alhamdulillah, dia pulih beberapa bulan lepas tu. Atas cadangan dari Manager, Hakim dipindahkan ke Felda Sahabat (memang payah nak kerja di Semenanjung sebab takde kekosongan. Banyak kekosongan pun di Sabah je.). Dia pun bernikah tak lama lepas tu. Yang famiy perempuan sosial ni pulak, menanggung malu sebab perbuatan sihir. Tapi dorang tak boleh nak dikenakan tindakan, pasal dalam undang-undang Malaysia time tu, sihir tidak dikira jenayah. Baru-baru ni je mahkamah memutuskan untuk dimasukkan jenayah sihir dalam kehakiman. Itu pun hanya dalam mahkamah syariah.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2013 10:40 PM | Show all posts
Akak Hutan Yang Jalan Laju

Kisah yang lain dialami oleh kawan aku yang berasal dari Perak. Tapi dia dah lama menetap di Sabah pasal ayah dia pegawai Felda tempat aku. Sebelum tu, aku kira bernasib baik sebab tak banyak pengalaman seram yang aku alami. Pasal tu kebanyakan sharing aku ni berkisarkan pengalaman orang lain. Tapi, walaupun pengalaman seram aku cikit, namun tempoh pengalaman aku tu mengambil masa lapan bulan. Part pengalaman seram lapan bulan tu, biarlah aku cerita di lain hari. Aku kalau boleh taknak ingat benda tu lagi. Meremang bulu dada kalau teringat benda tu! (p/s: Aku tak bulu dada ye, saja tulis, buat lawak! Huhu.)

Ada satu malam ni, kawan aku sekeluarga otw dari bandar Tawau nak balik ke Felda aku. Kawan aku ni duduk tepi tingkap kereta. Perjalanan nak ke Felda aku ni, perlulah melalui beberapa kawasan perkampungan. Antara satu kampung ke kampung lain, di tengah-tengah tu mesti hutan/lading sawit.

Lakarannya macam ni:
Bandar Tawau – hutan – Kampung A – hutan – Kampung B – ladang sawit – Kampung C – ladang sawit – Kampung D – ladang sawit – Felda aku.

Detik seram bermula apabila kereta keluarga kawan aku ni keluar dari Kampung A, menuju ke Kampung B. Sebaik saja di permulaan hutan di antara A dan B, kawan aku dapati tak jauh dari bahu jalan (area semak samun ada pokok-pokok) ada satu kelibat berbaju coklat tanah macam uniform kurung sekolah. Kawan aku ni signal kat adiknya yang duduk di sebelah untuk perhati sama-sama kelibat tu.



Kelibat tu pulak mula berjalan seiringan dengan kereta yang dipandu ayah mereka, dengan jarak kelibat tu masih kat area hutan semak-samun sementara  kereta pulak di atas jalan yang berturap (jangan fikir jalan Sabah masih jalan tanah, OK. Area Tawau, semua jalan dah berturap. Dah takde istilah jalan tanah merah. Sabah takde lah mundur macam yang TV selalu paparkan.).

Apa yang memusykilkan kawan aku dan adiknya, kelibat tu boleh je maintain kelajuan berjalannya sama dengan kelajuan kereta ayah dia. Kawan aku beritahu lagi, kelibat tu tak nampak pulak macam berlari sebab bahunya straight je macam orang berjalan. (Ekceli, bagi aku, istilah yang lebih sesuai untuk pergerakan kelibat tu ialah ‘meluncur’.)

Kedua-dua beradik ni diam dan khusyuk perhati kelibat tu berjalan seiringan dengan mereka. Apabila dah nak dekat dengan kawasan perkampungan B, lampu-lampu jalan mula kelihatan. Dah tak gelap macam di kawasan keliling hutan tadi. Kelibat tu mula perlahan dan sempat menoleh ke arah adik-beradik tu sambil senyum menyeringai. Kelibat tu berhenti di pengakhiran kawasan hutan. Kawan aku dan adiknya tak puas tengok dari tepi tingkap kereta, dorang perhati pulak kelibat tu dari cermin belakang kereta. Dorang dapati kelibat tu melambai-lambai kepada mereka seperti ucapkan selamat tinggal.

Bila mak dorang tanya, mereka tengok apa di belakang kereta, dorang pun jawab, “Kami tengok akak-yang-jalan-laju.” Mengikut pendapat aku, yang mereka nampak tu langsuir hutan. Tapi dorang time tu kecik, mana lah tau benda-benda jin ni.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 10:53 PM | Show all posts
assalam tt..kuss semangat tgk gambar2 hantu yg tt dok selit kat stp cerita tt..huhuuu
tp kan tt saya nak tanya la..btol ker sapa2 yg jadi balan-balan a.k.a penanggal nie sbnrnya menuntut ilmu semangat padi.?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2013 10:56 PM | Show all posts
purpledesire posted on 30-9-2013 10:53 PM
assalam tt..kuss semangat tgk gambar2 hantu yg tt dok selit kat stp cerita tt..huhuuu
tp k ...

hurmm... tak pernah dengar pulak semangat padi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:02 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 10:56 PM
hurmm... tak pernah dengar pulak semangat padi ni.

ohhh..tp kan tt saya nak tanya pasal td cerita Ayah Kawanku Adalah Balan-Balan..
ayah kawan tt tu keje apa erk.? adakah keje sbg petani @ pesawah.?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 11:08 PM | Show all posts
purpledesire posted on 30-9-2013 11:02 PM
ohhh..tp kan tt saya nak tanya pasal td cerita Ayah Kawanku Adalah Balan-Balan..
ayah kawan tt tu ...

pemandu teksi. err... kau kenal siapa2 yang ada cerita yang sama ker? *chuak*
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:10 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 11:08 PM
pemandu teksi. err... kau kenal siapa2 yang ada cerita yang sama ker? *chuak*

nape tt.? takot erk..huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:36 PM | Show all posts
pergghhhh...siap dgn gambo sekali...he he he...mcm ni, terpaksa laaa aku baca esok...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 11:38 PM | Show all posts
azzira posted on 30-9-2013 11:36 PM
pergghhhh...siap dgn gambo sekali...he he he...mcm ni, terpaksa laaa aku baca esok...

abam bleh tolong bacakan....xtakut dahhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 11:40 PM | Show all posts
azzira posted on 30-9-2013 11:36 PM
pergghhhh...siap dgn gambo sekali...he he he...mcm ni, terpaksa laaa aku baca esok...

hehe... kan lagi best baca malam-malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 11:59 PM | Show all posts
Parakang

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90-an, ketika aku masih kecil lagi. Ia melibatkan seorang jururawat yang bertugas di hospital kerajaan. Atas faktor-faktor tertentu, nama serta lokasi kejadian perlu dirahsiakan. Anggaplah kisah ini sekadar hiburan untuk pembaca sekalian.

Sebuah kemalangan telah berlaku di sebuah bandar yang melibatkan van dan lori muatan berat. Kesemua mangsa kemalangan meninggal dunia di tempat kejadian, kecuali seorang wanita muda. Walaupun wanita itu cedera teruk, namun dia masih boleh bernafas. Maka dia ditempatkan di unit rawatan kecemasan.

Para doktor agak hairan melihat kecederaan yang dialami oleh wanita itu. Bukan meminta-minta, tetapi mengikut pendapat doktor, sesiapa yang mengalami kecedaraan seperti tersebut tiada harapan untuk hidup. Namun wanita itu kekal bernyawa walaupun dalam keadaan yang sangat nazak.

Dua-tiga hari sudah berlalu. Wanita tersebut ditempatkan di wad orang asing memandangkan tiada dokumen pengenalan diri dan tiada sesiapa yang mengadu kehilangan saudara-mara. Memandangkan daerah tersebut terkenal dengan lambakan pendatang asing tanpa izin, pihak hospital mengandaikan bahawa mangsa ada salah seorang daripada PATI.

Setiap saat, wanita tersebut sering mengadu kesakitan dan apabila jururawat bertugas datang menghampiri, dia akan berkata, “Sambutlah parakang ku... sambutlah parakang ku...” Namun, tiada seorang pun faham apa yang dimaksudkan olehnya.

Suatu hari, pesakit-pesakit wad yang sama mengadu kepada seorang jururawat bahawa mereka tidak dapat tidur dengan tenteram disebabkan keluhan dan ucapan yang diucapkan wanita itu tanpa henti. Jururawat malang ini kemudiannya pergi ke katil wanita tersebut lalu berkata: “Ya, aku sambut parakang mu. Sudah, sekarang kamu tidur ya?”

Tidak lama kemudian, wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jururawat tersebut tidak tahu bahawa dia telah melakukan kesilapan besar. Wanita itu merupakan pengamal ilmu parakang (ilmu nak kekal cantik). Memandangkan wanita itu tiada pewaris, nyawanya tersekat selagi tidak menurunkan saka parakangnya kepada orang lain.



Sejak hari itu, jururawat tersebut telah menjadi parakang. Antara tuntutan ilmu tersebut ialah, makan tembuni bayi yang baru lahir. Kerja-kerja itu tidaklah susah untuk jururawat tersebut memandangkan dia bertugas di hospital.

Namun, perbuatannya itu secara tak sengaja disaksikan oleh seorang doktor yang masyarakat memanggilnya Dr. Ustaz. (Aku masih ingat doktor tu, walaupun pakai coat doctor, dia tetap memakai serban. Doktor terbaik yang pernah aku kenal.).

Sebaik menyambut bayi yang baru lahir, jururawat tersebut kononnya nak membasuh tembuni. Tetapi dia secara sembunyi pergi ke satu bilik untuk menikmati tembuni itu. Sedang enak dia menjamah tembuni itu, Dr. Ustaz tiba-tiba masuk. Serta-merta Dr. Ustaz menghalang amalan khurafat tersebut namun jururawat tu sempat meloloskan diri.

Keesokannya jururawat itu datang bekerja seperti biasa. Dr. Ustaz telah mengadu kejadian malam itu kepada pihak atasan. Malangnya, tiada bukti yang mengesahkan cerita doktor itu. Atas faktor-faktor tertentu, pihak atas mengambil keputusan memindahkan doktor itu untuk bertugas di daerah lain. Sementara, jururawat itu masih bertugas di hospital tersebut sehingga... (rahsia).

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 11:59 PM
Parakang

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90-an, ketika aku masih kecil lagi. Ia melibatkan seoran ...

nurse tu masih ada lg je? sian doc tu....x pasal2 kene transfer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 12:06 AM | Show all posts
melatibiru posted on 1-10-2013 12:04 AM
nurse tu masih ada lg je? sian doc tu....x pasal2 kene transfer...

macam tu lah keputusannya. pihak atasan pun tak boleh nak buat apa, pasal bab-bab mistik ni tiada dalam senarai yang membolehkan tindakan tatatertib.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 1-10-2013 12:06 AM
macam tu lah keputusannya. pihak atasan pun tak boleh nak buat apa, pasal bab-bab mistik ni tiada  ...

tp yg untungnya nurse tu la....dapat makan tembuni free...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 12:16 AM | Show all posts
cerita tt ni memang sentiasa terbaik dan seram siap efek gambar lagi...
aku akan follow setiap cerita ko..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.075518 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list