View: 6058|Reply: 49
|
[Tempatan]
siling Hospital Serdang runtuh
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada siling berhampiran wad bersalin Hospital Serdang dilaporkan runtuh pagi tadi.
Menurut sumber di hospital kerajaan tersebut, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian yang berlaku pada jam 2.55 pagi itu.
Ini merupakan kejadian runtuhan kali ketiga sejak 2011 dengan empat orang dilaporkan cedera dan seorang cedera teruk pada 2012.
Walaubagaimanapun, menurut sumber berkenaan, terdapat “lebih daripada 10 kejadian” yang tidak dilaporkan kepada umum dan dirahsiakan.
Apabila dihubungi, pengarah hospital berkenaan, Datuk Dr Ardi Awang mengesahkan kejadian hari ini namun mengecilkan tahap keseriusan isu tersebut.
“Ya, memang ada terjadi, tetapi hanya serpihan siling sahaja jadi saya rasa tak perlu kamu semua dari pihak media mahu melaporkan perkara ini,” Ardi memberitahu Astro AWANI.
Tambah beliau, tiada kecederaan dilaporkan.
Pada 13 Ogos 2013, tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dilaporkan cedera apabila 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi.
Ardi kemudiannya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.
Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan.
Kejadian pertama dilaporkan pada Januari 2011 sekitar tengah malam yang melibatkan lobi utama dimana tiada kecederaan dilaporkan.
Hospital tersebut mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Hospital yang menelan belanja sebanyak RM690 juta ini merupakan antara matlamat kerajaan dalam menjadikannya salah satu rangkaian e-hospital.
Berita mula diterbitkan pada: September 30, 2013 11:07 (MYT)
Tag: hospital Serdang, siling runtuh
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... dilaporkan-23015?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
nape nak rasia ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor posted on 30-9-2013 11:37 AM
lebih saploh kali...?
Tahniah, satu lagi projek Darul Runtuh Pakatan di Negeri Pakatan |
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 30-9-2013 11:39 AM
musim runtuh pulak
musim tembak dah habis..giliran musim runtuh pula
|
|
|
|
|
|
|
|
DeMax posted on 30-9-2013 11:39 AM
Tahniah, satu lagi projek Darul Runtuh Pakatan di Negeri Pakatan
Alloww... sepital tu bina zaman bila ye??
|
|
|
|
|
|
|
|
kene pakai helmet 24 jam nmpknye kt spital tu... |
|
|
|
|
|
|
|
DeMax posted on 30-9-2013 11:39 AM
Tahniah, satu lagi projek Darul Runtuh Pakatan di Negeri Pakatan
Hospital Serdang tu di bina tahun bila????
|
|
|
|
|
|
|
|
zameyla posted on 30-9-2013 11:44 AM
Hospital Serdang tu di bina tahun bila????
Selepas PR mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.
|
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak kene time bini member aku nak bersalin kat hospital serdang.......
kot kot tang runtuh tu kat dewan bersalin, malataka tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah aku dah lah memang selalu berurusan dgn sepital nehh
dan tahu sokmo baca pasal siling dorang manjang jatuh timpa org
kdg2 bila pi sepital selalu pndang kat atas tengok takut2 siling jatuh ke apa
sekali mmg ada lg kes nya
mujur bukan time aku tgh ada
dahlah bulan nih nk gi lagi sana..arghhhh tensen dibuatnya
riso lah wehh bkn sekali dua dh byk kali kan
Last edited by Suchi on 30-9-2013 12:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 posted on 30-9-2013 11:41 AM
musim tembak dah habis..giliran musim runtuh pula
tu la....malaysia mmg bermusim....musim eksiden je hari2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 30-9-2013 11:55 AM
Ya Allah aku dah lah memang selalu berurusan dgn sepital nehh
dan tahu sokmo baca pasal siling dora ...
sampai timpa baby lagi?
cedera ke baby tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 30-9-2013 11:42 AM
Alloww... sepital tu bina zaman bila ye??
hospital serdang ni baru lah lg bukan sepital zaman dolukala pun
lebihkurang awal 2000an ni gak xingat lah bila yg aku tau rasanya mmg baru lg.
bukan dr jaman jepun ke apa
artikel atas de sebut tahun 2005 baru mula beroperasi so kira barulah juigak |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 30-9-2013 11:56 AM
sampai timpa baby lagi?
cedera ke baby tu?
kalau tak silap cedera lebam kot..cer uols try godek2 berita pasal nih
takut iols tertukar ngan kes baby jatuh katil ke apa huhuhu
rasanya iols tertukar ngan kes hospital batu gajah yg cdera kena baby tu
Last edited by Suchi on 30-9-2013 12:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 30-9-2013 11:57 AM
hospital serdang ni baru lah lg bukan sepital zaman dolukala pun
lebihkurang awal 2000an ni gak x ...
Maknanya bina masa zaman BN la kan... sebab ada forumer tu macam nak blame kerajaan PR je.... dia tak tau sejarah kot...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|